NUFFNANG

Selasa, 31 Julai 2012

Tukar lagi.....

Assalamualaikum.....

Perasan x blog kak Nurul dah berubah wajah.
Kali nie bukan kak Nurul yg edit sendiri tp minta
 bekas kwn sekolah  kak Nurul masa form 2 ke form5.
Tapi kak Nurul bukak kat opis nie byk yg x leh bukak habis
cthnya background blog kak Nurul warna pink tu pun
nampak putih je bila bukak kat opis nie.
Sapa yg berminat nak makeover blog ke atau header baru
bolehlah runding dgnnya di blog.http://www.pinkizluv.com/

Tghari jumaat lps sempatlah kak Nurul pergi ke jualan 
raya di Presint 2 tu.Hubby sembahyang jumaat dan drop
kak Nurul situ.Jualan nie sampai hari ahad lps.
Tentu kwn2 yg duk Putrajaya dah pegikan.
Kak Nurul pun baru pegi thn nie,thn lps x sempat pegi. 
Xde beli apa pun,cuma beli baju Izzyan je.
Baju raya utk anak2 pun x shopping lagi nie.
Kitaorg nie suka shopping last2 minit baju anak2.
Kwn2 tentu dah siapkan persiapan raya.


Isnin, 30 Julai 2012

Izzat tido ke sahur nie.

Assalamualaikum......

Hari nie dah ke-10 kita berpuasa.
X lama lg dah nak stgh bulan ya.
Kak Nurul smlm sampai sini dlm kul 3 pg.
Sampai rumah terus suruh si kakak dan Najmi sahur terus.
Lauk dan nasi MIL ada bekalkan sekali.
Lama dah x pergi jenguk rumah kwn2.
Wlpn masa nie sibuk sikit kerja,InsyaAllah akan kak Nurul menyinggah.
Ptg nie juadah apa kwn2 berbuka?
Kak Nurul x tahu lg nie,tp thgari tadi dah beli sikit kuih-muih.
Tgk gambar si Izzat nak bersahur pagi tadi di kpg.
Sbb lmbt tidolah nie sampai kat meja mkn lg pun boleh tido.
Setakat nie syukur alhamdulillah Izzat baru tinggal satu hari puasa
sbb hari tu MIL ckp dia mcm dah nak semput.

Khamis, 26 Julai 2012

Mencari kebahagiaan Abadi.

Assalamualaikum,

Hari nie dah puasa ke 6 kita umat Islam di M'sia nie.
Balik keje smlm sempatlah Kak Nurul  masak sendiri menu
berbuka puasa,wlpn siap masak dan2 org dah azan.
Sempatlah masak mee hongkong dan goreng karipap instant.
Rasanya sedap lg masak sendiri,nie puji sendirilah dr beli di bazaar 
ramadhan sbb sehari sblm tu beli nasi tamato,acarnya dah rasa nak basi dah.


Hari nie Kak Nurul nak kongsi ngan kwn2 inti pati atau pesanan dr 
motivator terkenal dan selalu msk tv,Hj Hushim Hj Salleh semasa
ceramahnya 'Mencari Kebahagiaan Abadi'.(Bukan kak Nurul yg pegi
ceramah tu tp pegawai di opis kak Nurul,sbb pesanannya khas utk
ibu bapa jadi  kak Nurul sharelah sini)


Antara perkara / pesanan yg disampaikan oleh Hj.Hushim:

- Anak zaman sekarang susah dimotivasi kerana berada dalam zon selesa

-fakta :  siswi 70%, siswa 30%

- anak lelaki banyak bermasalah, sebab ibu bapa sibuk dan tiada parenting skill

- anak berubah tingkah laku semasa umur 12 ke 13 tahun

- banyak ibu bapa menangis bila anak masuk umur 13-17 tahun

- kebanyakan orang gagal membesarkan anak lelaki (dgn baik)

- ramai yg terlibat dgn dadah, belajar setakat form 3, form 4 mula libatkan diri dgn aktiviti tak berfaedah, & ponteng sekolah



