NUFFNANG

Khamis, 28 Februari 2013

Longkang yg terbuka bertukar longkang bertutup.


~ Assalamualaikum ~

Dah  hari khamis baru kak Nurul nak  update blog dlm minggu nie.
Biasalah klu tgh hingga ke hujung bulan memang sibuk sikit.
Kena pandai nak ambik masa klu nak sentiasa blog berupdated dan BW.
Tapi kak Nurul nie jenis org yg slow sikit jadi malaslah nak update dlm
kesibukan ada kerja tu.

Ingat  tak hari tu dlm pertghan bulan lps kak Nurul ada ckp kontraktor
tgh pecah blk kaki lima rumah kak Nurul.Ada dientry nie.
Skrg dah siap dah kaki lima tu.Sblm tu kitaorg buat longkang yg
biasa je 'open'.Sebenarnya kontraktor nie trademark companynya buat
rumah ialah longkang yg bertutup mcm gambar di bwh.
Sbb kitaorg fikir klu longkang nie bertutup takut block ke apa
atau ada benda lain ke yg di bwh longkang bertutup tu, jadi decidedlah
nak longkang biasa je.Tapi rupanya bila dah siap,longkang tu x memenuhi
standard longkang yg betul(hubby tahulah kenapa longkang tu byk kekurangannya
spt salur air-cond yg rendah dan lain2 kekurangan yg kak Nurul pun x tahu sgt).
Jadi suruh kontraktor tu buat blk,diorg dah surrender siap offer dgn kitaorg
RM3000 suruh upah org lain buat atau buat longkang ikut stail company diorg.
Nampaknya tiada pilihan lain,sbb klu ambik RM3000 tu dan upah kontraktor 
lain buat memang duit tu tak cukup,jadi kitaorg pilihlah offer buat longkang
ikut stail diorg.

Sebelum diorg tutup longkang tu hubby nak tgk air boleh mengalir ke tak dgn
lancar,syukur alhamdulillah ok nampaknya air tu mengalir berbanding dgn
sblm nie.Selain tu hubby juga check penutup longkang tu diorg pakai
penutup yg dah retak atau sompek.Sebelum tu diorg main tutup je tanpa
mengira penutup yg retak,hubby suruh bukak dan tukar yg lain.Lepas dah
siap tu bolehlah diorg tabur batu2 kecik. Cerewetkan hubby kak Nurul.
Tapi bagus juga hubby kak Nurul cerewet dlm semua hal mengenai rumah nie
sbb rumah kitakan dan yg bulan2nya kita org yg bayar.
Itulah cite di sebalik kaki lima rumah kak Nurul.




Sblm tu longkang yg open je.

Skrg dah bertutup.

Isnin, 25 Februari 2013

Ahad, 24 Februari 2013

Suatu masa dulu, Crepe Durian


~ Assalamualaikum ~


Sekarang nie dah xde fenomena crepe durian lagikan.
Dulu memang bagai fenomena semua blog bercerita crepe durian.
Meriahnya blog pasal crepe durian nie,ada blog yang jual,ada yang
cerita buat sendiri,ada blog yang cerita cara2 buat crepe durian dan 
sebagainya. Kak Nurul pun sama terpengaruh masa tu dgn keenakan
crepe durian yg member cerita. Siap order juga kat member opis(jirannya buat).
Merasa juga keenakan crepe durian. 

Masa nie ada musim durian
lagi x? sbb skrg dah xde org bercerita crepe durian kecuali kak Nurul nie,
huhuhuhu.......memang ketinggalan betulkan. 

xde apa2 sebenarnya, crepe durian kak Nurul order dah mkn 
dgn anak2 adalah 2 biji tinggal utk  hubby masuk peti ais,
masuk peti ais nie plk sorok betul2,
takut kang anak bukak peti ais dan nampak mkn plk.
Sbb sorok terlalu sorok sampaikan kak Nurul boleh
lupa,dekat nak 3 minggu masa tu baru ingat,maklumlah
memori nie dah byk kurang,nak mengaku tua xlah tua jugakan.
Disamping masa tu MIL dan BIL ada dtg rumah jadi memanglah
x ingat langsung dgn crepe durian nie.

Bila dah ingat kak Nurul tgk elok lg macam gambar di bawah.tapiii....
rasanya dah macammmmmm.
Tgklah satu tu ada kesan gigitan kak Nurul,hahahaha ambik ko!!
sedap x crepe durian tu?
Sayangkan makanan buang camtu je sbb kelupaan kita......





Sabtu, 23 Februari 2013

Cepat jahit langsir........


~ Assalamualaikum~

Tadaa.......

Nielah dia langsir yg hubby dah siap jahit utk rumah kami.
Separuh baru siap dan ada 3 bilik lg belum jahit.
Lining utk dlm langsir tu pun belum siap jahit lg.
Esok ahad hubby nak sambung jahit lg.
Ruang tamu baru ada set kerusi jati nie,nie pun bawa sikit2
masuk dlm keta dr Putrajaya ke kpg nie.
Ok jumpa lain kali sbb nak bagi semangat suruh hubby 
cepat siapkan langsir, kak Nurul nak jahitkan macam dia x harapkan kita je.
Xpe dia pun bersemangat nak siapkan langsir tu nak tgk rumah dah ada
macam rumah.........








