NUFFNANG

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari IBu

Assalamualaikum........

Sempena hari ibu hari ini aku ucapkan "Selamat Hari Ibu"
pada semua insan2 yg bergelar ibu terutamanya buat MIL,SIL,
kakak2ku yg jauh di seberang Laut China Selatan dan juga
x lupa kwn2 blogger semua.Semoga dgn ada sambutan hari ibu
buat kita semua nie akan menjadi ibu2 yg berjaya mendidik
anak2 menjadi insan yg berjaya dunia dan akhirat,amin.
Ok nie sekadar renungan dan perkongsian bersama.
Sentuhan Rasa.....Mendidik Jiwa.
Ibuku Sayang.

Ibuku buta sebelah mata.
Aku bencikan ibuku........dia amat memalukan saya.

Tugas harian dia memasak untuk guru dan pelajar untuk
menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah ibuku datang ke sekolah untuk
bertanya khabar.

Aku sungguh malu.Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku.

Aku tidak peduli dengan menunjukkan wajah benci  kepadanya
dan terus lari.

Keesokkan harinya salah seorang rakan darjah berkata,
"EEEEEE ibumu hanya ada one mata!"

Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku.
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku.

Oleh itu aku pergi berjumpa dengannya dan berkata
"Jika engkau hanya mahu aku jadi bahan ketawa,akan lebih baik 
awak mati saja?!!!"

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah
aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.

Aku langsung tidak peduli perasaannya.....

Aku ingin keluar dari rumah itu....

Oleh itu aku ingin belajar bersungguh-sungguh sehingga
berjaya melanjutkan pelajaran ke Singapura.

Kemudian aku berkahwin.Membeli rumah sendiri dan 
mendapat anak.Aku amat gembira dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku.Sudah lama dia tidak
berjumpaku dan tidak pernah berjumpa cucunya.

Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawakan kepadanya.

Aku menjerit padanya "Sanggup engkau datang ke sini
dan menakutkan anakku"
KELUAR DARI SINI SEKARANG

Dengan pantas ibuku menjawab "Maaf saya tersilap alamat",
dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama
sampai ke rumahku.

Oleh itu aku memberitahu isteriku yang aku pergi untuk urusan
perniagaan.

Selepas perjumpaan itu aku pergi ke rumah usang ibuku
hanya untuk ingin tahu!!!

Jiranku memberitahu yang ibuku telah meninggal.

Aku tidak menitik setitis air mata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan  kepada aku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya...

"Anaku yang dikasihi, ibu selalu teringatkan kamu 
setiap masa....

Aku minta maaf kerana telah datang ke Singapura
dan menakutkan anakmu.

Saya gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan
pelajar-pelajar lama.

Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa
denganmu.

Ibu minta maaf kerana selalu memalukanmu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu.......semasa kamu masih kecil
kamu telah kemalangan dan telah hilang satu mata....

Sebagai ibu aku tidak sanggup melihat anaknya membesar
dengan satu mata.

Oleh itu aku telah memberi salah satu mataku kepadamu.

Aku amat berbangga kerana anak lelakiku dapat melihat
dunia ini dengan mata ibumu ini.

...Dengan kasih kepadamu....

....IBU KAMU....

Rasulullah SAW bersabda,Dia memberitahu kamu
supaya taat pada kepada Allah dan RasulNya sentiasa.
Selepas itu taat kepada ibumu kemudian ibumu
kemudian ibumu kemudian ayahmu.

SEMPENA HARI IBU....
Walaupun hakikatnya... hari-hari  adalah hari ibu...
marilah kita merenung akan jasa dan betapa besarnya
pengorbanan ibu ayah yang dicurahkan kepada kita
sehingga menjadikan 
"Siapa diri kita hari ini"

Sementara mereka masih hidup ziarah dan kerap
 bertanya khabar.
Kepada yang telah pergi doakan kesejahteraan mereka.
Sesungguhnya....Ibu ayah penyeri kita yang
tiada tandingannya.

"Kebanyakkn kita kurang menghargai apa yang ada
di depan mata,tetapi setelah telah hilang baru mulut
menyebut,"kan bagus jika dia ada di sisi"
 Selamat Hari Ibu, I Love U.
























20 ulasan:

Norzie hany berkata...

Salam Ina.
Selamat hari ibu untuk Ina dan ibu2 sedunia.Sedihnya baca cerita tu,huaaaa.

rieda_ffya berkata...

selamat ari ibu kak nurul...sedih bace citer tu.....

monalea berkata...

selamat hari ibu buat kitak juak

Tie HT berkata...

selamat hari ibu..tp kalo boleh celebrate masa besday ibu or tarikh lain sbb tarikh hari ni takut lari akidah...sumber dari ceramah ustaz azhar idrus... :)

kurus berkata...

hari2 sambut ..
semoga ibu sentiasa menjadi ratu dihati kita ;)

Kasih Salina berkata...

selamat hari ibu juga buat akak..

eita berkata...

selamat hari ibu..

sedih nya baca citer tu..

syiela berkata...

selamat hari ibu juga ye kak nurul (walau lambat wish)

ibu satu2nya permata kita.baiknya dia buruknya dia.Dia tetap menjadi Pojaan hatiku

Kazman / Sue berkata...

selamat hari ibu juga....

Mulan berkata...

moga semua ibu2 dirahmati Allah selamanya..

si kiut lavender berkata...

sadiss hati baca kisah..

selamat hari ibu ya..=)

LYAfrina berkata...

selamat hari ibu jugak..smoga kt mjadi ibu y tbaik buat ank2 kita & mnjadi ank2 y baik buat ibu kita

wahida berkata...

pengorbanan ibu terlalu besar..tak terbalas rasanya...

sudipVSsenduk berkata...

curahkanlah sepenuh kasih sayang pd ibu selagi dia masih ada...

fieda berkata...

selamat hari ibu..semoga kita semua akan menjadi ibu2 di antara ibu yg terbaik..

kathy berkata...

jasa ibu sampai bila2 pun xkan dapat kita nak malas..

Asmara berkata...

moga kita terus menjadi ibu yg baik buat anak2 dan terus menyayangi ibu bapa kita. amin...

Unknown berkata...

slmat hr ibu juga...mg kita jd ibu terbaik buat anak2 kita

Ros berkata...

Assalamualaikum,

Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik untuk anak2 kita....

Sue berkata...

Selamat Hari Ibu Kak Nurul...ampun dan maaf sekiranye selama kita ber rakan blog ni Su ada mengguris perasaan Kak Nurul. Doakan Su selamat pergi dan pulang menunaikan umrah bersama ibu tersayang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...