NUFFNANG

Rabu, 26 Februari 2014

Syukur alhamdulillah kak long dah tahu


~ Assalammualaikum ~



Syukur alhamdulillah kerana berita yg menyedihkan buat kak long kami dah sampaikan kepadanya 2 minggu lepas.Walaupun pahit perkara itu utk disampaikan tetapi kami semua tiada pilihan lain kerana sampai bila kitaorg nak merahsiakan perkara ini.Sekarang pun kak long dah stabil dan masih lagi duduk di hospital.Hari tu semasa melawat waktu tengahari diorang memaklumkan pada kak long,kak nurul thri tu x sempat ikut sama,hanya datang pada sebelah ptgnya sahaja.Pada sebelah ptg kak nurul datang tu tgk kak long mcm boleh terima qadar dan qadak yg menimpanya,wlpn sekejap2 tgk air matanya melilih ke pipi.Rasanya semua family ada masa tu sblh mak kak long dan sblh kita utk memberi support padanya.

Semoga kak long tabah menghadapi semua ini dan cepat2 sembuh.Waktu nak balik ptg tu dia sempat mengucapkan terima kasih pada kak Nurul sbb benarkan hubby uruskan semua hal arwah along dari start masuk hospital sampai dia menghembuskan nafas terakhir.Kak Nurul cakaplah itu perkara kecik je yg ditolong dan klu ada2 apa masalah beritahu je,tapi kak long ckp nie bukannya perkara kecik,........kak nurul iyakan aje.Memang betul pun hubby selepas arwah along masuk hospital hari tu,memang dia yg jaga dan dia sambung cuti lagi,kitaorg anak beranak ada balik ke putrajaya,ulangalik macam tu.Selepas arwah along meninggal dia sambung lagi cuti sebab banyak perkara tuntutan yg nak diuruskan olehnya.Hubby buat semua nie bukannya nak dapat apa2 balasan,tapi rasa tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga kami semua dan membela nasib anak saudara yang telah menjadi anak yatim sekarang.





Nota:Sebelum habis waktu melawat kak long minta ngan anaknya tolong bawakan baju arwah yang belum dicuci ke hospital esok............sayu hati kak nurul. 


9 ulasan:

che mid berkata...

Subhanallah walhamdulillah walailahaillahu wallahuakbar... Allah jua yang maha tahu beban kalian tanggung..sebagai isteri yang cedera baru dpt tahu suami pergi dulu, anak-anak yatim, adik beradik yang mengurus segalanya..ganjaran besar menanti di hadapan, moga semuanya bersabar...Allah..

Kakcik Seroja berkata...

Semoga kak long terus tabah...

Ibu Lala berkata...

Meleleh air mata baca ni. Moga kak long tabah. Darinya kita datang dan kpdnya kita kembali. Allahuakbar.

ZalinZalina berkata...

Sampaikan salam kak ina pada kak long ye Nurul...kalau ada apa2 yang boleh dibantu, inshaaAllah kita sama2 ringankan..

Dr K berkata...

Saya berdoa moga kaklong tabah..cekal...berat saya membaca cerita ini, pastinya berat lagi ujian yg kaklong harus hadapi

Unknown berkata...

mg Allah bg ketabahan yg lebih pada kak long..sedih baca sayu rasa hati

Maria Firdz berkata...

Moga dia tabah... Insha Allah dia kuat...

cheqna berkata...

al fatihah..
sedih cheqna baca
lagi sedih kak long yang menanggung
moga Allah memberikan kekuatan untuk kak long hadapi smeua ni

Mar Mansor berkata...

semoga kak long terus tabah..keluarga terdekatlah penguat semangat dia..kisah y sangat terkesan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...