NUFFNANG

Rabu, 2 Mei 2012

'Kerana kasihan, mentua paksa suamiku kahwini sepupu'

Assalamualaikum.......

Macam mana hari nie kawan2,kat area aku nie dr tengahari tadi 
hujan lebat spi skrg.Syukur alhamdulillah hujan itu rahmat 
wlpn tghri tadi aku basah kuyup sikit sbb tghari klr pegi sklh anak2.
Hari isnin tu aku kerja sbb malas nak
ambik cuti sbb anak2 pun sklhkan.Tp mesti jiran sblh rumah aku 
pelik sbb cuti sabtu ahad tu x blk kpg plk dan cuti 
sehari nak blk plk.Hari sabtu dan minggu lps x 
blk sbb hubby terlibat dgn Sukan bola
 tampar Maswip.Lepas tu ptg isnin tu hubby ckp ada
 kerja lg sabtu dan minggu nie jadi fikir minggu depan
 x dpt blk jadi kita org shootlah blk senin tu.......

Sebenarnya bukan nak cite apa aktiviti,pegi mana dlm masa 
sehari tu tp aku nak share kisah benar nie........
Sumber: ruangan keluarga Utusan Malaysia 28/4/2012
(mana tahu kawan2 terlepas pandang nak baca sbb asyik berita
pasal Bersih aje)
Syukur alhamdulillah aku dikurniakan dengan ibu mentua
yg memahami dan baik sekali.Kawan2 yg lain segeng x dgn
mak mentua?

MAK harap kamu reda dengan apa yang akan berlaku. Mak nak nikahkan suami kamu dengan sepupunya yang kini telah menjadi ibu tunggal."

Jika anda yang mendengar kata-kata itu, apa tindakan anda? Marah, merajuk atau melawan keputusan mentua anda.

Tentu ia suatu isu perit yang sukar anda selesaikan dalam sekelip mata. Apa kata kita ikuti kisah ini seterusnya, luahan perasaan Shila (bukan nama sebenar) yang ingin dimadukan oleh mentuanya sendiri gara-gara kasihan kepada anak saudaranya yang sudah kehilangan suami.
Wanita ini saya temui pada satu majlis seorang kenalan baru-baru ini. Saya memang tahu dia bermasalah, jadi urusan saya untuk berkongsi cerita dengannya tidak menjadi masalah kerana Shila dengan senang hati bercerita kepada saya tentang kemelut rumah tangga yang dihadapinya.


Begini cerita Shila.

"Saya berusia 45 tahun dan suami, Amirul (bukan nama sebenar) 50 tahun. Kami sudah 25 tahun hidup bersama. Rumah tangga kami bahagia, tidak ada masalah langsung.
"Tiga orang anak kami sudah berjaya dalam hidup mereka dan sudah bekerja. Mentua seorang yang baik hati, penyayang dan amat mengambil berat akan hal kami sekeluarga.
"Saya adalah menantu sulung dalam keluarga suami seramai empat adik-beradik. Jadi saya selalu mengalah dalam apa juga perkara dalam keluarga mentua.
"Suami seorang yang baik, penyayang dan mengambil berat akan hal saya dan anak-anak. Biarpun anak-anak semua sudah dewasa, hubungan tetap akrab.


"Suatu hari mentua saya menelefon suami meminta kami pulang ke kampung, katanya ada urusan penting berkaitan keluarga. Seperti biasa saya dan suami tidak banyak tanya. Dalam perjalanan kami meneka apa agaknya yang hendak diceritakan ibu kali ini.

