NUFFNANG

Memaparkan catatan dengan label Inilah ceritaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inilah ceritaku. Papar semua catatan

Khamis, 19 Februari 2015

Jom Sarapan Bersama


~ Assalammualaikum ~

Jom kita beraerobik slps tu barulah bersarapan.......
Sebenarnya nie adalah program sklh anak2 kak nurul.
Program nie klu x silap buat bln 1 hari tu.
Ok jgklah sklh buat program nie,
sambil2 bersarapan tu ada berbincangan ,soal jawb ibu bapa dgn 
pihak sekolah.
Tentang makanan plk, buat pot luck.
Ada mcm2 makanan yg parent bawa.
Kak nurul bawa kuih seri muka, buat sendiri mlm tu.








Kuih seri muka nie kak nurul bawa sklh

yg nie plk tinggal utk org di rumah mkn




P/s: Hari nie CNY....




Ahad, 11 Januari 2015

Throwback balik kampung


~ Assalammualaikum ~

Satu pengalaman yg bermakna buat kami satu family bila blk kpg guna kenderaan
awam.Bukan selalu dpt naik bas blk kpg sama2 satu family.
Bermula dari rumah putrajaya hingga ke rumah kpg kami naik kenderaan awam.

Sebenarnya kereta kita waktu nak balik hari raya haji tu eksiden di area higway pluss
Bukit Mahkota,Nilai. Keta kak nurul keta ketiga,ada dua keta di depan,hubby dah
sempat break x melanggar keta kedua,tp keta no 4 di blkg keta kak nurul langgar keta
kitaorg tu yg teruk depan dan blkg kena......keta pertama break emergency,keta kedua x sempat 
break dan melanggar keta pertama,jadi keta pertama tu dah ke dpn sikit,...
Lps tu keta kita pun sempat break tp bergerak ke dpn juga disbb anjakan keta di blkg.
Keta di blkg x leh jln,jem terus....

Syukur alhamdulillah keta boleh jln lg wlpn ada bunyi2 yg kurang menyenangkan.
Sampaikan pg ke nilai,mkn dulu lps tu nak ambik keta satu lg di putrajaya nak tukar.
Tapi fikir2 plk bagus terus bawa melaka dan hantar di workshop sana.
Slps eksiden tu semua keta2 tu ke balai polis berdekatan buat polis report.

Ok,sebenarnya nak cite perjlnn kitaorg blk kpg tadikan!
Dari rumah kitaorg naik teksi utk ke TBS,mesti tahu TBSkan
Bila cal teksi lupa plk nakkan teksi yg eksclusif.....sbb kita family ada seramai 6 org,
xleh guna teksi yg biasa tu,.....sampaikan pemandu teksi tu sikit2 x nak bawa kitaorg.
Oleh sbb terlebih muatan teksi tu jadinya bila dah sampai di TBS kita org diturunkan
sblm pintu utama,sbb pakcik teksi tu takut dia kena saman,dia ckp skrg JPJ nak buat 
operasi pki baju biasa aje,ramai diorag buat operasi di TBS tu......kate dia.
Oleh itu jlnlah jauh sikit kitaorg,sambil hubby pikul beg besar baju kitaorg....
Tambang teksi klu x silap RM30 kot....dah lupa sbb lama dah,hehehe.....

Dah sampai di TBS kita beli tiket di kaunter......beli di kiosk dia pun boleh.
Hari tu kitaorg naik bas Metrobuss,dpt duduk berlonggok di blkg.
Tambang RM10 sorang.....klu blk melaka rasanya setiap jam ada bas....byk.

Ok dah sampai Melaka lbh kurang 2 jam,sbb ada jem sikit....
Dari Melaka Sentrall kita org naik lagi bas Panorama utk blk telok mas.
Tambang klu x silap RM2 sorang termasuk kanak2 pun sama.

Bila dah sampai di telok mas,jauh jgk nak msk dlm rumah mak....jln sikit2
Tiba2 alang ada dan dia ambik pki keta,2 kali angkut,itu pun kita dah jln jauh
dah nak spi rmh mak.