-ibu bapa MESTI:,

- perhati perubahan tingkah laku anak

-,jangan ego, jangan biarkan, beri perhatian, berkomunikasi (jangan kerana letih tak mahu layan anak)

-ibu  amalkan suap makan anak dgn tangan (walaupun dah dewasa) supaya ada touching’

- jika tak mahu anak bermasalah selalu PELUK anak (walaupun anak dah remaja/dewasa), kerana PELUK ada kuasa ajaib & ada bisikan kalbu (ibu dan bapa dua2 mesti buat)

- jangan biarkan anak makin dewasa makin jauhkan diri

- kesilapan ibu bapa ialah; anak rasa tak mesra, rasa tiada kasih sayang

- jangan benarkan anak keluar malam

- jangan benarkan anak berkawan dgn org merokok, org dewasa & org yg tak bermotivasi

- fokus anak dgn matematik (anak ponteng sebab tak faham – hantar tuition- kalau boleh hantar tuition utk syllabus in-advance semasa cuti sekolah), mesti berkorban laburkan duit untuk masa depan anak

- jangan asingkan diri di dalam rumah dengan keluarga

- ayah mesti selalu spent masa beraktiviti dgn anak lelaki (spt main bola)

- ayah mesti selalu imamkan solat keluarga
-
 anak lelaki idolanya ialah ayah, sifat ayah biasanya turun kepada anak lelaki (jika ayah sibuk dan tak care family, anak lelaki akan tiru kelak!)

- anak perempuan idolanya ialah ibu, sifat ibu biasanya turun kepada anak perempuan (anak perempuan tak susah jaga, biar rapat dengan ibu pasti dia ikut sifat ibu, anak lelaki yang susah jaga!, sebab banyak pengaruh luar)

- anak walaupun umur hanya 4 thn tapi akan memerhati apa yg ibu bapanya pakai, apa yg ibu bapanya cakap dan apa yg ibu bapanya buat dan dia akan tiru

- anak perempuan lemah, berasal dari 1 tulang rusuk, tak boleh dipukul



Sekian…

Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa terbaik dan semoga anak2 kita nanti cemerlang dunia & akhirat insya Allah.

P/s:Nape le en. nuffnang iklannya perempuan seksi(cite di cinema akan dtg)
 dlm blog kak Nurul nie. Dah le bulan puasa,nak delete cari kodnya x jumpa2 plk di edit html tu. 


Isnin, 23 Julai 2012

Izzat dah tumbuh gigi kekal.

Assalamualaikum. . . . .

Hari nie dah masuk hari ketiga kita umat Islam di
M'sia berpuasa.Syukur alhamdulillah thn nie Izzat
pun mula berpuasa juga. Tadi htr mesej ngan BIL
di  kpg tanya puasa x lg hari nie,alhamdulillah still puasa lg. 
Blk weekend tadi pelik tgk gigi dia dah 
tumbuh bawah dua btg.
Gigi susu dia yg bwh tu elok lg,jadi
berlapislah gigi dia tu.Blm bawa jumpa dentist 
lg.Agak2 kena cabut x gigi susu yg bawah
dia tu?atau klu x cabut giginya yg kekal tu
cantik x tumbuh? ada x anak kwn2 yg giginya
tumbuh camtu?








Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Assalamualaikum. . . .
Sempena esok kita umat Islam di M'sia nie start  puasa
jadi kak Nurul ambik kesempatan nak ucapkan selamat
menjalani ibadah puasa ya kwn2.


Doa niat puasa Ramadhan(harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan 
tahun ini kerana Allah Ta'ala.



Niat puasa sebulan Ramadhan
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan ramadhan kerana 
Allah Ta'ala.



Doa berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman
aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat
Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.



Doa selepas berbuka puasa

Ya Allah! kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku
beriman dan  atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah 
hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat.
Ya Allah! aku minta ampuni dosaku dengan Rahmat Engkau
yang meliputi segala sesuatu.