"Dalam kereta kami berbincang apakah masalah ibu kali ini. Tapi suami rileks sahaja kerana katanya jika tidak kerana nak minta wang mungkin dia mahu buat kenduri.
"Tekaan kami meleset sama sekali setibanya di sana. Jantung saya bagaikan meletup kala ibu mentua meminta saya berkorban untuk dia dan suami.
"Seingat saya selama ini saya selalu berkorban sehingga ada masanya saya ketepikan keluarga sendiri kerana mentua.
"Saya tanya pengorbanan yang macam mana dia inginkan. Katanya dia mahu saya mengizinkan suami bernikah dengan anak saudaranya yang kini sudah menjadi ibu tunggal setelah kematian suami.
"Macam hendak meletup jantung saya mendengar permintaannya itu. Tapi saya tidak tunjuk marah dan geram saya. Kata mentua lagi, suami mesti ikut katanya kali ini sebab dulu suami memang dicadangkan untuk bernikah dengan sepupunya itu tetapi kerana saya jadi pilihan, dia ikut saja.
"Kini katanya sudah sampai masanya saya pula berkorban untuk bermadu dengan sepupu suami. Kononnya sebab dia kasihan dengan anak saudaranya itu yang tidak ada suami dan terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri.
"Suami saya juga terkejut dan membantah keputusan ibunya itu. Itulah kali pertama saya melihat suami bertengkar dengan mentua sejak kami berkahwin.
"Saya menangis apabila kami tiga beranak bergaduh tentang perkara ini. Suami mempertahankan saya dan menyifatkan tindakan mentua sebagai mengarut.
"Saya pelik juga, kenapa dia mesti sibuk nak kahwinkan anak saudaranya itu dengan suami saya sedangkan anak saudaranya itu bukanya orang susah. Suaminya ada meninggalkan banyak harta dan wang untuk dia dan anak-anaknya. Tanpa suami pun dia boleh hidup senang.
"Saya terpaksa mempertahankan suami kerana saya tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Biarpun kami sudah 25 tahun bernikah saya sayangkan suami dan rumah tangga kami.
"Kenapa sekarang baru mentua mahu menjodohkan mereka? Adakah dia sengaja hendak sakitkan hati saya dengan isu ini.
"Apabila suami berkeras tidak mahu menerima cadangan ibunya, mentua mengeluarkan kata-kata kalau kami berdua tidak mahu mengikut katanya kami diharamkan balik ke rumahnya lagi.
"Terkejut juga kami dengan ugutan itu tetapi kami pasrah. Jika itu yang mentua mahu, kami akan akur. Keputusannya kami sekeluarga disingkir mentua.


"Kini sudah hampir setahun saya dan suami tidak pulang ke kampung bersama anak-anak. Ipar-duai saya juga demikian, mereka juga jarang balik sebab saya dan suami tidak ada.

"Menurut saudara mara yang selalu menghubungi saya dan tahu kisah ini, mentua sekarang amat rapat dengan anak saudaranya itu. Ke hulu ke hilir berdua, malah mentua juga sekarang sudah pandai melaram.
"Saya tidak pelik dengan khabar itu kerana anak saudaranya itu memang seorang yang pandai bergaya. Dia juga pernah beberapa kali menelefon suami untuk berjumpa dan berbual... alhamdulillah, setakat ini suami tidak melayan.


"Keadaan itu menjadikan kami trauma untuk balik kampung... Kini saya dalam dilema, saya kasihankan suami yang terputus hubungan dengan ibunya gara-gara hendak mempertahankan kesetiaannya terhadap saya.

"Pada masa yang sama saya gembira dan terharu kerana suami membela saya. Saya harap ada keajaiban yang berlaku dalam keluarga kami.
"Saya faham setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap hari saya berdoa agar mentua akan insaf dan sedar akan perbuatannya itu. Saya juga berharap satu hari nanti mentua akan menerima kami semula seperti masa lalu. Pesan ibu saya, jangan putus berdoa, mohon kepada Allah agar segala kekalutan akan berakhir dan hubungan dengan mentua kembali seperti sedia kala.
"Saya harap semuanya akan berakhir dalam masa terdekat. Walaupun saya sedih dengan keadaan ini saya terima dengan reda. Sehingga kini saya tidak tahu kenapa mentua mahu jodohkan anak saudaranya itu dengan suami saya.


"Pelik juga apabila difikirkan tetapi saya tidak mahu membebankan fikiran saya dengan masalah itu sebab yang penting suami dan anak-anak ada di sisi saya. Susah senang kami akan harungi bersama. Semoga Allah memakbulkan doa saya dan membuka pintu hati mentua untuk kembali seperti masa lalu. Insya-Allah," Shila menutup cerita dengan penuh mengharap.

