NUFFNANG

Rabu, 11 Disember 2013

Sushi tidak baik untuk kesihatan jantung

~ Assalammulaikum~
Sapa suka mkn sushi sini?berjaga2 sbb sushi x baik untuk kesihatan jantung menurut kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah. Kak Nurul pun x suka mkn sushi.Kwn2 camne adakah anda peminat sushi?
Sumber:Kosmo

SUSHI selama ini dikenali sebagai makanan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori tetapi kaya dengan omega-3.
Tetapi kajian mendapati, rutin pengambilan sushi akan membuatkan tubuh terdedah kepada lebih banyak logam, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.
Menurut kajian tersebut, ikan mentah berpotensi membahayakan kesihatan kerana tinggi kandungan logam berat.
Raksa boleh menyebabkan sistem saraf terjejas jika diambil dalam jumlah yang banyak manakala raksa dalam makanan cepat diserap oleh tubuh.
Ikan seperti tuna gergasi, todak, yu atau sardin memiliki kandungan raksa yang tinggi kerana ia memakan ikan lebih kecil.
Kajian sekumpulan penyelidik Majlis Pertahanan Sumber Alam Semula Jadi (NRDC) di New York, Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan ikan dicemari raksa boleh memberi menyebabkan kemandulan dan tekanan darah.
Selain itu, ia juga menyebabkan lupa ingatan, menggeletar dan buta manakala peningkatan kadar raksa meningkatkan risiko penyakit jantung.
Keputusan analisis penyelidik daripada Universiti Rutgers di New Jersey itu membabitkan pengambilan raksa oleh lebih 1,200 orang responden.
Peserta yang mencatat bacaan tinggi kebanyakannya merupakan peserta yang gemar memakan sushi.
Mereka turut disoal lebih lanjut berkenaan jumlah dan jenis sushi yang dimakan setiap bulan.
Penyelidik mendapati, kebanyakan peserta percaya sushi akan memanjangkan umur mereka tetapi meragui bahawa kandungan raksa pada sushi cukup tinggi untuk membahayakan kesihatan mereka.
Menurut kajian Pusat Perubatan Wexner Universiti Ohio, AS, kadar raksa yang tinggi dikaitkan dengan penyakit jantung melalui aktiviti enzim pada dinding pembuluh darah.
"Selain memberikan kesan positif daripada omega-3, cemaran raksa pada ikan sushi memberikan kesan negatif seperti rendahnya kadar kolesterol baik, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok serta kelahiran pramatang," jelas para penyelidik.
Lembaga Pemantau Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) menyarankan pengambilan hanya dua sajian ikan yang mengandungi omega-3 pada setiap minggu.

15 ulasan:

Anum berkata...

sedap la

Mun berkata...

saya suka makan sushi... tapi sushi nie xleh makan selalu..sekali sekala xpe...

Aisy Nasiha berkata...

Xpe...saya pun xsuka makan sushi ni..

adianiez AIDA berkata...

aida memang x pernah makan sushi. tak terasa nak mencuba. adik aida hantu sushi! dia suka sgt gi sushi king :-)

imm berkata...

mse study kt jepun dulu boleh dikatakan seminggu 4,5 kali mkn sushi..uuu takutnyee

Ibu Lala berkata...

Omega 3 bukan bagus utk jntg ke. Tp mmg x suke gak sushi ni.tak leh terima.

Almari Baju Aisyah berkata...

Tak pernah try dan blm teringin lagi..asik was2 halal ke tak.

-ujie-
Sorry, malas nak log out..:)

Dr K berkata...

Saya mmg tak makan sushi...:P

Nora Karim berkata...

fuh.... nasib baik saya tak makan sushi.... :D

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Kena kerungkan dan elakkan makan jika macam ini.

Unknown berkata...

sy tak pernah try
cam tak kn ngan selera je..
tapi nampak menarik hidangan dia..

Maria Firdz berkata...

nak elk msk swndiri..klu betul2 shushi dia spruh msk..mmg org jepun suka mkn mknn spruh masak.

Mimie berkata...

Sy xmkn sushi

Ena's Stories berkata...

huh!..seb bek tak suka makan sushi..bau dia pun tak suka...

Cik Rose berkata...

Ros ni tak pernahnya makan sushi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...