 So blk ke putrajaya balik kita pakai keta dah siap direpair.....
 Begitulah citenya bila lama dah x blk kpg atau gi mana2 pki public transport.
Ada kereta nie skrg bukannya satu kemewahan atau nak menunjuk2 tp ianya
adalah satu keperluan terutamanya bg family yg ramai.....

mimi duduk paling blkg....dah lena diulit mimpi

kakak di Melaka Sentrall

Di dlm bas Panorama

Di TBS,iyan sempat jgk nak bawa anak patung dia ....yg jadi mangsa mak dia kang nak mengheret sana sini.

Jumaat, 7 November 2014

Ole-ole dr Penang


~ Assalammualaikum ~

Apa ya ole2 yg sesuai dibeli klu  pegi ke Penang?

Sebenarnya hubby baru blk Penang semalam,jadi buah jeruk
je yg dia bawa blk sekotak. Klu Penang...jeruk Pak Alilah yg pemeskan....

Bolehlah nanti bagi2 ngan adik beradik di kampung.
Klu kak nurul kurang sikit dgn buah jeruk camni.
Tapi hubby  memang minat.

Yang bagusnya jeruk Pak Ali nie dia x menggunakan ibu gula,tidak byk 
menggunakan bahan pengawet juga menggunakan cuka epal dan madu lebah asli.

Kalau memakannya pun xdelah sakit tekak atau batuk(tersedak) macam biasa
 kita mkn buah jeruk yg lain.

Apa yg penting jeruk Pak Ali mendapat sijil Halal dari Jakim.






Khamis, 6 November 2014

Ikan lumek kering


~Assalammualaikum ~


Nak minta jasa baik kwn2 esp.org Sabah...

Boleh tak tunjuk ajar mcmana nak masak ikan kering nie.

Sebenarnya ikan nie member hubby yg kerja di Sabah yg kasi.

 Klu kat tpt kak nurul ada jgk terdapat ikan nie,tp xdelah dikering camni ,sebaliknya disalai.

Nama ikan nie kat kpg kak nurul dipanggil ikan lumek.ikan lumek nie badannya yg lembik dan

badannya lutsinar,mungkin  sbb lembik tu namanya terus dinamakan lumek,.....

Kak nurul agak ajelah,huhuhu.........

Kalau ikan lumek yg salai tu,mkn camtu je kak nurul bolehlah masuk tekak,
sbb ada stgh org xleh mkn camtu je.

Selain tu kak nurul masak rebus asam camtu je pun sedap dan isinya jadi lembut.

Tapi x tahulah ikan kering nie,boleh lembut ke x klu masak, sbb kak nurul cuba gigit,
mak aiii keras dan liatnya.

Oklah,minta resepi yea........




ikan lumek salai.......imej google


ikan lumek fresh......imej google














Jumaat, 13 Jun 2014

MIL selamat menunaikan umrah


~ Assalammualaikum ~

Bulan April hari tu MIL selamat menunaikan umrah buat kali kedua selepas selamat mengerjakan haji tahun 2001 bersama arwah pak mentua.Walaupun pegi hari tu ada beberapa masalah yang dihadapi tetapi akhirnya dapat juga menunaikan umrah.Semalam ada kak Nurul baca tentang jemaah umrah yg terkandas kat Kota Suci Mekah disebabkan agensi yg menguruskannya.Banyakkan skrg kes ditipu oleh travel agency yg tak jujur nie.Tapi MIL ambik Travel agency orang kpg punya,mana boleh nak tipu........cuma hari tu masalah pada kapal terbang arab saudi yg rosak je,xleh ditukar dgn kapal terbang lain jadi pemergian diorang kena tangguh dlm 2 mlm camtu rasanya.Jadi diaorang ditempatkan di hotel di Bangsar sementara tunggu kapal terbang siap. Jadinya kuranglah masa diaorang nie buat umrah.Walaupun ada masalah tapi syukur alhamdulillah semuanya selamat.


Waktu nak hantar pergi

dah siap check in semua,tiba2 kul 9 mlm tu MIL call beritahu diorg ditempatkan di hotel,xjadi fly sbb kapal terbang rosak.

Balik umrah nenek belikan abaya buat iyan


Iyan bergaya dgn abaya,tudung dan anak patung unta......

