NUFFNANG

Jumaat, 27 April 2012

Bye2 Kitty,Bye2 Snow.....

Assalamualaikum.........

Dah dekat seminggu nie Kitty ngan Snow dah x bersama kita.
Rindu juga dgn dua2 ekor kucing tu.
Sebenarnya blk kpg minggu lepas husband dah htr(bg ganti 
perkataan jual) ke kedai yg selalu kita beli makanan,
pasir dan ubat-ubatanya.
Memang rasa berat hati jugak nak jual kitty ngan anaknya Snow
tp hubby x nak nanti baka dia akan terus bercampur dgn kucing2
kpg. Tauke kedai tu pun nak ambik sebab nak jadikan kitty nie
baka,jadi harap di sana tu kitty dan anaknya akan 
berjumpa byk kwn2 bermacam rupa....

Aku x ucap bye2 pun waktu kitty ngan snow nak pegi hari tu sbb
time tu aku tido lps dah cabut gigi gerahamku yg aku cite hari tu,
sbb takut sakit cabut kat klinik kerajaan jadi aku decide
cabut kat klinik luar je....Gigi geraham aku tu ada berlubang belah 
tepi antara dua gigi,doktor ckp sbb gusi dah kecut(dah tua sgt
bila dgr word kecut) tu yg boleh berlubang macam tu
dan lg sbb aku syg gigi yg sebelah tu,sbb tu aku
decide cabut jelah gigi ni x pyh nak tampal2......

Bila aku pegi cuci baju dan tgk kandang kitty dan snow 
(berdekatan situ) kosong sayu je hatiku,sbb biasanya 
mesti dua2 nie berlumba2 panjatlah
sambil menghulur tgn ke luar,huhuhu
Main2 dgn dua ekor nie boleh release kepenatan kerja seharian.
Bila aku ckp ngan hubby rindu pd Kitty dan Snow dia ckp
kat pusat tu seronok sbb jumpa kwn2 ramai terutamanya
kitty mesti byk kucing jantan nak kat dia(jahatnya mulut).

Sekarang nie kat rumah ada Tom sekor je,tu pun x lekat
kat rumah maklumlah jantan katakan,
Main2 ngan Tom ajelah utk melepaskan kerinduan pd Kitty dan 
Snow. Tpkan nampak si Tom juga 
macam x hepi je bila ke blkg
tgk kandang kosong xde Kitty dan Snow.....


Gambar ambik sehari sblm Kitty dan Snow di sini....


Si Snow bukan susah nak ambik gambar mcm tahu je kita nak berpisah.


Kakak main ngan Snow buat kali terakhir.

Khamis, 26 April 2012

Senyumlah......

Assalamualaikum.....

Hari nie maaflah kawan2 x sempat nak pergi menjenguk
rumah kawan2 semua,biasalah bz hujung bulan.....
Kerja perlu diutamakan dulu.
w/bagaimanapun kita tetap senyum
walaupun apa situasi atau sebz mana pun.

Senyum itu juga satu sedekah

Hadith:
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya"Rasulullah SAW bersabda "Tiap-tiap
perkara yang makruf menjadi sedekah.Antara perkara yang makruf itu
ialah hendaklah engkau (semasa) bertemu dengan saudaramu 
(sesama anak Adam)biarlah dengan muka yang manis dan(kalau
ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke
dalam bekas air yang bibawanya"
(Ahmad)


Rabu, 25 April 2012

Bila pulak aku dpt COLA nie?

Assalamualaikum....


Tentu hari hari2 yg ditunggu oleh semua
penjawat awamkan.

Dapat tunggakan setelah SSM ditambahbaikan.

Aku kalaulah pihak bhgn admin x salah buat dptlah
extra RM300 bagi elaun COLA.

Tp jgn nak mimpi di siang atau pagi2 nie memang
xakan dikasi punya.

Sepatutnya aku memang x layak pun dpt elaun
COLA tsbt sebab aku pemegang IC tghnya
13 memang dah dapat elaun wilayah.

Jadi hari nie dpt RM300 tu pulanglah blk
pd bhgn admin,admin ada tanya nak bayar camne
ansur2 ke sekaligus,aku malas nak pegang duit yg
memang bukan hak aku, ckplah nak byr sekali
semua.....Kadang2 ada juga dlm kes lain terlebih
masuk  elaun ke atau tersalah kira klu tahu tu jgnlah x inform
pd admin klu diorg trace nanti byrlah blk w/bagaimana cara sekalipun.
Tp yg kasihan dan selalu berlaku sesiapa yg buat housing loan
tp blm ada potongan dlm slip gaji klu dah tertunggak 2 3 bulan
kena byr tu semua ya,bayangkan sebulan potong berapa
dan klu kena byr  2 bulan ke 3 bulan,.......
Setakat nie saja membebel pagi nie......
dan

Syukurlah apa yg kita dah ada.
Alhamdulillah.







