NUFFNANG

Khamis, 26 Julai 2012

Mencari kebahagiaan Abadi.

Assalamualaikum,

Hari nie dah puasa ke 6 kita umat Islam di M'sia nie.
Balik keje smlm sempatlah Kak Nurul  masak sendiri menu
berbuka puasa,wlpn siap masak dan2 org dah azan.
Sempatlah masak mee hongkong dan goreng karipap instant.
Rasanya sedap lg masak sendiri,nie puji sendirilah dr beli di bazaar 
ramadhan sbb sehari sblm tu beli nasi tamato,acarnya dah rasa nak basi dah.


Hari nie Kak Nurul nak kongsi ngan kwn2 inti pati atau pesanan dr 
motivator terkenal dan selalu msk tv,Hj Hushim Hj Salleh semasa
ceramahnya 'Mencari Kebahagiaan Abadi'.(Bukan kak Nurul yg pegi
ceramah tu tp pegawai di opis kak Nurul,sbb pesanannya khas utk
ibu bapa jadi  kak Nurul sharelah sini)


Antara perkara / pesanan yg disampaikan oleh Hj.Hushim:

- Anak zaman sekarang susah dimotivasi kerana berada dalam zon selesa

-fakta :  siswi 70%, siswa 30%

- anak lelaki banyak bermasalah, sebab ibu bapa sibuk dan tiada parenting skill

- anak berubah tingkah laku semasa umur 12 ke 13 tahun

- banyak ibu bapa menangis bila anak masuk umur 13-17 tahun

- kebanyakan orang gagal membesarkan anak lelaki (dgn baik)

- ramai yg terlibat dgn dadah, belajar setakat form 3, form 4 mula libatkan diri dgn aktiviti tak berfaedah, & ponteng sekolah



-ibu bapa MESTI:,

- perhati perubahan tingkah laku anak

-,jangan ego, jangan biarkan, beri perhatian, berkomunikasi (jangan kerana letih tak mahu layan anak)

-ibu  amalkan suap makan anak dgn tangan (walaupun dah dewasa) supaya ada touching’

- jika tak mahu anak bermasalah selalu PELUK anak (walaupun anak dah remaja/dewasa), kerana PELUK ada kuasa ajaib & ada bisikan kalbu (ibu dan bapa dua2 mesti buat)

- jangan biarkan anak makin dewasa makin jauhkan diri

- kesilapan ibu bapa ialah; anak rasa tak mesra, rasa tiada kasih sayang

- jangan benarkan anak keluar malam

- jangan benarkan anak berkawan dgn org merokok, org dewasa & org yg tak bermotivasi

- fokus anak dgn matematik (anak ponteng sebab tak faham – hantar tuition- kalau boleh hantar tuition utk syllabus in-advance semasa cuti sekolah), mesti berkorban laburkan duit untuk masa depan anak

- jangan asingkan diri di dalam rumah dengan keluarga

- ayah mesti selalu spent masa beraktiviti dgn anak lelaki (spt main bola)

- ayah mesti selalu imamkan solat keluarga
-
 anak lelaki idolanya ialah ayah, sifat ayah biasanya turun kepada anak lelaki (jika ayah sibuk dan tak care family, anak lelaki akan tiru kelak!)

- anak perempuan idolanya ialah ibu, sifat ibu biasanya turun kepada anak perempuan (anak perempuan tak susah jaga, biar rapat dengan ibu pasti dia ikut sifat ibu, anak lelaki yang susah jaga!, sebab banyak pengaruh luar)

- anak walaupun umur hanya 4 thn tapi akan memerhati apa yg ibu bapanya pakai, apa yg ibu bapanya cakap dan apa yg ibu bapanya buat dan dia akan tiru

- anak perempuan lemah, berasal dari 1 tulang rusuk, tak boleh dipukul



Sekian…

Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa terbaik dan semoga anak2 kita nanti cemerlang dunia & akhirat insya Allah.

P/s:Nape le en. nuffnang iklannya perempuan seksi(cite di cinema akan dtg)
 dlm blog kak Nurul nie. Dah le bulan puasa,nak delete cari kodnya x jumpa2 plk di edit html tu. 


31 ulasan:

cheqna berkata...

kajian cheqna
masa dari lahir hingga umur 12 tahun, ibu bapa adalah hero kepada anak2 tapi masuk je umur 13, kawan2 adalah hero kepada anak2..

Anum berkata...

good sharing

Izwa Kamaruddin berkata...

good good :)

Reena Sidek berkata...

Peranan mak bpk nang penting kak...
kenak selalu ambik tauk ngan luang masa ngan anak...

Unknown berkata...

good info..

betul kak..masak sendiri lebih sedap..walau pun tak semudah membeli.. hehe..

zaman sekarang ibu bapa terlalu sibuk bekerja..itu timbul pendapat.. orang sekarang bukan mendidik.. tapi bela anak..bagi makan, bagi tempat tinggal..tapi tak cukup bagi kasih sayang dan perhatian..mcm bela haiwan ternakan pulak bunyinya kan..

are_lin@yu berkata...

ayu sokong..mmg anak lelaki yg susah jaga sekarang..pnglmn dari 3 adik llki..ayu sng ja jaga,ikut cakap..haha..puji diri sendiri..hihi..salam 6 ramadhan dear ;-)

lyzaCR7 berkata...