Kak nurul pun dpt sepasang jubah dan tudung,TQ mil

Selasa, 27 Mei 2014

Hargailah waktu sihatmu



~ Assalammualaikum ~


Apa khabar semua kwn2?semoga sihat dan marilah sama2 menghargailah kesihatan yg Allah anugerahkan pd kita yg tak ternilai itu.Pada ahad lepas kak Nurul pegi ambik kakak di KLIA dtg sini semata2 nak ke IJN.Kakak kak Nurul nie dia tinggal di Sibu,dia ditemani husbandnya.Anaknya ada 5 org,dan sementara dia dgn husbandnya berubat kat sini anak2 ditinggalkan dgn ibu dan bapa mertuanya yg dah lanjut usia itu.Baki sekolah 2 hari nie anak2nya telah minta izin kat sekolah cuti terus,sbb xde org yg nak menghantar dan mengambik mereka.Anak kakak kak Nurul yg kecik sekali klu x silap baru 2 ke 3 thn camtu.

Hubby awal pagi smlm menghantar mereka ki IJN sbb appoitment mereka kul 8 pg. Sebenarnya kakak kak Nurul tu ada masalah jantung,disbbkan di kuching xde pakar yg merawat jenis masalah kakak kak nurul nie jadi terpaksalah dia dibuat di sini.Smlm  admit dan hari nie operation,Insya Allah petang karang lepas blk kerja nak pegi melawatnya.Tanya ngan abg ipar sebenarnya operation apa,abg ipar pun x pasti.....so tunggulah ptg karang kak nurul ngan hubby tanya betul2 apa masalah kakak kak nurul nie. Sbb dlm hujung thn lepas dia ada pegi sini dan kursus,waktu tu dia sihat je dan lepas tu dia jatuh sakit,kak nurul tgk perubahan dirinya sungguh kurus berbanding last kak nurul jumpa dia hari tu. Apa2 pun semoga penyakitnya x serius.

Hari nie dan smlm Ijat x sekolah,sbb cirit birit dan demam sikit.Smlm kak nurul bawa pegi klinik dpt mc,hari nie cuti camtu je sbb masih x sihat lagi.Si Najmi smlm boleh bertahan lagi sekolah spi tghri,dan ptg cikgu dah call suruh ambik sbb dia muntah dan demam sikit.Sebenarnya waktu rehat tu guru kelasnya cal ckp Najmi sakit perut dan muntah,tp kak nurul masa tu dah lama klr temankan ijat gi klinik jadi kak nurul ckplah ngan dia suruh bertahan sakit.klu sikit2 x pyhlah nak blk rumah,dan dia kata ok.........kak nurul lupa plk nak beritahu hubby suruh dia ambik ke apa....dah tghri tu ustaz cal kak nurul x dpt jadi dia cal hubby,lepas tu kak   nurul beritahu sebenarnya pagi tu dah cikgu cal beritahu najmi x sihat........tp lupa nak ckp ngan dia...........hehehe sorrylah,ingatkan abg sibuk sgt.,tu yg malas nak ganggu. Last2 hubby klr ambik najmi dan htr blk rumah di samping nak tgk si ijat sekali.

Begitulah bila sikit je Allah duga kita dengan menarik nikmat kesihatan kita,kita dah rasa down sgt2.
Anggaplah penyakit yg dtg pada kita sebagai penghapus dosa2 kecil kita.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa , "dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya".



Selasa, 8 April 2014

Jom menjeruk mangga


~ Assalammualaikum ~

Apa khabar kwn2 semua,sorrylah lama x dpt BW,biasalah sibuk ya...
sebenarnya kak nurul dari awal thn tu kena tukar unit lain dan xlah bz sgt sbb
survey utk thn 2014 blm start lagi,tp alih2 start bln 3 nie tadi kak nurul dah kena
balik ke unit lama dan take over plk bukan kerja lama kak nurul dulu,itulah rasanya
makin bz dan mcm nak belajar semula buat kerja2 yg dulu.Walau apa2 pun Insya Allah
nanti klu ada free kak Nurul pegi rumah u all ya.