Selasa, 24 April 2012

Nasal Polyps

Assalamualaikum.......
Hujung bulan lepas(tgk berapa lama baru nak update cite msk blog,
memang ketinggalan betul le....)
aku temankan Najmi pergi Hospital Putrajaya nie
untuk rawatan lanjut  sbb dlm hidung ada ketumbuhan spt belon.
Aku pegi sblh petang dan xdelah ramai sgt org.
Selepas register semua tunggulah giliran nombor kita dipanggil.
Ingatkan jumpa doktor tp hanya buat appoitment je,klu aku tahu
x pyh bawa dia aku pegi sorang2 je(dahlah ponteng ptg nie kafa)
Appoitmentnya hujung bulan tujuh nanti pukul 11.45 pg(nampaknya
hari tu le yg  sepatutnya ponteng just stghari je attend kelas pagi)

Aku agak je penyakit nie nasal polyps slps google dlm internet.
Mungkin penyakit nie x merbahaya sbb tu kot doktor 
yang sibuk  ataupun sbb x cukup doktor letak temujanji dlm 
3 bulan slps tu dan aku tgk dia punya belon dlm hidung tu
macam membesar je.Apatah lg klu dia flu berair dan
penuh je   dia punya hidung....
Nak pegi klinik swasta tp dah buat appoitment ngan dr kerajaan.
Malaslah nak cite byk dan nak tahu lebih lanjut
pasal nasal polyps nie refer sini...



Tgh tunggu nak jumpa dr,tp x jumpa pun just ambik tarikh appoitment....
Macam nie belon tumbuh dlm hidung najmi: pict.dr google

Isnin, 23 April 2012

Rindunya ngan Kitty dan Snow.....

Assalamualaikum......

Terjumpa gambar kucing dlm FB,kucing yg mempunyai
telinga pendek.Teringat ngan kitty dan Snow....
Mana peginya Kitty dan Snow?
Kitty dan Snow pegi tanpa sempat aku nak ucap
selamat jln pd mereka.....

Makan Nasi Arab....

Assalamualaikum.......

Salam ceria pd semua kwn2 di pagi isnin nie.
Pagi isnin  nie aku mula cite pasal mkn dulu.
Kebetulan kwn hubby dr Bintulu ada kursus sini minggu 
lepas jadi kita bawalah mkn nasi arab kat Cyberjaya.
Kiranya berpusing2 juga cari Restoren Saba mlm tu,
sbb sblm nie pegi siang senang nak cari tambahan skrg
kat bangunan restoren tu ada satu bangunan yg diorg
tgh dlm pembinaan.Restoren tu buka dr pukul 12 tghari 
hingga 12 tgh mlm....











Najmi mkn chicken chop je...


P/s: Gambar kurang jelas al maklumlah pki hp nokia E72 je.....

Khamis, 19 April 2012

Selamat Pengantin Baru

 Assalamualaikum........
Baru berkesempatan upload gambar kahwin anak kawanku
2 minggu lepas. Bulan 12 tempohari kat belah pihak perempuan 
di Sungai Petani.Gambar kahwinnya ada kat kamera lain,aku malas nak
cari dan hanya dua nie jelah gambar kat sana iaitu gambar
perjlnn kami je.Gambar bwh  kat belah pihak laki .


Perjlnn ke Sungai Petani
sepanjang perjlnn byk sawah padi kiri kanan  jln.
Pintu msk dlm dewan bg majlis pihak laki
Baju sedondon nielah aku htr siap seminggu je.

selamat pengantin baru......
Pengantin melayan tetamu.
goodies buat tetamu

antara menunya
Kek lapis S'wak,mak pemgantin buat sendiri tau....(sbb dulu diorg pernah kerja S'wak)

Isi dlm goodies trsbt.


Rabu, 18 April 2012

Bengkel Teknik Mewarna

Assalamualaikum.......
Bagi yg duduk Putrajaya dan kwsn yg berdekatan datanglah
beramai-ramai utk menyertai bengkel tersebut.
Bawalah anak2 anda,tp kebykkannya hari trsbt sekolah
ada kelas gantian.Aku plk planning nak blk kpg.


