-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA(INI BUKAN GURAUAN) Sedarlah semua,Tolong sebar2kan ...
Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKANJika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat
Pinjam jap imej dr google.......... P/s: Skrg nie ada macam2 cara org nak curi ketakan ,takutnya............ |
24 ulasan:
bagus info nih...sekarang pelbagai cara penyangak buat untuk merompak...
macam2 jenayah kan
bahayakan sekarang ni.. penjenayah makin advance.. kita pemandu wanita ni lg la terdedah dgn bahaya ni
sentiasa beringat walau berada di mna
thanks kak nurul atas perkongsian ni
takutkan...
mana2 jer pergi rasa mcm tak selamat jer...mintak jauhkan perkara2 yg buruk berlaku kat kita semua
macam2 jak cara org nak molah jenayah kinek tok...
nasib kmk sik pernah bak kereta sorang dirik...
thanks kak kongsi info ni.. br sy tau.. mmg kdg2 ada gak kertas kat kete..
mintak jauh la...
mcm2 taktik dowang ni, huh!
moga kite semua dilindungi dan dijauhi dari golongan2 penjenayah ini, InsyaAllah...tengs Naza, same2 la beringat...doa agar Allah melindungi kite semua...
ish..takot laks...thanks for info
huuhu takutnyaaa .. aduhh macam2 skrg nie .. kenapalahh manusia skrg nie ..
x tahu nak cakap ape dik
kita kenalah hati2 lebih kan
pernah dapat email yg tulis serupa mcm ni..
bahaya kan skrg ni..huhu
ramai nya orang jahat sekarang ni.. moga kita semua dilindungi sentiasa...
kinek tok nang mok sntiasa berjaga2.. sbb mcm2 jak tektik org nak molah benda pelik2 kat kita..minta dijauhkan..amin..
selalu jumpa reminder ni dalam fb...bagus sangat2 pesanan ni, kdg2 kita terleka..tq 4 sharing :)
Thanks kongsi info ni..
Penjahat makin pandai pelbagaikan modus operandi mereka...
memang menakutkan....macam2 skrang ni...
mcm2 taktik dorang ni..sgt menakutkan..
Kalau dah nama penjahat ada je tektik nak buat org terleka. Sikit je cuai habis dia sapu... takut kakak:(
sedih baca entry ni...teringat lak kat kete tunang yg ilang hari tu =(
mcm2 taktik pencuri ni kan. risau betul la org suka mencuri ni. huhu..
macam2 tektik org jahat zaman la ni..memang org perempuan kena lebih berhati2 dlm sola keselamatan..
penah baca info nih.. takutkan kak.. yg penting kena lebih berhati2..
hnmmm penjenayah ni..bijak2 pikir cara nak mencuri... ada je taktik dorg.. lepas nie.. moon pon kena hati2 gak laa..huhu...
ade je rekaan dan taktik yg menjerat org. ;)
Catat Ulasan