NUFFNANG

Isnin, 18 November 2013

Kakak datang Putrajaya

~ Assalammualaikum ~

Minggu lepas hari isnin kakak kak nurul yg duduk Sibu ada
dtg sini sbb ada taklimat di Kementeriannya.
Adalah 3 mlm dia di sini tapi duduk dgn kwn2nya di Everly Hotel.
Malam last dia nak balik tu kitaorg ajaklah dia makan di luar,
nak ajak mkn kat rumah x sempatlah plk kak nurul nak masak.
Kita org bawalah dia mkn di Restoren Saba mkn nasi arab.
Lepas dah habis mkn pegi bawa dia jln2 sikit dan bawa
dia singgah di kedai runcit sbb dia nak beli roti gardenia
nak bawa blk sana.(teringat hari tu masa kerjaluar sibu bawa satu kotak
kecik roti gardenia nak kasi ngan kakaklah,xpernah2 bagasi hilang tp
hari tu kotak roti nie hilang entah tertinggal flight ke apa,nasib baik hari 
kedua tu dah dijumpai dan MAS hantar ke hotel terus.huhuhu....)

Kak nurul sempat bagi keropok longsong je dua bungkus
utk dia bawa blk,sbb ptg tu lpas kerja singgah di pasar Presint 8
tu hanya ada dua je yg tinggal,ingatkan nak beli keropok
lekor(sbb hari tu pernah ternampak ada org jual)tapi xde.
Kasi dia jugak bubur caca sebungkus(hubby bawa dr OS kedah). 
Untuk kak nurul plk dia bawa buah embang dan terung dayak nie 
dari sana.Buah embang tu kak nurul minta dia bawa sbb masa
kak nurul kerjaluar kat sibu hari tu buah yg dijual masih muda lg.
Ini yg dia bawa dah ada masak.
Buah nie kak nurul buat sambal belacan dan ikan bilis camtu,
tapi bukan sambal yg bergoreng.Letak cili sikit kasi pedas2....nyum2 nyum.
Terung asam tu plk hari tu kak nurul dah pernah post resepinya di sini.
Ok sot(nama kakak kak nurul) semoga ada lagi kursus di sini
boleh kita borak2 pjg.




Izzyan mkn duduk sblh buk,byk juga nasi dia mkn mlm tu


Inilah buah embang dan terung asam tu,sengaja je ltk botol susu event tu,nak buat perbandingan besar mana.

6 ulasan:

ajumohit berkata...

comelnya anak2 akak, first time saya tgk buah ni kak

Unknown berkata...

wah buah tu dr sibu ke..mmg xpernah tgk

MulutPayau berkata...

pertama kali tengok buah2 ni..buah embang tu macam buah mangga..

Kakzakie Purvit berkata...

Terung asam tu besarlah Nurul tak sama yg biasa kakak ada di kampung kecik-kecik, cuma warna dia sama. Pokok dia ada daun berbulu dan sikit duri kan... tapi buah embang kakak memang tak pernah jumpa...

Mummydearie berkata...

Dua-dua pun saya tak pernah jumpa. Ini kira first timelah nampak. Sedangkan sayur-sayuran yang biasa tu pun saya gagal, inikan pulak yang tak pernah nampak macam ni.

OKje berkata...

memanglah best bila dapat jumpa seperut kita kan NA hehe...
Roti Gardenia belum masuk Sabah ke NA?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...