Khamis, 19 Julai 2012

Dapat surat cintalah plk. . . . .

Assalamualaikum. . . . 

Petang smlm nak blk kerja dpt plk surat cinta nie dr PJH.
Baru je seminggu nie Kak Nurul bawa keta park kat situ
dah kena,memang malang betulah nasib.Kebetulan minggu nie
motor yg selalu guna tu xleh start dan setiap ptg hujan je
 minggu nie jadi bagus turun keja pki keta.
Ndak x ndak kena byrlah saman nie kan.-
Dah salah sendiri.



Surat saman dah koyak sbb kena hujan ptg smlm.




Rabu, 18 Julai 2012

Entry yang panjang. . . .

Assalamualaikum. . . .

Lebih kurang seminggu Kak Nurul(ganti nama aku selama nie)
x update blog.Entahlah mood ke laut sejak dua menjak nie.
Nak menulis pun xde idea langsung dan BW pun sama 
dikalahkan penyakit M dah dtg. Maaf ya kwn2 lama
 dah x jenguk rumah uols.

Minggu lepas blk kpg,baru sempat beli kain nak buat baju
raya.Ingatkan kwn kakak ipar tu dah xnak ambik tempahan lg.
Kak Ipar tanya nak htr x,apa lg kak Nurul  mcm org mengantuk
disurungkan bantallah.Ingatkan thn nie nak beli ready made je.
Baju melayu Najmi dan Izzat nanti nak beli yg ready made.
Harap senang nanti nak cari kaler yg sama dgn baju
melayu hubby. Sbb sblm nie kak Nurul punya family 
memang tempah baju raya dlm seminggu sblm puasa ngan 
sepupu hubby tu. Tapi thn nie dia xnak ambik upah jahitlah 
plk sbb dia dah dpt kerja tetap sbgi tukang masak 
di tadika Kemas. 

Selain beli kain baju raya
Kak Nurul pun beli sekali kain langsir di Nagoya tu.
Byk cantik2 pilihan kain langsir kat situ,tp kita org dah lambat
sampai jadi memilih tu xlah puas sgt.Kak Nurul beli yg RM8
 semeter,dan lapisan dlm tu baru nak pilih yg
budget RM7-8 tp cepat2 hubby ckp ambik yg murah2
je.Kak Nurul belilah kain jenis organza sama kaler bunga langsir
tadi.Nie harga semeter dlm RM3 lebih. Nak jahit nanti
minta tlg MIL jahitkan dan hubby jahit lapisan dlm tu.

Hari ahad plk Kak Nurul x gi mana2, sbb berurut satu
badan  dgn tukang urut yg dulu selalu mengurut
selepas bersalinkan Izzyan .Dah nak dekat empat thn 
dah x berurut nie. Sekali urut RM40 lebih kurang satu jam,
Ok x upah tu kwn2?
Kak Nurul pun nak berurut sbb hari ahad minggu sblm tu
 pegi pasar kat sini kaki kanan  terpelecok sbb jln x rata kat situ.
Masa tu dukungkan Izzyan, nasib baik masa kena tu boleh balance
lg badan x jatuh tergolek.Kaki terpelecok macam
 Ling Chong Wei hari tu,yg sekali ada dia main tournament mana 
kak Nurul pun dah lupa.Juga sempat turunkan Izzyan dan duduk
kat situ lama juga sbb kaki dah perit.Dlm nak terjatuh
tu adalah seorang tua tanya kenapa, dan dia nasihatkan
blk nanti sapukan kaki tu dgn minyak angin buah pala.
Sampai skrg kaki masih sakit dan perit.