Hai sapalah yg cubit....

Assalamualaikum.........

Hari nie aku kurang sihat sikit dgn flu,mata berair dan tekak
rasa perit je.Si Izzyan pun blk ambik dr nursery smlm pun
dah demam.Tido mlm pun badannya panas dan merengek juga.
Hari nie bukan saja bercerita tentang Izzyan demam tp
tgklah pipinya yg skrg nie nampak cam kudis je.
Hari jumaat minggu lps ambik dr nursery dah ada kesan
macam kena cubit je pipinya,aku malas nak tanya
ngan pengasuh kat situ hari tu.

Aku tanya kat Izzyan sendiri kenapa pipi dia tu.
Dia ckplah kena cubit dgn kawannya,tanya lg sapa
nama kawan dia tu dia ckp Jass(dia nie byk pelat lg)
Hari isnin tu aku tanyalah ngan pengasuh tu ttg pipi dia nie
kenapa dan  sapa buat,Pengasuh ckp hari tu dia x perasan pun.

Ptg smlm ambik Izzyan dr nursery tanya lg  ada x budak
nama Jass,Pengasuh tu ckp xde budak nama tu,aku bukannya
apa just nak tgk je budak tu klu betul,bukannya nak buat apa
pun,kita pun sebenarnya x tahu sapa buat,jatuh sendiri ke
dan sebagainya,anak kita pun kadang2 nakal mengacau
ke apa dan kwn dia x suka(tp klu izzyan aku rasa xdelah
garang2 sgt spi nak tolak atau gaduh2 kecuali ada org yg 
mulakan dulu),tp pengasuh tu ckp memang nak tahu juga
sapa buat sbb ada budak lain yg dah terkena juga........

So nak buat camne itulah antara risiko jika htr anak2
kat pusat jagaan.


Blk rumah aku sapu dgn minyak but but.....

Sendayu Tinggi Mohon Maaf, Tak Tolak Kemungkinan Disabotaj


Assalamualaikum.......
Petang tadi terkejut juga dgr produk Sendayu Tinggi iaitu minuman
pelangsingnya ada mengandungi racun berjadual yg diharamkan atau
sibutramine . Nak tahu lebih jelas baca sumber dr
mynewshub.my ni.....
KUALA LUMPUR – Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. hari ini menafikan sekeras-kerasnya penglibatan syarikat itu secara langsung dalam membuat produk minuman pelangsing yang membahayakan pengguna.
Sebaliknya, Pengarah Urusan syarikat itu, Rozita Ibrahim berkata, ia merupakan kesalahan pembekal pakar pemakanan yang dilantik oleh syarikat terbabit dalam menguruskan produk minuman pelangsing berkenaan.
“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.
“Saya juga bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf kepada kita atas kejadian tersebut.
“Oleh itu, buat sementara waktu, pihak syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan selesai kira-kira dua minggu lagi,’’ katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing yang dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.
Tambah Rozita, pihak Sendayu Tinggi turut memberi jaminan bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat untuk digunakan.
Beliau berkata, pihaknya hanya membekukan jualan produk terbabit sahaja ekoran siasatan Kementerian Kesihatan manakala pengguna setia Sendayu Tinggi boleh mendapatkan produk lain syarikat itu di pasaran.
“Selepas ini, kita (sendayu Tinggi) akan membuat analisis dan penyelidikan yang lebih terperinci ke atas produk-produk yang akan dikeluarkan walaupun telah melantik pembekal seperti pakar pemakanan mahupun produk.
Menurut Rozita, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan produk minuman pelangsing itu telah disabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan reputasi syarikat miliknya.
Sementara itu, wakil pembekal pakar pemakanan produk terbabit, Naziera Jaafar turut tampil memohon maaf di atas kejadian yang berlaku.
Katanya, melalui akta pemakanan, tiada keperluan untuk membuat penyelidikan, analisis dan kajian Sibutramine dalam prosedur penyediaan produk makanan.
“Namun, kesemua bahan mentah yang kami perolehi adalah dari pihak pembekal ketiga dan tidak mustahil sekiranya berlaku sabotaj dalam campuran bahan tersebut hingga mengandungi bahan terlarang,’’ katanya. – mynewshub.my
Rozita Ibrahim,Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd

Selasa, 17 April 2012

FM Seaworld San Diego,CA dah sampai

Assalamualaikum........