Pelik juga kisah Shila kongsi dengan pembaca minggu ini. Tetapi itulah realiti hidup. Jangan fikir di penghujung perkahwinan tidak ada dugaan yang datang. Malah semakin usia meningkat, semakin hebat cabaran yang datang.


Saya harap Shila akan terus tabah melalui ujian ini. Mungkin mentua ada sebab untuk berbuat demikian tetapi Shila harus bersyukur kerana suami tetap setia mempertahankan kasih sayangnya terhadap Shila dan rumah tangga. Susah mencari suami yang setia seperti ini masa sekarang.

Saya juga berdoa agar kemelut keluarga ini akan berakhir dalam masa terdekat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidup Shila dan keluarga untuk terus menggapai kebahagiaan. Tindakan suami tidak melayan sepupunya itu juga satu tindakan bijak dan harus diteruskan. Jangan beri muka kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih keruh.
Menutup kata, pesanan daripada saya: Bersabar dan berdoa adalah sebaik-baik cara untuk memulihkan keadaan kerana dengan mengingati Allah akan mendekatkan kita dengan kebahagiaan yang dicari.
Salam.









aku ngan MIL dan anak2....

41 ulasan:

Unknown berkata...

ish..setianya suami syila tu... :)

MIL Izan dh xder

ZalinZalina berkata...

Emmmm...husben ZZ dulu pun MIL nak jodohkan dgn anak saudaranya tapi dah jodoh husben dgn ZZ kan..setiap kali ternampak cousin husben yang masih tak kawen lagi tu, ZZ rasa bersalah pulak..

Cik Melor berkata...

tak tahu nak ckp apa

Kakcik Seroja berkata...

Mak mertua dia tergoda dengan kekayaan anak saudaranya kot! ;-)

AmirFX berkata...

Kmk sik baca Utusan.. :D

Norzie hany berkata...

Tak tahu nak cakap ape....tapi bestnya dapat suami yang setia mcm ni.

kathy berkata...

nang setia lakinya..untung dapat laki kedak ya :')

Unknown berkata...

sgguh setia ksih dan cita si suami..tp dr cerita tu niat mentua dia tu mcm krg baik je kn..

Reena Sidek berkata...

kesian juak dgn kisahnya tok kak...
tp nya beruntung dpt laki yg bait ngan setia... tp yalah sedih, segal barang macam tok keluarga berpecah belah...

fieda berkata...

mmg nasib baik la tak kena situasi gitu..

Kakzakie Purvit berkata...

Mujur juga Syla dikurniakan suami yg berakal panjang - dah 50 tahun tu bukan 25 tahun.

Kakak percaya akan tiba masa MIL Syila akan insaf....

Hanis Azla berkata...

Alhamdulillah suaminya setia.. tp terputus hubungan dgn ibu sendiri bukan hal yg kecil kan.. besarnya dugaan mereka.. harap sgt akak mentua juga cepat sedar agar mereka boleh berbaik2 semual..

LYAfrina berkata...

huhu..,mula2 baca tajut tu..tkejut gak..

alhamdulillah..dpt suami y setia..

So Shy Lady (SSL) berkata...

mcm ada agenda tsmbunyi plak mil shila tu. klau ye pon nk bantu ank sdara bina masjid jgn lah plak mroboh msjid yg sdia ada lpas tu guna kuasa veto hukum ank. rsnya dr sdut islam pon t.kena cara ni kan!

Rozie berkata...

Mertua .. biasa2 saja... tak rapat tak renggang... tapi suka melayan karenah anak2 zie

gadisBunga™ berkata...

salam singgah kembali.. :)

bila baca kisah shila ni rasanya kita boleh dapat satu kesimpulan: mak mak ni kalau dah ada satu keputusan yang dibantah oleh anaknya, dia akan simpan dalam hati sampai bila2 pun. bila ada peluang dia nak hajatnya diteruskan. tu pasal sampai jadi putus sedara tuh...

mungkin mak mentua shila tu kepingin sangat nak bermenantukan anak sedaranya tu.

tapi walau apa pun alasan, itu bukan jalan terbaik.

gadisBunga™ berkata...

eh, saya follower ke 100 la! yey!!

cinta berkata...

nie mesti anak sedara dia tue mmg dah lama simpan hati kat laki tue...so ambil peluang la, nak2 rapat gan mak lelaki tue...

ct rahani berkata...

