NUFFNANG

Khamis, 13 Februari 2014

Al-Fatihah buat Along.


~ Assalammualaikum ~

Lamanya x update blog....Sekarang nie kak Nurul masih belum ada semangat lagi nak mencoret di blog ini. Last kak nurul tulis abg dan kak ipar yg terlibat eksiden hari tu. Nampaknya Allah lebih menyayangi abg long pada 2 Febuari 2014 jam 9.20 pagi di umur yang baru 43 tahun.Al-Fatihah buat arwah yang meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.Kak long plk skrg nie dah stabil dan masih lagi di hospital. Pada mulanya memang kak long yg cedera teruk dlm eksiden itu berbanding abg long yg hanya patah 7 tulang rusuk selain ada darah beku di dalaman.Semasa di wad kecemasan boleh doktor check camtu je dan nak disuruh boleh balik,tapi abg long mengadu sakit dada,sebab tu diorang xray,selepas tu masuk wad biasa shj.Beberapa hari di wad biasa abg long mula demam dan paru2nya pun dijangkiti kuman barulah dia masuk ICU,seminggu di ICU akhirnya dia menghembus nafas terakhir setelah terkena dua kali serangan jantung.


  Kak Long sampai sekarang nie masih belum mengetahui suaminya meninggal,dan family kak long sebelah sana masih belum bersedia lagi nak memberitahu hal sebenar kepadanya takut menjejaskan keadaan kesihatannya.

Selalu MIL bila melawat kak long,dia akan bertanya
kenapa lama dah x melawatnya,lepas tu dia sendiri jawab,,,sebab tengah menjaga suaminya di ICU(kak long ingat suaminya masih di ICU sbb hari tu emak kak long dah terlepas cakap suaminya masih di ICU)

Selalu jgk kak Long ckp ngan anaknya nak jumpa abg long sebab rindu nak jumpa dia.

Petang tu hari abg long meninggal dia ada pergi buat ujian mata dan dia cakap dia ada terlihat kelibat abg long,semua yang mendengar apa yg dia ckp tu,semua senyap........


Itulah keadaanya sekarang,bila dia bertanya macam tu siapa yg x sedihkan.......entahlah bila masa yg sesuai nak beritahu dia hal yg sebenar.Kak Nurul plk lepas abg long meninggal hari tu blm lagi kesempatan nak melawat dia........

Semoga Kak Long akan sihat,dan arwah abg long tergolong di dalam golongan orang2 yg beriman.
Kita orang adik beradik akan sentiasa bersama dalam apa2 hal.Urusan kes eksiden nie family dah lantik lawyer yg uruskan.Semoga ada pembelaan ke atas keluarga kak long,....anak2 yatim.


15 ulasan:

Izwa Kamaruddin berkata...

takziah....

*sedihnyer..*

Anum berkata...

al fatihah

PetakBunga berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PetakBunga berkata...

takziah buat kak long.

kadang yg nampak okey tu..kat dalam nya cedera teruk. dah sampai ajal nya.
bertabahlah.

Fiza Rahman berkata...

Takziah & al-fatihah utk arwah. Sedihnya kak.

Dr K berkata...

Al Fatihah...

Mmg kena betul2 bersedia, kena susun ayat...kena cari suasana dan tempat yang sesuai, utk break the news kepada Kak Long...saya doakan Kak Long cepat sembuh, dan tabah kelak bila dapat berita kematian suaminya

Mun berkata...

salam takziah dari saya kak...

ermm sedihnya kak.. sebab kak ipar masih xtau suami dia meninggal.....

semoga kakak ipar kak nurul tabah...

Unknown berkata...

Allah sedihnya kak nurul.. takziah buat kak long sekeluarga.. entah macam mana nak sampaikan berita yg sedih tu..

Ibu Lala berkata...

Aduhai. Sedihnya klw berlaku camni. Moga kak long cepat recover. Sian anak anak.

Rizziela berkata...

sedihnya... x dapat nak bayangkan bila k.long tau keadaan sebenar nanti..mesti hancur hatinya sebab x dpt melihat utk kali terakhir wajah suami kesayangannya

Maria Firdz berkata...

Salam takziah...

Unknown berkata...

salam takziah. . .

Cho Zila berkata...

Takziah.. dariNya kota datang kepadaNya kita kemali.. al-fatihah....

Maria Firdz berkata...

Salam takziah... Moga isteri dan ank2nya tabah hdpi dugaan Allah..

fazianbatrisyia berkata...

sedihnya. semoga semuanya dlm keadaan baik skrg. Al Fatihah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...