Kwn2 suka x mkn sayur peria,kak Nurul suka, siap buat ulam
lg. tu.Nak ceritalah klu beli peria nie biasanya kita beli yg 
muda atau yg x masak lg.kan. Hari ahad suruhlah
hubby beli peria sekali,tgk nak masak hari isnin tu dah masak
menguning dah,nasib baik ada keras sikit kat hujungnya
bolehlah masak lg,dan inilah pertama kali kak Nurul
masak sayur peria yg dah menguning,biasanya hijau je.
Macam mana nie hubby pilih peria,klu suruh beli ikan
dan ayam tu ok lulus sgt2.

Petang isnin tu ambik Izzyan dr nursery  dgn menunjuk jari telunjuk
sakit.Siap si pengasuh situ ckp tadi dia potong kuku Izzyan
dan ada kwn dia dtg langgar tu yg jarinya terluka.
Spi rumah kak Nurul check xde pun luka cuma kuku dia
yg potong terlalu pdk sehingga nampak merah isi kat kuku dia.
Kak Nurul tanya ada x kwn dtg langgar masa cikgu potong kuku.
Izyyan jwb xdelah,jadi TST je le,biasanya budak kecik
x pandai berbohong.

Nampaknya pjg entry kak Nurul kali nie.Dah habis baca
jgn muntah hijau plk(ada ke org nak baca,perasan. . . .)
Byk kwn2 yg bertanya mesin sauna tu,Insya Allah
klu ada masa Kak Nurul share sini.Sbb Kak Nurul
pun belum cuba lg,malas betul nak buka dan pasang.
Nak beli bukan lg merenggek ngan hubby.Sebenarnya
mesin sauna tu boleh guna pelbagai spt vakum,tp dia
wap,boleh dry cleanning,cuci tilam,sofa juga bilik air.
Syarikat yg jual tu dia buat promotion kat opis
 kak Nurul di bwh anjuran Puspanita.





Khamis, 12 Julai 2012

Kakak Pergi Kursus Penghayatan Ramadhan 1433H

Assalamualaikum

Hari ahad lepas Masjid Putra ada menganjurkan kursus
Penghayatan Ramadhan 1433H untuk org dewasa,
pelajar sklh menengah dan sklh rendah.
Si kakak pun join juga kursus nie dr 8 pg
hingga 4.15 ptg.Baguslah dia join kursus nie boleh
refresh balik dia punya semangat nak sambut
ramadhan yg dah x lama lg menjelma tu.
Kwn2 dah sedia ke nak sambut ramadhan tu,
puasa semua dah byr ke? he he he nak tanya org
konon diri sendiri tu camne yea. . . . .
Berbalik pd htr dan ambik kakak kat masjid Putra
inilah pertama kali aku masuk sini setelah hampir
4 thn lebih dah aku kat sini.Setiap hari kerja
aku lalu sini,lalu je. . . .Dah alang2 dah dtg sini
sempatlah aku sembahyang asar sini tp x sempat
nak berjemaah sbb telah tersesat cari mana
tempat wuduk  . . . 
Jadi kita ambiklah gambar sini,pki  kamera hp je.

Camne emak dan anak,gebu gebaskan dua2,ha ha ha ha. . . . .
Xpe lepas nie aku klu rajin mandi sauna kat rumah,mungkin boleh kurus sikit kot.
Mesin sauna dah beli tp x buka2 lg.InsyaAllah klu berkesan nanti aku
share ngan kwn2 rupa mesin tu.



Selasa, 10 Julai 2012

Izzyan dan Axis Eyewear.

Assalamualaikum. . . . .

Nie rentetan dr entry aku tempohari,klik sini.
Paper bag inilah Izzyan suka bawa pegi nurserynya
tiap2 hari berbanding beg sklh dia.
Sampai dah royok paper bag tu.
Sapa tahu Axis Eyewear tu apa?
Nie kedai cermin mata yg aku rasa byk juga
cawangannya di seluruh M'sia.
Nie macam Izzyan tlg promote percumalah
dlm blog mama dia. Xpelah anakku asalkan
x menyusahkan mama sudah,apa yg Iyan 
nak bawa gi sklh tu.




Isnin, 9 Julai 2012

Dugaan itu,Allah sayangkan hambanya. . . . .