Semalam sebenarnya dah spi,tq Huda sbb buat
GA yg simple senang kak Nurul nak join dan 
dpt hadiah plk tu. Bertambahlah koleksi FM luar negara Kak Nurul.
Sebenarnya aku suka ke blog  Mai korner nie sbb suka
baca keletah Cik Aiyu yg comel tu.....





siap ada kad lg....

TQ Aiyu & Family....

Isnin, 16 April 2012

Terung asam masak ngan ikan Tamban salai


Hari nie aku nak share resepi Terung asam masak ngan ikan 
Tamban salai dgn kwn2. Bagi org S'wak,sapa org S'wak? 
Pat,Bui,Masz, dan Yumida tentu tahukan.....
memang dah biasakan dgn resepi nie.
Rasanya sejak pindah kat sini aku blm jumpa buah 
terung asam nie ada dijual wlpn dah pergi ke Pasar
Borong Selangor yg mula2 nak pegi hubby tanya
kat org mana jln pegi pasar borong Puchong.....
Klu aku blk S'wak ini adalah sayuran yg wajib aku beli
utk buat stok kat sini,tp x berapa tahan lama sikitlah.
Yang aku masak nie adalah yg paling last aku punya stok
blk bulan 2 lepas. Klu kwn2 nak tgk pokoknya
ada di entry aku yg lepas2.,klik sini
OK nak masak dah nie asyik membebel je bilanya
nak masak.....opps satu lg ikan tamban salai nie....
(Org Limbang call ikan tahai)
Rasanya kat Limbang saja yg ada jual ikan nie di 
S'wak.Klu yg kat Miri tu pun semuanya
dr Limbang.Ikan nie ada musimnya jadi klu musimnya
tiba murahlah sekilo klu luar musim kadang2 mencecah
 dlm RM30-40 camtu.


Bahan2
1.  2 biji terung asam
2.  20 ekor ikan tamban salai
3.  5 ulas bawang merah
4.  4 ulas bawang putih
5.  3 biji cili merah(hidup)
6.  Sebatang serai
7.  Sedikit ikan bilis
8.  Garam,stgh kiub pati ayam maggie dan secubit belacan

Cara2
Terung asam cuci dan potong,tumbuk bawang,cili,ikan bilis
 dan belacan.Batang serai dititik dan ikan salai tamban
 dibersihkan buang semua kulit dan kepala.Masukkan 
air dlm periuk (agak2 berapa byk kuah yg kita nak)
bersama buah terung yg telah kita potong tadi.
Setelah mendidih masukkan bhn2 yg telah ditumbuk
 tadi dan serai.Masukkan ikan salai tamban sekali.
 Agak terung tu dah masak dan ikan salai tamban tu dah
 lembut masukklah garam dan kiub pati ayam.
Klu dah cukup rasa bolehlah tutup api.




Buah terung asam mcm buah pisang kakikan...


Ikan salai Tamban

Tada dah masak dah, (nie dah nak habis baru teringat nak ambik gambar hehehe)

P/s: Pagi tadi pergi klinik,ingatkan nak tampal gigi tp dentist tu ckp x boleh tampal hanya cabut je
boleh selesaikan masalah gigiku ini,dan satu lg cara nak selamatkan gigi tu kena matikan saraf gigi tu
tp xde buat kat klinik kerajaan kena pegi kat klinik swasta,aku tanya berapa kos klu matikan saraf tu,
dentist tu ckp dlm RM500/- apa lg aku camni le mata terkelip2  dan mulut melopong......:D

Jumaat, 13 April 2012

Jom Kitar Semula.....

Assalamualaikum.....



Kawan-kawan kat rumah ada x mengamalkan kitar semula?
Aku pun ada sikit2 mengamalkan kitar semula dlm rumahku.
Start tahun lepas lg aku kumpul tin2 dan botol2 kat rumah tu
klu dah hbs aku asingkan dgn sampah makanan harian.
Sesuailah kita duduk di Putrajaya nie menyahut kempen
kesedaran kitar semula yang sentiasa dijalankan berterusan 
di sini.Klu dulu setiap hari jumaat akan ada org yg datang mengutip
barang kitar semula nie di kawasan rumahku ini.
Tapi sekarang tgk diorg hanya dtg pd hari jumaat minggu 
pertama sahaja.Klu kita ada letak bahan buangan kitar semula
depan rumah tu diorg(Perbadanan Putrajaya) akan 
replacekan blk plastik utk kita tu.Klu x silap aku plastik biru
 utk kertas2 dan putih utk tin,botol atau plastik.
So jadikan amalan kitar semula nie sebagai satu budaya.