Teh tarik pertama


~ Assalamualaikum ~

Selamat berhari minggu buat kwn2 blogger semua.
Apa aktiviti pagi sabtu nie?
Mesti dah planning nak masak apa tghri niekan!
Atau pagi2 tadi dah pergi klr berjoging atau awal2 pagi tadi
dah pergi pasar tani ke beli lauk pauk utk seminggu nie.
Apa2 pun selamat bergembiralah buat kwn2 semua bersama
keluarga tercinta di hujung minggu nie.
Kak Nurul pagi nie nak ke rumah SIL sbb ada cukur jambul anaknya
dan doa selamat sempena masuk rumah baru.

Apa yg teh tarik pertama tu?
Ha haha tajuk xleh blahkan.....
xde apa2 cuma nielah air teh tarik yang pertama
dimasak di dapur kak Nurul nie.
Belum pindah sepenuhnya cuma dtg sini pagi dan ptg
blk semula rumah MIL.

Dapur tempat utk bersilat akan dtg.



Teh tarik pertama.......



Jumaat, 22 Februari 2013

Hepi belated besday hubby.....


~ Assalamualaikum ~


Selamat hari lahir buat hubby.

Semoga panjang umur,murah rezeki,kesihatan yg baik dan sentiasa Allah rahmati.

Sebenarnya birthday hubby 11 Febuari hari tu,kak Nurul
baru nak update masuk blog hari nie,huhuhu......


Xde sambutan just mkn kek yg kak Nurul buat sendiri hari tu.
Buat kek red velvet tapi x berapa nak jadi sbb bantat.
Jadi kak Nurul top up dgn kek mocca plk jadi tinggi sikitlah kek tu.
Layer atas  bwh kek red velvet,tghnya kek mocca.





Potongan antara layer pun x sama besar sbb kek x naik dgn jayanya,siap hubby perli kenapa x pki
timbang air nak bagi sama besar layernya.Krim plk krin cheese.

Khamis, 21 Februari 2013

Pure Marine Collagen


~ Assalamualaikum ~



Semalam dalam WW kak Nurul ada tempek PMC.
Jadi hari nie kak Nurul nak sharelah ngan kwn2 camni nak masak benda nie.
Wlpn byk blog2 yg dah review PMC tp kak Nurul nak buat entry juga
utk rujukan diri sendiri di kemudian hari.


Pertama sekali sblm nak masak cucilah rumpai laut tu bersih2 dan 5-6 kali pun xpe.
Ada stghnya cuci menggunakan asam jawa pun boleh.
Dah rasa yakin dah cuci bersih2 hendaklah direndam semalaman dgn air byk  klu boleh 
lebih sikit dgn  paras rumpai laut tu. Dah semalaman direndam kak Nurul cuci
lagi 2-3 kali sebelum direbus.

PMC yg dah direndam dan dicuci,siap nak masaknya lagi.

Rebus nak letak daun pandan bagi wangi sikit.Tgk  daun pandan nie pun 0.60 beli kat kedai,
klu kat kpg memang x laku nie sbb boleh dpt free.

Masaklah dgn air lebih kurang  2.5 litter air bagi 100 gram PMC
Masak dlm 30-45 minit

Dah masak tu kak Nurul sejukkan masuk dlm bekas, satu bekas yg besar tu buat mkn
dan satu bekas yg kecik tu nak dibuat masker. Dah masuk peti sejuk dah jadi macam jelly.
Satu bekas nie boleh tahan 3-4 minggu.
Tapi hubby pun mkn juga maka cepatlah habisnya.


Baru 2 hari nie kak Nurul mkn PMC nie.Kak Nurul mkn tiga sudu sekali sblm sarapan.
Org mkn satu sudu sekali,tp kak Nurul lebih plk,xpe kot mkn lebih.......


Info PMC dr internet kak Nurul tempek kat sini juga.


PURE MARINE COLLAGEN

-Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)

-Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
-24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2-Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6



KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN
- Melaraskan berat badan & menstabilkan hormon
- Memulihara sel-sel kulit mati(kesan jerawat/kemalangan)
- Mencantikkan kulit(lebih cerah,gebu & anjal)
- Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (anti-penuaan)
- Kulit wajah lebih berseri-seri,anjal dan lembap
- Mengecilkan pori-pori pada wajah
- Mencerahkan kulit wajah & badan termasuk bawah lengan & ketiak.
- Menghilangkan kedut pd wajah terutama garis halus di kwsn mata.
- Anti bakteria
- Membuang toksin dalam badan
- Membantu meningkatkan metabolisme & melancarkan peredaran darah
- Memperbaiki masalah kulit, kuku dan rambut
- Mengurangkan sakit pinggang dan sendi terutamanya lutut dan siku
- Push up payudara & punggung bagi wanita
- Merawat tumit merekah
- Menambahkan tenaga


- Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
- Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, dan merawat gastrik
- Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
- Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
- Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
- Merawat penyakit gout
- Mencegah kanser/tumor
- Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Menurunkan tahap kolesterol dalam badan
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
- Memberikan rasa kekenyangan (diet)




Rabu, 20 Februari 2013

Wordless Wednesday

~ Assalamualaikum ~





Ambik kaww!,hahahaha.......