Assalamualaikum. . . . .



♥ Jika engkau merasa sedih, pandanglah ke langit tinggi.. Senyum dan yakini, Allah sentiasa di sisi... ♥
♥ Adakalanya Allah menghantarkan ujianNya adalah tanda surat cinta dariNya.. Agar dengan kiriman itu hatimu akan lebih ingat kepadaNya.. ♥

✿ Subhanallah.. sayangnya Allah kepada kita.. Alhamdulillah..✿
 — 


Sumber:iluvislam.com's photo.

Sabtu, 7 Julai 2012

Chicken chop

Assalamualaikum. . . . .

Jumaat lepas mode rajin nak mencuba buat sendiri
chicken chop.Gigihlah cari resepi di google.
Jom cuba buat.



Ayamnya nak kena dibonekan dulu.

Bahan2 utk kuah chicken chop
(aku ambik dr Sumijelly.com,pinjam resepi kejap ya)

Brown sauce
Serbuk lada hitam
Bawang putih dan merah didadukan
Air
Mentega
Garam(rasa2)

Cara2nya
Campurkan  3 susu brown sauce dan serbuk lada hitam dgn air.
Kacau supaya x berketul.
Tumiskan bawang putih dan merah dgn sedikit minyak.
Dah naik bau tu bolehlah masuk brown
sauce ngan serbuk lada tadi.
Masukkan sesudu mentega (utk cantikkan kuah kita je)
Sebab aku nak buat kuah cendawan jadi aku masukkan cendawan butang
yg dlm tin tu,serbuk lada hitam tadi aku letak sikit je
nak ambik bau.Maklumlah anak2 aku bukannya mkn klu
pedas sgt jadi better aku masak kuah cendawan.
Masak sehingga kuah masak.

Ayamnya aku goreng pki tepung serbaguna je dan mskkan sedikit baking powder
utk kembangkan sikit ayam yg digoreng tu.
Dah masak chicken chop nie mesti ada coslow sekalikan.

Resepi coslow

Dua cawan kobis yg dah dipotong halus
Sebatang carrot yg didadukan
Kacang peas
Mayonis(agak2 sendiri)
2 susu tepung/5 susu fresh milk
 sedikit Garam dan gula
sedikit cuka

Cara2nya
Cuci dan toskan kobis sebelum dipotong.
Carrot  yg didadu tu dan kacang peas rendam
 sekejap dgn air suam.
Selepas tu boleh gaulkan semua bahan di atas.
Masukkan  dlm peti ais 2-3 jam sblm makan.

Jumaat, 6 Julai 2012

Katak pakai baju. . . .

Assalamualaikum. . . . .

X tahulah mode minggu nie si Izzyan suka plk main
dgn patung katak kakaknya punya.
Selama nie terbiar je patung tu duduk kat bilik
 kakak di tingkat atas dgn ada koyak sikit
di bawak kaki si katak tu.
Sebab dah tgk dia suka main si katak tu jadi
mamanya jahitlah kaki si katak tu.
Siap main pakaikan si katak tu baju plk tau.
Dah pakaikan baju carilah plk pampers
pakaikan pampers plk dah.
Nasib baik pampers drypers skrg dia punya
pelekat tu dah diupgradekan boleh bukak
dan pasang blk,xlah membazir boleh pki
lg lepas main.
Budak2 niekan susah nak memahami diorg
sekejap suka benda nie,sekejap suka yg tu,
camtu jugalah Izzyan klu pegi nursery pg nie
bawa paper bag yg dlmnya ada kain tuala kecik
dan buku,bukannya xde beg sendiri yg dah aku belikan
tp dia suka bawa paper bag yg dah lusuh tu.
Macam2 fiilkan anak2. . . . . 

Khamis, 5 Julai 2012

Bloglist Kakcik Seroja...

Assalamualaikum

Nak join sila klik banner di atas.
Nurul pun nak juga join bloglist di blog Kakcik.