Ini plk,tub2 lama x update,hari nie plk update nak buat jeruk mangga.........
ada x yg kecur air liur tgk mangga tu?
klu u all ada dekat sini bolehlah kak nurul bagi...
buah mangga nie kak nurul jolok masa blk kpg minggu lepas.
sayang tgk buahnya jatuh dan busuk jadi kak nurul ambik galah tlg jolokkan.
tapi tu pun cuma ambik yg rendah2 aje.......sbb pokok nie dah tinggi,tua dan besar,
pokok nie nenek mentua yg tanam dekat dgn tapak rumahnya berdepan je dgn rumah MIL.
So mlm tadi projeklah kupas buahnya pki pisau je,tu yg lambat,pisau kupas kentang
entah kemana....
Skrg nie buah tu kak nurul dah potong dan rendam dgn garam dan kapur.
Ptg karang balik kerja nak toskan dan masukkan air gula.
Harap2 sedap dan ranggup nanti.



Khamis, 13 Mac 2014

Dah naik batu nisan


~ Assalammualaikum ~

Dah sebulan lebih arwah along kembali ke rahmahtullah dan minggu lepas
kitaorg telah naikkan batu nisan di pusaranya.Tanah pusara masih lagi kering 
sbb sblm arwah along meninggal pun xde hujan dan sampai skrg masih
blm turun hujan lagi.
Marilah kita sama2 berdoa semoga hujan akan turun sbb skrg nie pun 
jerebu makin terukkan!
Hari sabtu minggu lepas pun kak long ada menziarahi pusara arwah along.
Oh ya,kak long dah klr hospital hari jumaat minggu lepas.
Belum boleh berjln lg dan menggunakan wheel chair utk bergerak.
21 hb nanti nak ke HKL utk rawatan tiub pembuluh darah tengahnya yg dulu
bocor dan membentuk gelembung,walaupun skrg gelembung tu dah kecut tp
nak kena juga jumpa pakar di HKL,di hospital Melaka xde pakar itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah along.
Semoga kak long sihat dan bila jumpa pakar di HKL nanti xde apa2 masalah lg.









Rabu, 12 Mac 2014

Jom menderma darah


 Assalammualaikum


~ ~ ~ marilah mari,pegi mengundi jgn lupakan kewajipan pd negara.......
ehhh2 bukannya pegi  mengundi tapi pergi menderma darahh,
iyalah wlpn tak lama lg penduduk Kajang kena pegi mengundikan ~ ~ ~

Pagi nie kak Nurul ada kesempatan menderma darah untuk pertama kalinya.
Program menderma darah nie anjuran Kelab Bukit Perdana JPM.
Dulu pernah nak derma sewaktu jabatan sendiri yg anjurkan tapi x layaklah plk sbb masa
tu ada masalah kaum hawa.

Biasalah isi borang dulu,dan antara isi yg terkandung dlm borang tu sejarah perubatan kita,
sosial life kitaorg dan lain2 untuk saringan.
Dah lulus tu semua,baru check darah jenis apa,tekanan darah dan buat kad merah tu.
Lepas tu bolehlah derma darah.
Sebanyak 450ml darah diambil.
X sakitlah derma darah nie.Oh ya darah kak Nurul jenis 'O'
Kwn2 di luar sana darah jenis apa?





Kak Nurul pegi ngan Nua opismate...tu dia baju oren tgh baring.
simpan buku ini utk rekod akan dtg bila nak menderma darah lg....bukan derma dara ya!













Rabu, 26 Februari 2014

Syukur alhamdulillah kak long dah tahu


~ Assalammualaikum ~



Syukur alhamdulillah kerana berita yg menyedihkan buat kak long kami dah sampaikan kepadanya 2 minggu lepas.Walaupun pahit perkara itu utk disampaikan tetapi kami semua tiada pilihan lain kerana sampai bila kitaorg nak merahsiakan perkara ini.Sekarang pun kak long dah stabil dan masih lagi duduk di hospital.Hari tu semasa melawat waktu tengahari diorang memaklumkan pada kak long,kak nurul thri tu x sempat ikut sama,hanya datang pada sebelah ptgnya sahaja.Pada sebelah ptg kak nurul datang tu tgk kak long mcm boleh terima qadar dan qadak yg menimpanya,wlpn sekejap2 tgk air matanya melilih ke pipi.Rasanya semua family ada masa tu sblh mak kak long dan sblh kita utk memberi support padanya.