Alhamdulillah suami shila tu setia.. harap2 masalh dia dpt diselesaikan dgn sebaik2nya..

syukur jugak sbb mil sy pun sgt baik.. :)

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Alhamdulillah.. baik suami diakan..
semoga mertua nye sedar nanti..
mcm2 ada org dalam dunia ni kan..
semoga Allah pelihara kita dari ujian mcm ni.. AMIN.

syiela berkata...

salam...

syukur alhamdulillah hubungan dengan mertua amat baik setakat ni... minta simpang dari benda2 macam ni..

semoga kita sentiasa terpelihara dari ujian yang melampaui kemampuan kita

kurus berkata...

mak aihh
kalau tanye dlm ati x sanggu[
tapi bila suami kita baik , aduhhh sayu juga hati .. ;)

Cikrosecute berkata...

kesian pulak bila baca kisah cam nie...

Kazman / Sue berkata...

aduyaa.... ada juga kes macam ni... jangan la di uji terhadap kami...

nazayiena berkata...

@ZalinZalina
Klu dah jodoh kitakan ZZ x ke mana wlpn saudara dan dekat dah klu bukan jodoh nak buat camne...

nazayiena berkata...

@So Shy Lady (SSL)
betul tu SSL

nazayiena berkata...

@gadisBunga
Terima kasih kerana sudi follow blk...

Rinna berkata...

Moga ibu mertuanyaa cepat berubah..dan silaturrahim dpt disambung kembali antara anak dan ibu..nya

Mulan berkata...

alhamdulillah setakat ni hubungan dgn mertua ok walopon bukan pilihan awalnya..

Jo-Blogger berkata...

singgah sini dan follow

Ujie Othman berkata...

sesungguhnya, poligami perlu kena pd tempatnya dan kesediaan hati semua pihak terlibat.

sebab tujuan kawin adalah utk bahagia. kalau ada hati yg terluka, maksudnya tak tercapailah tujuan perkahwinan.

*takpelah putus hubungan, kalau jelas mertua dia tak matang hadapi hidup.

Kasih Salina berkata...

alhamdulillah dapat suami yg baik dan setia sungguh orgnya..tapi tak heran, zaman sekarang mak mertua macam2 yg ada..begitu juga dgn menantu, macam2 jenis yg ada..tak kira mertua ataupun menantu,kita kena hidup saling hormat menghormati dan tahu tanggungjawab masing2..

Tie HT berkata...

memang doa je senjatanya...apa2 hal pun kena serah kepada Allah..kita pun akan kembali kepada Nya..respek suami syila sbb tetap setia, memandangkan dah hidup bersama dah lama.lelaki yg berfikiran rasional..mertua dia tak rasional..mcm2 ragam kehidupan..syukurlah kita dapat mertua yg baik dan memahami...alhamdulillah :)

fifi berkata...

selagi kite hidup di dunie ini.. selagi itu la dugaan Allah tak pernah berhenti..

saye follow akak jugak!~

eita berkata...

ada jugak ke yang macam ni...
berat jugak nak fikir...

Lynn berkata...

Ya Allah kak..sedihnya kalau lynn kat tempat tu..

Unknown berkata...

alahai..kesiannya

Salmiza berkata...

sedihnya... Dugaan Tuhan turunkn tu mesti ada hikmah. Dia bkn br kahwin, dah ada anak 3..25 thn plk tu dlm alam rumahtgga..
Berat mata pandang berat lg bahu dia pikul...

MulutPayau berkata...

kesiannya....nasib baik suaminya setia...

IntaNBerliaN berkata...

dugaan betoi la... mg MIL dia sudi terima dia sekeluarga semula...

9n0L4 berkata...

alhamdulillah. mertua ku sangat baik & sangat sporting. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...