Sabtu, 30 September 2017

Kuih Kasturi @Rengas aka cucur kacang hijau


~ Assalammualaikum ~

kalau tempat kak nurul kuih nie kita org panggil kuih cucur kacang hijau,
kuih ini pun salah satu favorite akak....

kak nurul masak pakai bahan asas je...

sukatan pun main agak2 je

kacang hijau rendam dulu baru x lama bila nak masak dia nanti
biasanya kak nurul rendam pg dan ptgnya bolehlah masak

masak kacang hijau cam biasa,dah nak masak tu,masukkan gula pasir atau melaka,
masukkan kelapa parut dan tepung gandum,kacau....dah pekat tu tutup api

dah sejuk bolehlah dikepal2 bulat dan leperkan bolehlah masuk dlm tepung gandum yg dicampur
sedikit dgn tepung beras dan air,dan goreng...
dah siap.........
mudahkan!

slmt mencuba




Jumaat, 29 September 2017

Bingka Labu








~ Assalammualaikum ~

Hari nie nak share resepi bingka labu....
Sapa minat mkn bingka labu di sini, angkat tangan ^,,samalah kita....

Bingka Labu

Bahan2
1 biji labu-400 gm bila dah dikopek,rebus dan lenyek
240gm gula pasir
3 biji telur jika AA
1 cawan pekat santan
125gm marjerin,cairkan

Cara2

Blend labu,gula,telur, santan
masukkan dlm mangkuk dan masukkan tepung sikit
demi sikit,gaul sampai x bergetul,kacau dan masukkan
marjerin dan kacau lg...
bakar 40 minit,160-170 C...

Slmt mencuba







Tgh dlm oven 



Rabu, 20 September 2017

Apam puteri ayu


~ Assalammualaikum ~

Apam puteri ayu.......baru first time kak nurul cuba...
anak2 ckp sedap....
acct.lama dah nak buat tp asyik posponed je  ...hehehe

Bahan2

1. 3 biji telur
2. 1 cwn gula pasir(kak nurul buat stgh je)
3. 1sk ovellate
4. 2 cwn tepung gandum
5. 1sk baking powder
6. 1 cwn santan kotak
7. 1 penutup esen vanila
8. 1 penutup pewarna hijau

* kelapa parut gaul sedikit garam dan sedikit tepung jagung dan kukus kejap

cara2

ayak tepung bersama baking powder
mix telur,gula,ovellate,esen vanila hingga putih(guna air pandan pun ok)
masukkan santan selang seli tepung
mix sebati bahan

Masukkan kelapa dlm acuan,tekan2 dan masukkan adunan tepung
kukus 15 minit....

selamat mencuba




zoom...lg

Isnin, 18 September 2017

Apam Balik


~ Assalammualaikum ~

Hari tu,kan kak nurul ada ckp dah berjaya cube buat apam balik.
Nak makan apam balik yg dibuat sendiri nie memanggil2 je nak suruh
buat,jd bila hujung minggu tu x blk kpg kak nurul trylah buat.
rupenya mudah je nak buat apam nie....

kak nurul kongsi resepinya di sini di samping nak buat rujukan diri sendiri
nanti bila nak buat lagi.Resepinya pun kak nurul cr dlm internet.
so halallah ya...........



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk apam balik:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali
Bahan-bahan untuk di tabur:
  • sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar)
  • 1 tin jagung krim
  • gula pasir secukupnya

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk apam balik:
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  2. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul.
  4. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah.Lipat dan angkat apam balik.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...