Minggu lepas hubby ada kursus dan membernya cite le
yg dia kena compound RM500 sebab ada terjumpanya
jentik2(x tahu berapa ekor) di dlm kawasan rumahnya.
Jadi dengar je cite hubby aku pun blk keje ptg tu check2lah
kat kwsn rumahku mana tahu ada air yg bertakung.
Beringat sblm kenakan....

Botol2 dan tin yg ku kumpul dlm sebulan.....

Klu kertas plastiknya warna biru.

Setakat nie alhamdulillah xde benda2 yg boleh menakung air dan membolehkan
aedes membiak.Rumput pun dah pjg,klu pjg pun x boleh nanti kena fine PPJ.

Khamis, 12 April 2012

Nak pegi pool tukar membaking.....

Assalamualaikum....
Aktivitiku semalam sempena cuti agung,
x jadi pegi swimming pool ajaklah anak buat
muffin bluberry.
Buat pki tepung segera just tambah telur,air
dan minyak jagung shj...




muffin bluberryku.....

Rabu, 11 April 2012

Daulat Tuanku!

Assalamualaikum....
Hari nie satu Malaysia cuti umum sebab sempena 
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 14.
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
yang menaiki takhta menggantikan Tuanku Mizan
Zainal Abidin dari Terengganu.

Daulat Tuanku,Daulat Tuanku,Daulat Tuanku.
Rakyat dan Raja Berpiasah Tiada.

Imej by Google.....

P/S:Hari nie kawan2 pegi mana sempena public holiday nie?
Hubby kerja spi tghri nie dan planning nak bawa anak pg
pool ajelah kot....

Isnin, 9 April 2012

Nak rumput pearl ke carpet?

Assalamualaikum........


Baru petang ada kesempatan nak update blog.Pagi tadi
 sempat jugalah BW ke rumah kawan2. Semalam tghari
 selepas makan2  kat rumah kwn di Bukit Kinrara aku
 ajaklah hubby pegi Sungai Buloh nak survey2 rumput.
Dengarnya kat Sungai Buloh ada byk nursery dan murah2.
Mula2 tu dah lepas kem tentera Sungai Buloh x byk pun 
nursery yg ada,jumpa 2 3 je kat tepi jln. Jadi singgahlah 
nursery yg kat SMK Vakasional Sungai Buloh tu 
dan tanya rumput berapa harga. Kat sini satu potong tu 
rasanya 2 kaki persegi rumput pearl dan carpet philipine 
RM2.00 dan carpet taiwan RM3.00.Lepas tu pegi lg kat 
nursery lain sama je harganya. 

Rasa macam x puashatilahkan, byk2  baca blog ckp
 kat sungai Buloh ada byk nursery tp kita  x jumpa 
pun nursery yg byk tu,jadi tanyalah dgn  pekerja melayu
 situ mana ada lg tpt lain yg ada jual rumput,jadi si
 pekerja melayu tu ckplah kat jln nak pegi Hospital 
Sungai Buloh dan tanya jln camne nak gi sana segala
 kita pun teruskan lg perjlnn.(x bawa  GPS sbb x
 planning pun pegi sini) dah lepas kat Hospital
 Sungai Buloh tu amboi spjg jln ada nursery sampai
 geramnya tgk byk rumput2 yg dijual selain byk kwsn
 tempat diorg tanam2 rumput. 

Tanya sini rumput pearl  dan Philipine dijual 
RM1.80 dan klu beli byk boleh kurang RM1.70 je,
rumput carpet taiwan tu sama juga harganya RM3.00 
Aku ngan hubby x tahu lg nak tanam rumput carpet 
ke rumput pearl. Tapi aku lebih suka rumput pearl
 sbb melalui blog2 yg aku baca rumput tu senang
 nak jaga  dan x payah nak potong2. Hubby ikut je 
pilihanku sbb katanya klu tanam rumput carpet nanti 
klu ada kenduri kendara sayang rumput tu org pijak2.


 Nursery yg mula2 kami pegi......
 rumput carpet taiwan
 ni rumput pearl yg belum tumbuh byk
 ni bukan nak ambik gambar diorg nie tp nak ambik gambar gazebo tu.....
 beli pokok nie yg x tahu nama utk tanam tepi pagar yg bersebelahan ngan
reban satu malaysia(ayam,itik,angsa,rabbit dan puyuh)jiran punya.

beli dlm 20 pokok,satu harga RM5 minta extra 2 pokok ngan aso tu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...