Assalamualaikum, salam perkenalan..

Thanks for sharing..

Tak d nafikan..anak lelaki tak d tugaskan dengan tanggungjawab sejak kecil lagi - cth - lepas makan takyah basuh pinggan sebab dia lelaki.. so boleh lepas tangan dengan kerja2 rumah..
anak perempuan - semua kena buat sebab dia perempuan..
bagi saya apa salahnya sama2 buat kerja rumah kan at least bila dah dewasa dia menghormati tugas seorang ibu / isteri...

tu belum lagi bab2 solat dsbnya..

apa pun, ini sekadar pendapat dan pandangan saya je.. :)

**follow sini juga**

syiela berkata...

peranan kita sebagai ibu bapa pentingkan kak..

risau bila anak meningkat remaja

InsyaAllah moga kita dapat membesarkan anak2 mengikut acuan yg betul

Unknown berkata...

nice sharing nurul. Banyak fakta berguna dalam ni, sama2 kita perbaiki diri untuk jadi ibubapa yang terbaik buat anak2 zaman ini kan.

kurus berkata...

Tq sharing dikk
bab suap anak dah besar tuu
huhuhu bila anak akk nak suh suap , akk selalu cakap .. alahhh kan dah besar leh suap sendiri ..
huhuh bila baca nie rasa sedih dan teringat je ajukan anak tuu huhuh

ct rahani berkata...

good sharing kak.. sy pun ader 2 anak lelaki.. selalu jugak fikirkan masa depan diorang.. semoga kiter mampu menjadi ibu bapa yg terbaik utk anak2kan kak.. sentiasa doakan yg terbaik utk anak2.. doa ibukan lebih mujarab.. :)

Kazman / Sue berkata...

betapa pentingnya peranan ibubapa kan....boleh membentuk generasi sihat...

Norzie hany berkata...

Nice info....tq for sharing.

faraherda.razalan berkata...

Terima kasih kak sbb berkongsi. Seronok sy baca. Mcm tak puas pulak.

=D

Mulan berkata...

tqs for sharing...

Nuwairani berkata...

bagusnya entry ni....rasa takut pulak nak menjadi ibubapa kepada anak2 pada masa akan datang.

Unknown berkata...

dulu PM pun pernah bermasalah zaman sekolah dulu...pernah gak buat mak menangis..tapi papa mifz sendiri yang salah masa tuh,mudah terpengaruh...didikan mak ayah yg diberi sgt mencukupi...tapi tuh la mudah terpengaruh kan...kesal bila kenang perkara lalu...tapi alhamdulillah PM belajar dari kesilapan sehingga hari nih alhamdulillah dah buat mak ayah bangga...:)

Kasih Salina berkata...

salam kaka..amat berguna sekali perkongsian ini..memang betol kan apa yang diperkatakan tu..

Rozie berkata...

sedih kalau terbeli nasi atau lauk basi.. emm geram pun ada

emarieys berkata...

terima kasih share kat sini..

wahida berkata...

tengs sharing kak...

saya ni ada 2 anak lelaki...harap mereka sentiasa jadi anak yg soleh hendaknya...amin...

takut sekarang ni, kalau salah berkwn je, liar lah jadinya...

izz iizza berkata...

info yang baik..tahanks 4 sharing..

memang banyak cobaan membesarkan anak-anak sekarang ni..salah sikit lain jadinya..:)

sal-nurbeena berkata...

sedih tau baca info ni. Tapi mmg itulah kenyataannya. Semoga perkara baik yang akan berlaku pada kita dan keluarga

ZSqueenbee berkata...

assalam...menarik bce cte kt blog u dear.i start following u..salam perkenalan

Cho Zila berkata...

baca disini akak takut gak sebab mmikirkan anak2ni... parenting skill paling pentingkan..
betoi anak2ni ikut acuan kita...

rieda_ffya berkata...

betul tu kak nurul...jgn mmbazir di bulan pose ni..sy x jejak lagi bazar ramdhan..nnice info pasl parenting skill tu

Ibuhani berkata...

betul tu! Sentuhan dgn anak2 perlu utk eratkn kasih syg. Peluk cium n sentiasa berkomunikasi ngan anak2 penting.,....tq kongsi ni!

Ibuhani berkata...

betul tu! Sentuhan dgn anak2 perlu utk eratkn kasih syg. Peluk cium n sentiasa berkomunikasi ngan anak2 penting.,....tq kongsi ni!

nazayiena berkata...

@ZSqueenbee
Tq,InsyaAllah lps nie Kak Nurul ke blog adik.

sal ya berkata...

peluk anak tu wajib. walau macma mana marah pun tetap peluk anak2.

Tanpa Nama berkata...

You actually make it seem so easy with your presentation but I find this matter to be actually something which I think I would never understand. It seems too complicated and very broad for me. I'm looking forward for your next post, I'll try to get the hang of it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...