Semoga kak long tabah menghadapi semua ini dan cepat2 sembuh.Waktu nak balik ptg tu dia sempat mengucapkan terima kasih pada kak Nurul sbb benarkan hubby uruskan semua hal arwah along dari start masuk hospital sampai dia menghembuskan nafas terakhir.Kak Nurul cakaplah itu perkara kecik je yg ditolong dan klu ada2 apa masalah beritahu je,tapi kak long ckp nie bukannya perkara kecik,........kak nurul iyakan aje.Memang betul pun hubby selepas arwah along masuk hospital hari tu,memang dia yg jaga dan dia sambung cuti lagi,kitaorg anak beranak ada balik ke putrajaya,ulangalik macam tu.Selepas arwah along meninggal dia sambung lagi cuti sebab banyak perkara tuntutan yg nak diuruskan olehnya.Hubby buat semua nie bukannya nak dapat apa2 balasan,tapi rasa tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga kami semua dan membela nasib anak saudara yang telah menjadi anak yatim sekarang.





Nota:Sebelum habis waktu melawat kak long minta ngan anaknya tolong bawakan baju arwah yang belum dicuci ke hospital esok............sayu hati kak nurul. 


Khamis, 13 Februari 2014

Al-Fatihah buat Along.


~ Assalammualaikum ~

Lamanya x update blog....Sekarang nie kak Nurul masih belum ada semangat lagi nak mencoret di blog ini. Last kak nurul tulis abg dan kak ipar yg terlibat eksiden hari tu. Nampaknya Allah lebih menyayangi abg long pada 2 Febuari 2014 jam 9.20 pagi di umur yang baru 43 tahun.Al-Fatihah buat arwah yang meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.Kak long plk skrg nie dah stabil dan masih lagi di hospital. Pada mulanya memang kak long yg cedera teruk dlm eksiden itu berbanding abg long yg hanya patah 7 tulang rusuk selain ada darah beku di dalaman.Semasa di wad kecemasan boleh doktor check camtu je dan nak disuruh boleh balik,tapi abg long mengadu sakit dada,sebab tu diorang xray,selepas tu masuk wad biasa shj.Beberapa hari di wad biasa abg long mula demam dan paru2nya pun dijangkiti kuman barulah dia masuk ICU,seminggu di ICU akhirnya dia menghembus nafas terakhir setelah terkena dua kali serangan jantung.


  Kak Long sampai sekarang nie masih belum mengetahui suaminya meninggal,dan family kak long sebelah sana masih belum bersedia lagi nak memberitahu hal sebenar kepadanya takut menjejaskan keadaan kesihatannya.

Selalu MIL bila melawat kak long,dia akan bertanya
kenapa lama dah x melawatnya,lepas tu dia sendiri jawab,,,sebab tengah menjaga suaminya di ICU(kak long ingat suaminya masih di ICU sbb hari tu emak kak long dah terlepas cakap suaminya masih di ICU)

Selalu jgk kak Long ckp ngan anaknya nak jumpa abg long sebab rindu nak jumpa dia.

Petang tu hari abg long meninggal dia ada pergi buat ujian mata dan dia cakap dia ada terlihat kelibat abg long,semua yang mendengar apa yg dia ckp tu,semua senyap........


Itulah keadaanya sekarang,bila dia bertanya macam tu siapa yg x sedihkan.......entahlah bila masa yg sesuai nak beritahu dia hal yg sebenar.Kak Nurul plk lepas abg long meninggal hari tu blm lagi kesempatan nak melawat dia........

Semoga Kak Long akan sihat,dan arwah abg long tergolong di dalam golongan orang2 yg beriman.
Kita orang adik beradik akan sentiasa bersama dalam apa2 hal.Urusan kes eksiden nie family dah lantik lawyer yg uruskan.Semoga ada pembelaan ke atas keluarga kak long,....anak2 yatim.


Selasa, 28 Januari 2014

Doakan mereka



~ Assalammualaikum ~

Lama dah kak Nurul x update blogkan.Biasalah awal tahun ada bz dgn macam2 hal.
Minggu lepas 23 hb Along dan kak Long (ipar) kak Nurul ditimpa kemalangan.
Teruk jugalah kejadian itu,dan kitaorg blk kpg dlm kul 3 ptg camtu lepas dah habis 
uruskan anak ambik sklh dan kemas sikit.Sampai hospital dlm kul lima dan kak long masih di dlm wad emergency manakala abg long dah ditolak ke wad.Dapatlah jumpa kak long di wad emergency sementara menunggu operate dia 7.30 tu. Hubby skrg nie masih cuti utk menjaga abg long.
Abg Long skrg nie pun dah masuk ICU dgr dr hubby masih tahap kritikal begitu juga dgn kak long masih kritikal di unit icu.Semoga ada keajaiban buat mereka berdua.

