Assalamualaikum.......
Petang tadi terkejut juga dgr produk Sendayu Tinggi iaitu minuman
pelangsingnya ada mengandungi racun berjadual yg diharamkan atau
sibutramine . Nak tahu lebih jelas baca sumber dr
mynewshub.my ni.....
KUALA LUMPUR – Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. hari ini menafikan sekeras-kerasnya penglibatan syarikat itu secara langsung dalam membuat produk minuman pelangsing yang membahayakan pengguna.
Sebaliknya, Pengarah Urusan syarikat itu, Rozita Ibrahim berkata, ia merupakan kesalahan pembekal pakar pemakanan yang dilantik oleh syarikat terbabit dalam menguruskan produk minuman pelangsing berkenaan.
“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.
“Saya juga bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf kepada kita atas kejadian tersebut.
“Oleh itu, buat sementara waktu, pihak syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan yang dijalankan Kementerian Kesihatan selesai kira-kira dua minggu lagi,’’ katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Semalam, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing yang dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.
Tambah Rozita, pihak Sendayu Tinggi turut memberi jaminan bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat untuk digunakan.
Beliau berkata, pihaknya hanya membekukan jualan produk terbabit sahaja ekoran siasatan Kementerian Kesihatan manakala pengguna setia Sendayu Tinggi boleh mendapatkan produk lain syarikat itu di pasaran.
“Selepas ini, kita (sendayu Tinggi) akan membuat analisis dan penyelidikan yang lebih terperinci ke atas produk-produk yang akan dikeluarkan walaupun telah melantik pembekal seperti pakar pemakanan mahupun produk.
Menurut Rozita, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan produk minuman pelangsing itu telah disabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan reputasi syarikat miliknya.
Sementara itu, wakil pembekal pakar pemakanan produk terbabit, Naziera Jaafar turut tampil memohon maaf di atas kejadian yang berlaku.
Katanya, melalui akta pemakanan, tiada keperluan untuk membuat penyelidikan, analisis dan kajian Sibutramine dalam prosedur penyediaan produk makanan.
“Namun, kesemua bahan mentah yang kami perolehi adalah dari pihak pembekal ketiga dan tidak mustahil sekiranya berlaku sabotaj dalam campuran bahan tersebut hingga mengandungi bahan terlarang,’’ katanya. – mynewshub.my
Rozita Ibrahim,Pengarah Urusan Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd |
8 ulasan:
sejak bila pengasas dia pakai purdah gitu eh.. ke semalam je.. kita tk pnh cuba lg set sendayu tggi ni..ramai kata bgus..ada jugak yg kata tksesuai ngan kulit
gituler adat berniagakan... tak pernah gunapun jenama STtu sebab tak mampu.... mahal kot...
sama macam zila..tak pernah guna..
tak pernah guna produk ni lagi, tp sian kat dia, elok juga ianya dihebahkan takut memudaratkan yang lain
produk ni satu jenama yg popular gak. ramai guna. salah satu produk dia je tak dijamin. produk sliming kan???tp once satu produk dah tak elok rosak la smua produk. org dah kurang percaya jd nye.
pernah guna produk ST yg set bersalin dia mmg bagus. Tp kalau slimming set dia ni tak pernah lah. Kesian, kalau betul di sabotaj, tp kalau betul ada kandungan racun yg di hebahkan, kesian pula pada pengguna sbb tertipu selama ni kan...
dugaan buat dia dan pengguna serta bakal2 pengguna..semua dugaan
walaupun tak pernah cuba makan sendayu tinggi...tapi mesti ada yang sabotaj bisnesnya
Catat Ulasan