NUFFNANG

Selasa, 19 November 2013

Minyak oh minyak...


~ Assalammualaikum ~

Agak2nya apa yg kak Nurul bebelkan tu  pasal minyak?
bukan pasal minyak petrol ya kwn2
Pasal susahnya kak Nurul nak cari bekalan minyak masak di sini.
Dah dari minggu lepas cari kat kedai runcit di sini.
Pegi kat AEON di Alamanda hari tu pun xde jgk.
Sebenarnya lama dah kak Nurul x beli minyak semenjak
hari tu dah beli banyak buat stok.
Dahlah cuti sklh nie rasanya byklah nak memasak sbb anak2
ada kat rumah jadi perlulah nak guna minyak byk.
Petang smlm blk dr kerja singgah di kedai flat hijau tu tp
semuanya ckp dah habis pagi tadi.
Klu kedai runcit  Darusalam tu memang xdenya tu yg
terus pegi kedai runcit lain. Masa kak nurul cari minyak dlm 
salah satu kedai runcit nie ada juga seorang yg tgh mencari minyak masak.
Tgk yg tinggal minyak masak yg jenama naturel iaitu minyak bunga
matahari,jagung dan canola,mahal gila.......
Last2 kak Nurul ambik satu botol kecik minyak jagung.
Slps tu hubby singgahlah kat stesen minyak petronas tgk mana tahu ada
minyak.Tgk2 adalah tinggal 3 botol minyak masak seri murni yg botol
utk 1 kg tu,kak Nurul ambik dua botol dan yg satu tu tinggallah 
buat org lain plk yg tgh mencari minyak masak mcm org tadikan.
So bagi alternatif lain takut minyak x cukup kat rumah dlm minggu
nie,sblm menunggu hari jumaat nie nak blk kpg,masaklah tanpa
sgt menggunakan minyak masak.Klu nak goreng ikan tu lebih baik
bakar atau panggang je,lebih lg sedap dan berkhasiat..........
Itulah cite minyak masak,kwn2 yg lain sana senang ke nak cari 
minyak masak buat masa ini?







13 ulasan:

Masya berkata...

sy beli dlm beg plastik.. so far okk xde pulak masalah ssh nak cr...

Ujie Othman berkata...

saya baru je beli utk stok minggu lps. so far..ok la.

Unknown berkata...

terpaksa ler msk mskn yg kurang berminyak :)

Shahrul Yusof berkata...

Teruk betul. Malaysia pengeluar minyak sawit dunia, tapi kita nak dapatkan minyak sawit lebih sukar daripada nak dapatkan minyak jagung.

Setau saya, ladang sawit lebih mudah ditemui di Malaysia ni berbanding ladang jagung.

Kelakar kan.

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Jika macam ni jadinya, nampak gaya minyak masuk pun bakal naik harga juga. Harap-harap tak naik harga kan?

Fiza Rahman berkata...

Saya slalu beli minyak dlm plastik. Ni klo susah nak jumpa minyak ni mesti harga minyak nak naik.

Cho Zila berkata...

buat masa ini senangjer... belum lagi ler...
betoi2 masakler tak guna minyak yang banyak.. tapi tuler kalau nak mengorengtu payahler...

Tanpa Nama berkata...

KA baru je beli, mudah jugak nak dptkan stok kat sini !

Anum berkata...

macam nie susah la

Mama4hero berkata...

SALAM...cni stok minyak byk..selalu kalo shopping bli 2 botol bsr terus..wat stok

LydSunshine berkata...

tak beli lagi minyak utk minggu ni. Minyak masak baru je habis. Mungkin jugak akan mengalami kesusahan yg sama.

Dr K berkata...

So far di kawasan saya melambak minyak masak ni...baru aja beli semalam di Tesco

OKje berkata...

Kat Tesco pun tak de ke NA.... Dulu selalu gak pakai minyak ni tapi sekarang ambik Sajilah...Sime darby punya product!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...