Semasa kejadian dlm kul 10 lebih camtu pagi khamis lalu di trafic light semabok x jauh dr petronas dan kfc yg baru di situ.Dgr cerita kereta yg melanggar diorg dr arah (bandar) depan  dan nak lurus,manakala abg long dan kak long dr arah muar/merlimau nak membelok utk ke bukit katil.Melalui ramai saksi cakap kereta yg melanggar itu sepatutnya dah berhenti sbb lampu hijau utk membelok sudah menyala.Abg long dan kak Long pakai keta kancil dan tgklah betapa teruknya keta diorg dan org yg melanggar tu xde apa2 cedera sebaliknya terus lari meninggalkan keta tu di situ.Dua2 kereta tu skrg dah ditarik ke balai Polis kandang,setiap lalu dan tgk keta tu bila blk dr hospital mesti sayu je rasanya.


Marilah kita sama2 berdoa semoga mereka berdua akan selamat.










Sabtu, 7 Disember 2013

Vitamin C Shaklee

~Assalammualaikum ~

Selamat berhari minggu buat kwn2...
Minggu nie kak Nurul x kemana2 sbb hubby OS lg.
Duduklah rumah sambil menghabiskan masa berkualiti dgn anak2.

Hari tu nasib baik kak Nurul x tunggu nak ambik order vitamin c
shaklee dgn officemate,kak nurul terus beli dgn lg officemate yg lain.
seminggu slps beli vitamin c nie kwn kak nurul tu bersalin dah,
selamat cancel order ngan dia.vitamin c nie kan lama xde 
stok jadi dah lamalah kak nurul x mkn vitamin c nie,
dan nie dah nak mula blk,itu pun selalu skip mkn,lupa dan malas,hehehe...
Banyak kebaikan vitamin c nie,malas kak Nurul nak cite sbb
ramai lg blog di luar sana yg pengedar sah shaklee lebih detail
lagi penerangan diorg.Kita nie hanya pengguna shaklee je,
nak jadi member takut nanti tak beli byk sgt produk shaklee nie
dan kak Nurul dari dulu memang xde bakat dlm berniaga nie.




Khamis, 28 November 2013

Kenduri Auni


~ Assalammualaikum ~

Semalam kak Nurul x sempat nak buat entry sbb sepagi dah pergi hospital
lg bawa anak minum gula,ambik darah dan jumpa pakar pemakanan.
Ingatkan kita yg mengandung aje kena minum gula,rupanya org yg  obe.pun 
kena minum gula,keputusannya nanti bila jumpa doktor dalam masa 3 bulan 
akan datang.Maaflah kwn2 x sempat nak membalas jejak,Insya Allah ptg
ini jika ada kesempatan.

Hari sabtu lepas ada kenduri cukur jambul dan akikah anak buah di rumah MIL.
Hubby plk ada taklimat di Hotel Impress,Melaka,jadi dia ulang alik dr hotel
ke rumah,bila tghri rehat,sempatlah juga dia menjengguk ke rumah wlpn kenduri
dah start.

Baby yg cukur jambul nie namanya Auni(nama penuh lupalah plk) anak adik
Ipar yg dulu kerja di Kluang dan baru pindah bulan 5 hari tu ke Kajang.
Syukur alhamdulillah dah selamat buat kenduri Auni,semoga dia membesar
dgn sihat ya Auni.



Auni bersama  Ayah dan Ibunya.


Dah cukur jambul kena botakkan kepala dia....

Ni plk Dahiyya ngan ibu ngah dia...

Selasa, 19 November 2013

Minyak oh minyak...