Rabu, 4 Julai 2012

Asid Urik

Assalamualaikum . . . . . .

Lambat sikit update hari nie sbb buat kerja dulu.
5S kembali lg nak dtg audit tu yg kemas blk sbb
hari tu kan opis kita berpindah tempat jadi semua
nak kena buat lg sikit2.

Pernah x kwn2 dengar aisd urik?
(hari nie nak jadi pakar pemakanan yg x bertauliah plk rasanya)
Setelah aku google asid urik nie terjadi secara semulajadi 
di dlm tubuh  kita.Ianya terhasil dr Purine.
Fungsi asid urik dlm tubuh ialah bertindak sebagai antioksidan
yg kuat.Pada manusia,lebih  separuh kapasiti antioksidan 
plasma darah adalah dr urik asid.
Oleh kerana ia adalah antioksidan maka ia juga ada 
kabaikkannya utk mencegah kerosakan sel2 dlm tubuh kita.

Purine
Adalah bahan yg biasanya ditemui di hampir semua jenis
 sel2 kehidupan. Dalam setiap sel dlm tubuh dan sel 
darah merah  terdapat purine.
Purines dihasilkan secara semulajadi oleh badan
Ia juga terdpt dlm makanan yg kita mkn.
Ok makanan yg tinggi purin dan perlu dielakkan spt : -
Otak,hati,buah pinggang.limpa  -organ dalaman
Ikan bilis,sardin,tenggiri,telur ikan
Estrak daging,angsa
kepah,kerang
Yis

Makanan yg sederhana purine pula dan kena kurangkan ya : -
Asparagus,kobis,bayam,cendawan(nie nak kurang2kanlah
mkn cendawan goreng nie)
Roti dan bijirin mil penuh,oat meal
Kekacang,lentil(lentil nie baru aku dgr,
mungkin adik beradik kacanglah tu)
Ikan keli,belut,udang,ketam,tiram,sotong
Daging lembu,kambing, itik,babi, ayam

Makanan rendah purine dan tiada had nak mkn : -
Roti putih,bijirin bukan mil penuh
Buah & Jus buah
Susu
sayur selain dr dinyatakan di atas
Rempah ratus

Bila kandungan urik asid
yg tinggi dlm tisu dan saluran darah jadilah penyakit Gout.
Ini terjadi kerana 2

sbb:
* Tubuh menghasilkan lebih urik asid
* Urik asid dlm badan tidak dibuang dgn berkesan(Tubuh
mereka mempunyai masalah dlm mengeluarkan urik asid dr badan
melalui buah pinggang atau ginjal)

So org yg gout utk kenalah diet  iaitu : -

* Minum byk air
*Turunkan berat badan
*Elakkan makanan tinggi purine
*Elakkan pengambilan alkohol

Nak tahu lebih lanjut Urik asid dan gout nie boleh 
rujuk sendiri salah satu laman web nie Pusat Rawatan 
Apa kaitan entry yg aku tulis hari nie
dgn aku?xde apa2 cuma nak kongsi petua
camne nak turunkan asid urik tu ( hubby aku yg beritahu,
dia pun kwnnya yg ckp,boleh cuba)


Carrot,btg saderi dan nenas di blender ambik jusnya aje terus
minum tanpa msk gula dan air.

Sbb nak mencuba petua nie hubby beli le jus maker brand nie(tauke cina tu ckp brand nie
adik beradik ngan kinwood,iyolah. . . )

X tahulah berkesan ke x sbb hubby pun x check lg dia punya kandungan urik asid dia,
dan lg dia pun minum bukan setiap hari.Member yg share petua nie pun dlm sebulan
dia spend 20 kilo carrot.InsyaAllah berkesan. . . . .

P/s: Dua hari lepas aku ada buat entry nasi ambang,sebutan dia nasi 
ambeng rupanya, maklumlah kita pun baru jumpa dan tahu,
terima kasih pd kwn Ujie yg memperbetulkannya.

