NUFFNANG

Isnin, 9 Disember 2013

Kek Minyak dan tutorialnya.


~ Assalammualaikum ~

Selamat hari isnin buat kwn2 semua.Semoga hari pertama di minggu ini dimulai
dengan ceria dan bersemangat pd kwn2 semua.
Hari sabtu lepas kak Nurul baru first time cuba resepi kek minyak.
Rupanya senang nak buat kek nie dan menjadi,kek nie pun sedap rasanya.
Kak Nurul nak cuba sebab tengok di FB kwn2 yg sama group kongsi resepi
yg baru kak Nurul join tu kebanyakkannya post kek minyak yg diorg dah 
berjaya buat. Semua ckp mudah2 je,jadi kak Nurul cubalah,memang betul
mudah dan sekejap je buat kek nie.

Di sini kak Nurul nak share utk kwn2 yg belum pernah cuba lagi buat kek nie.


Kek Minyak

Bahan2nya

5 Biji telur
1 cawan minyak masak(kak Nurul guna minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor(kak Nurul guna gula halus sbb ada stok)
2 cawan tepung gandum
1 ST baking powder
1 ST ovellate(ada stgh resepi kak Nurul tgk 1 susu besar)
1 ST esen vanilla

Cara2nya

1.  Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan
2.  Pukul telur dan gula hingga kembang,kemudian masukkan ovellate dan pukul lagi
3.  Masukkan susu pekat dan esen vanilla,kemudian minyak masak sampai sebati
4.  Akhir sekali masukkan tepung  dan pukul perlahan sampai sebati.
5. Bahagikan kepada tiga adunan,dengan warna yg berbeza.
6. Masukkan dlm loyang yg telah dilengserkan mentega dan selangselikan warna sehingga habis.
7.  Untuk coraknya gunakan lidi,buatlah corak mengikut kreativiti masing2.
8.  Bakar 170 darjah celcius selama 45 minit.

Selamat mencuba.





Bahagi tiga adunan.

Adunan sebelum dan selepas dibuat corak. Anak2 kak Nurul tanya mama buat kek Rainbow ke?


Inilah kek minyak tu,ada stgh org panggil kek marblekan! Yg ini kak Nurul gunakan loyang spring foam yg 9 inci,tu yg kek x berapa tinggi,next time nak pki loyang yg saiz kecik lg.

9 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Cantiknya kek. Simple jer resipinya yer kak.

Anum berkata...

wow

Tanpa Nama berkata...

Dah la mudah..cantik plak tu...rasanya saya belum rasa....sy suka dgn kaler tu...x menyerlah sgt....

Trimaksih sudi singga ke blog sy ye....salam kenal

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Cantiknya. Nanti kena hias baik-baik masa guna lidi tu yea.

Masya berkata...

Popular kek minyak ni skrg kan... Nak cuba jgk

ZalinZalina berkata...

Cantik kek minyak yg awak buat ni.. kak ina tang ovelet yang lemah sikit tu...he he.

QasehnyaRania berkata...

Kalau kwk marble sy sh penh buat.kalau kek minyak x pnah lagi la
cmtik tgk akak buat corak tu

Unknown berkata...

macam sedap jew nih...

OKje berkata...

Yelah NA....ramai yg dah buat ni...merata dah tgk kat blog orang....mcm simple jekan NA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...