~ Assalammualaikum ~

Agak2nya apa yg kak Nurul bebelkan tu  pasal minyak?
bukan pasal minyak petrol ya kwn2
Pasal susahnya kak Nurul nak cari bekalan minyak masak di sini.
Dah dari minggu lepas cari kat kedai runcit di sini.
Pegi kat AEON di Alamanda hari tu pun xde jgk.
Sebenarnya lama dah kak Nurul x beli minyak semenjak
hari tu dah beli banyak buat stok.
Dahlah cuti sklh nie rasanya byklah nak memasak sbb anak2
ada kat rumah jadi perlulah nak guna minyak byk.
Petang smlm blk dr kerja singgah di kedai flat hijau tu tp
semuanya ckp dah habis pagi tadi.
Klu kedai runcit  Darusalam tu memang xdenya tu yg
terus pegi kedai runcit lain. Masa kak nurul cari minyak dlm 
salah satu kedai runcit nie ada juga seorang yg tgh mencari minyak masak.
Tgk yg tinggal minyak masak yg jenama naturel iaitu minyak bunga
matahari,jagung dan canola,mahal gila.......
Last2 kak Nurul ambik satu botol kecik minyak jagung.
Slps tu hubby singgahlah kat stesen minyak petronas tgk mana tahu ada
minyak.Tgk2 adalah tinggal 3 botol minyak masak seri murni yg botol
utk 1 kg tu,kak Nurul ambik dua botol dan yg satu tu tinggallah 
buat org lain plk yg tgh mencari minyak masak mcm org tadikan.
So bagi alternatif lain takut minyak x cukup kat rumah dlm minggu
nie,sblm menunggu hari jumaat nie nak blk kpg,masaklah tanpa
sgt menggunakan minyak masak.Klu nak goreng ikan tu lebih baik
bakar atau panggang je,lebih lg sedap dan berkhasiat..........
Itulah cite minyak masak,kwn2 yg lain sana senang ke nak cari 
minyak masak buat masa ini?







Isnin, 18 November 2013

Kakak datang Putrajaya

~ Assalammualaikum ~

Minggu lepas hari isnin kakak kak nurul yg duduk Sibu ada
dtg sini sbb ada taklimat di Kementeriannya.
Adalah 3 mlm dia di sini tapi duduk dgn kwn2nya di Everly Hotel.
Malam last dia nak balik tu kitaorg ajaklah dia makan di luar,
nak ajak mkn kat rumah x sempatlah plk kak nurul nak masak.
Kita org bawalah dia mkn di Restoren Saba mkn nasi arab.
Lepas dah habis mkn pegi bawa dia jln2 sikit dan bawa
dia singgah di kedai runcit sbb dia nak beli roti gardenia
nak bawa blk sana.(teringat hari tu masa kerjaluar sibu bawa satu kotak
kecik roti gardenia nak kasi ngan kakaklah,xpernah2 bagasi hilang tp
hari tu kotak roti nie hilang entah tertinggal flight ke apa,nasib baik hari 
kedua tu dah dijumpai dan MAS hantar ke hotel terus.huhuhu....)

Kak nurul sempat bagi keropok longsong je dua bungkus
utk dia bawa blk,sbb ptg tu lpas kerja singgah di pasar Presint 8
tu hanya ada dua je yg tinggal,ingatkan nak beli keropok
lekor(sbb hari tu pernah ternampak ada org jual)tapi xde.
Kasi dia jugak bubur caca sebungkus(hubby bawa dr OS kedah). 
Untuk kak nurul plk dia bawa buah embang dan terung dayak nie 
dari sana.Buah embang tu kak nurul minta dia bawa sbb masa
kak nurul kerjaluar kat sibu hari tu buah yg dijual masih muda lg.
Ini yg dia bawa dah ada masak.
Buah nie kak nurul buat sambal belacan dan ikan bilis camtu,
tapi bukan sambal yg bergoreng.Letak cili sikit kasi pedas2....nyum2 nyum.
Terung asam tu plk hari tu kak nurul dah pernah post resepinya di sini.
Ok sot(nama kakak kak nurul) semoga ada lagi kursus di sini
boleh kita borak2 pjg.




Izzyan mkn duduk sblh buk,byk juga nasi dia mkn mlm tu


Inilah buah embang dan terung asam tu,sengaja je ltk botol susu event tu,nak buat perbandingan besar mana.

Ahad, 17 November 2013

Keta overheatinglah plk.