Nak sgt  PMC

Member hubby kerja Sabah bawakan.










Si kecik pun nak menyibuk kita  nak ambik gambar PMC



















Selasa, 19 Februari 2013

Cuci mata kat Nilai 3


~ Assalamualaikum ~



Langsir kat rumah Kak Nurul dah nak siap separuh.

Itu pun jahit yg simple,luruss....

Time menjahit pun hari sabtu dan ahad je.

Hehehehe,tahu x siapa yg menjahit langsir rumah kak Nurul tu?

Tentulah hubby kak Nurul,memang dr dulu lg dia yg menjahit  langsir di rumah nie.

Awal thn hari tu pergi Nilai 3 cari lg kain langsir yg sama corak kak Nurul
dah beli nie.Masa beli hari tu beli kat Nagoya,nampaknya hubby kak Nurul
ukur kat sliding door ngam2 je,sepatutnya pakai tiga lembar kain
60 inci tu dan belah tghnya.Dah cari jugak kat Nagoya nampaknya corak tu 
dah habis dah.Cari kat Nilai 3 pun x jumpa juga corak nie.
Last2 kami korbankan langsir kat dapur kami gantikan dgn venetian Blind je.
Senang nak lap klu dah nampak berminyak tu.

So kat Nilai 3  tu xde beli apa2 je, cuma alas kaki,beg sklh si Izzat,masa tu dah
beli beg dia tp xde kocek tepi utk meletak botol air.(Itulah beli main ikut abg ngan kakak
 dia jenama SAC).Beli sekali beg sklh Izzyan. Selain dari tu nak teman MIL shopping di sini.



Rambang mata tgk kain langsir,tp sayang dah beli.......

Rasa2nya murah x  langsir yg dah readymade nie?

Cuci mata je pergi sini.

MIL

Letih berjln mkn kat gerai di situ.

Hubby nak buat kira2 berapa lagi kain langsir x cukup.Ingatkan nak ambik corak yg seakan2 sama.

Budak bam nie,minum order teh tarik macam org tua juga.

Isnin, 18 Februari 2013

Bila nak baiki paip bocor nie?

~ Assalamualaikum ~


Dah dekat 2 minggu nie paip kat rumah bocor.

Dah buat aduan kat PJH dan diorg pun dah maklumkan 
pada kontraktor yg dilantik.

Tapi belum lg ada action apa2.

Kak Nurul kat rumah nie rasa macam tinggal kat kpg
kak Nurul di S'wak nun yg masih belum ada bekalan air bersih lagi.

Setiap kali air yg dlm tangki kat atas tu kosong kak Nurul bukak
paip nie dan membuak2 air tu klr dr batang paip yg bocor tu
dan habis lecaklah kwsn kat situ.

Klu nak membasuh dan memasak plk terpaksa kak Nurul
tadah air dlm bilik  mandi bawa ke dapur sbb paip kat
sinki tu direct terus dr luar.

Begitu juga tiap kali habis membasuh sekali baju dlm mesin 
mesti cepat air dlm tangki tu habis,kadang2 mesin x habis cuci
lagi air dah habis,lari lg pergi luar rumah bukak paip.

Lambat betul diorg nie nak ambik actionkan,macam yg awal2
kak Nurul pindah sini pam air rosak kat tangki atas disbbkan
diorg x ambik tindakan susulan jadi beratus2 jgk bil air masa tu.
Ada di entry ini. Tapi tu semua PJH yg bayarkan itu pun slps hubby 
ambik tindakan yg sepatutnya,cal2 diorg.

Kes kali nie bukannya hubby x boleh ikat dulu ke paip yg bocor
tu tapi dia memang xde masa.Hari jumaat hingga smlm os ke T'ganu
manalah dia ada masa. Mangsanya kak Nurul yg duduk rumah
nie mcm org Medang(Kpgku) yg terpaksa tadah,angkat,bukak dan tutup
paip segala.


Jumaat, 15 Februari 2013

Terima kasih Nua


~ Assalamualaikum ~



Salam jumaat buat kwn2 blogger semua.

Lamanya kak Nurul dah x update blog,lebih dua minggu.

Maaflah sbb sibuk keja dan mood rajin nak update ntah hilang ke mana.

Memang kak Nurul kagumlah dgn kwn2 blogger semua yg rajin
tiap2 hari update tu,dan ada stghnya dlm satu hari sampai
4 hingga 7 kali buat entry,rajin update satu hal dan idea2
nak menulis pun sentiasa ada je....... 'teringin juga nak camtukan!.

Oh ya,nie fm baru yg kak Nurul dpt dari adik kat opis nie.
Dia baru blk mkn angin kat London......
Kita nie bila plk nak sampai sana.
Tq Nua. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...