Selasa, 3 Julai 2012

Bingka Cempedak

Assalamualaikum. . . . . .

Jgn ingat tajuk tu 'bingka cempedak' aku yg masak ya.
Sebenarnya aku baru jumpa dan rasa tau bingka cempedak nie.
Hari sabtu lepas ada kenduri arwah kat rumah sepupu
hubbyku(anaknya meninggal difahamkan terkena jangkitan
 kencing tikus,baru masuk form 5 budak tu,seminggu sblm tu
sempat juga aku ngan hubby melawat dia kat hospital)
Bahayakan skrg,difahamkan sblm tu dia ada mandi manda
di sg. ngan kwn2nya kat kpg tu,tu yg pelikkan skrg.
Bermacam2 penyakit yg timbul,
klu dulu2 zaman kita main2 kat kpg bukan lg
lebih dr tu,tp alhamdulillah bebas dr penyakit yg camtu.
Tp xleh nak kata jugakan,dulu lain skrg lain,
apalah yg aku tulis nie melalut spi ke situ plk 
pada hal nak cite pasal bingka cempedak je
sebenarnya, hu hu hu. . . . .
Aku baru tahu cempedak pun boleh buat bingka.
Sedapnya bertambah2 aku mkn apatah lg isi
cempedak tu ada yg x hancur sgt jadi menolak2lah
msk dlm tekakku.Nanti nak buat jugalah
sementra ada lg musim cempedak nie.
Tp ada seorang makcik tu ckp bingka nie sedap bila
kita masak pki sabut kelapa ada api atas
dan bawah,cara tradisionallah maksud makcik tu,
aku iyakan aje sambil mulut mkn dan mkn lg.
Nasib baik masa tu org ramai dah blk,aku ngan hubby
saja je nak duduk lama2 lg kat situ.
Insya Allah nak cuba masak  nanti tanya resepi
ngan pakcik google  yea. . . . .



Tu yg sedap ada isi cempedak yg x hancur sgt.Bingka nie saudara2 sepupu hubbyku yg kasi.

Isnin, 2 Julai 2012

Nasi ambang

Assalamualaikum . . . . .

Selamat bersua kembali di hari isnin ya kwn2.
Dah msk bulan Julai bg thn 2012 nie.
Sekejap je masa berlalu yea.
Cuba tgk bawah,apa benda tu?
sapa boleh teka

v

v

v

v

v


nielah rupanya apa yg ada di dlm bertutup dgn daun pisang nie.

v

v

v



Nasi ambang masakan org jawa klu x silap.
Aku baru tahu nasi ambang bila dah pindah di semenanjung nie.
Di sebalik mee goreng tu ada lg lauk dlm tu tau,
biasanya tempe masak lodeh klu x silapku
dan sayur kacang pjg.
Nasi ambang nie adik family sebelah suami adik iparku
kasi diorg mlm minggu tu ada majlis bertunang kat rumahnya.
Wlpn pun mlm tu aku dah kenyang mkn Mcd sempena
birthday Izzat tp aku layan lg mkn nasi ambang tu.
Dah kenyang tu segar plk mata layan movie spi kul 5 pg baru
nak tido,huhuhu. . . . . Rezeki jgn ditolak ye tak. . . .

Ahad, 1 Julai 2012

Hepi Besday Izzat.. . .


Assalamualaikum. . .

Selamat hari jadi buat anakku muhamad nazim izzat.
30 jun 2012 dah 6 thn ya.
Ingat lg mama bersalinkan Izzat dlm kul 3> ptg Jumaat
dan mengandungkan Izzat mama kena kencing manis
dan kena kawal pemakanan,huhuhu. . . . .

Semoga izzat akan sentiasa sihat.
Mama harap izzat jadi anak yg baik,
soleh dan berjaya dunia dan akhirat.
amin. . . .
P/s: Duduk ngan nenek di kpg baik2,
Insya Allah thn depan dah boleh sklh sini.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...