~ Assalammualaikum ~

Selamat berhari minggu semua............
Macamana nie keta plk overheating temp.
Dahlah hubby masih kat Penang lagi.
Kak Nurul bukannya tahu sgt pasal keta nie,tahu bawa aje,itupun bawa
yg manual,klu auto memang x pandai.
Tapi tgk temp.lebih tu tahu jgklah.
Kak Nurul dah tambah air tapi still naik tinggi lagi temp.nya.
Disebabkan x berani bawa keta temp.tinggi jadilah kak Nurul tukang 
angkut anak2 ke Pusat Kejiranan Presint 9 utk menghadiri
hari Graduasi tadika Izzyan dgn moto.
Syukurlah dah slmt ulangalik bawa anak2 dgn moto wlpn ada
fobia sikit bawa moto tu sbb dah berapa kali jatuh  dgn moto itu.
Apa2 pun haraplah keta tu xde apa2,tapi nasib baiklah jgk
nie time cuti sklh,klu x keta itulah yg jadi bas sklh.




Sabtu, 16 November 2013

Hari Keluarga 2013


~ Assalamualaikum ~

Selamat berhari minggu buat kwn2 semua.
Minggu nie kitaorg x blk kpg lg sbb hubby OS lg sblh utara.
Minggu lps pun x blk sbb dia OS Kedah dan sepatutnya minggu
tu pun kak Nurul OS ke Sabah,tapi cancel sbb anak2 tinggal
ngan sapa klu dah dua2nya pergi OS,nak tak nak mesti sorang
yg mengalah.

Hari nie kak Nurul nak sharelah sambutan hari keluarga peringkat bhgn
kak Nurul. Hari keluarga nie dah sebulan yg lepas tapi hari nie
baru kak Nurul nak masukkan sbgi kenangan, at least adalah sambutan 
hari keluarga dibuat di bahagian ini selama kak Nurul berkhidmat di 
bhgn nie,mana tahu esok lusa dah tukar bhgn lain utk menambah pengetahuan
di dlm bidang kerja bhgn lain plkkan!..

Nie gambar kak Nurul ambik pki hp cokia je,malas nak bawa kamera
lagipun waktu tu mood kak Nurul memang xde sbb hal2 yg berkaitan kerja,
hubungan sesama rakan sekerja yg berlaku pd minggu seblmnya,jadi
mood tu terbawalah di dlm program nie.
Kak Nurul satu pun xde ambik bhgn,anak2 ada juga join sikit2 permainan....
Hanya temankan anak2 je sebenarnya,hubby pula xleh ikut sbb
ada kerja juga kat KL masa tu.

Habis dlm tghri,dan bila nak bergambar beramai2 tu,cari juga mana anak2
nie,rupa2nya diorg dah berenang masuk kolam kat luar tu yg x pyh pki baju
renang.Patutlah x nampak.....kolam yg bertutup tu kena pki baju renang,
ingatkan slmt  anak2 x dpt berenang sbb x bawa baju renang,tapi diorg
nie lebih tahu dari kita kat belakang tu ada kolam kecik yg diorg boleh 
berenang tanpa pki pakaian renang.....opps lupa plk nak beritahu hari keluarga
nie di buat di padang Pusat Kejiranan Presint 16,Putrajaya.
Tu yg kak Nurul malas nak bawa ke kolam renang mesti sehari suntuk pun 
diorang nie boleh tahan berendam di situ.
Hampir kul 3.30 ptg baru diorg naik ke darat,tu pun ckp sbb ptg nak
pegi rumah sepupunya Damia di Penjara Kajang.Belum pernah pegi 
kat rumah diorg di Kajang slps transfer dr Kluang bulan lima hari tu.

Panjang plk membebelnya,oh ya hari keluarganya biasalah ada pertandingan
mewarna,meniup belon,isi air dlm botel,buat baju pki newspaper dsbnya..........


Najmi,Izzat dan Izzyan sedang mewarna,si kakak x mahu ikut,si Izzyan siap baring lg mengaler.


Hasil warna Izzat,dapat hadiah penyertaan shj.

Ini plk Izzyan punya,siap dia tambah lg dgn adanya matahari dan awan...

Inilah kolam kecik yg kat luar tu tpt diorg berendam sampai kul 3 lebih tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...