NUFFNANG

Selasa, 30 April 2013

Jatuh motor lagi......


~ Assalamualaikum ~

Opis hari nie ada sunyi sikit sbb ramai yg cuti.Esokkan cuti hari buruh jadi
ramai yg dah ambik cuti isnin dan selasa dpt lima hari direct cuti campur ngan 
hari sabtu dan ahad lps. Kak Nurul hari nie kerja wlpn badan dan kaki nie
rasa  sakit.Begini citenya smlm dlm kul 9 lebih kak Nurul klr ambik si kakak
kelas tuisyen di Presint 9.Kak Nurul klr pki motor je,tu pun si Iyan nak ikut
juga dan hubby pujuk2 akhirnya dia x jadi ikut.Berhenti dr trafic light kat rumah tu
bila kak Nurul brake sikit je rasa mcm nak jatuh je,sempat dlm hati nie berkata  nasib 
baik x jatuh tadi klu x malu dgn ada sorang yg naik motor di seberang jln 
sana.Motor tu hubby  dah servis hari tu dan kak Nurul rasa memang x sedap
bawa motor tu sbb brakenya terlalu ketat..... Motor kak Nurul  yg  satu tu dan dah
hampir lima thn x cuci tu juga yg sedap kak Nurul bawa... Kenapa x cuci hampir
5 thn?Iyalah sejak pindah sini memang motor tu x pernah cuci.Motor tu
kak Nurul beli semasa belum kahwin lg hampir 15 thn dah usianya.

Sampai kat satu trafic light nie,lampu tgh hijau dan kak Nurul tgk ada satu keta hitam
tu dr arah jln sblh kiri terus membelok,tp kak Nurul tgk mcm keta tu jln lurus je
dan kak Nurul pun brake je tp sbb brake tu ketat xleh tekan mengejut dan kuat
jadi motor tu dah x balance,last2 kak Nurul jatuh di tgh2 trafic light,nasib baik
masa tu xde keta dan motor.Berapa minit baring tgh jln tu,xleh nak bangun sbb
dihembap motor dan kaki tersekat di celah brake dan handle kaki,ada
org dtg menolong.Rasanya byklah keta berhenti nak menolong dan melihat kak Nurul
 masa tu. Siap tanya ok ke x,luka ke,berdarah ke, dan mereka tlg tolak motor kak
Nurul ke tepi jln.Kak Nurul masa tu wlpn sakit ada rasa malu jugak dgn diorg
yg menolong tu.Siap ada sorang tu tanya helmet sapa plk satu tu(helmet tu dah
terpelanting jauh ke depan),helmet tu kak Nurul bawa sbb kan nak ambik
si kakak.  Nie adalah pengalaman kali kedua kak Nurul jatuh motor kat sini
dgn motor yg sama jugak.Kali pertama klu x silap thn 2011 masa tu minggu
cina nak raya, org ramai cuti sbb ambik berapa hari cuti dah dpt seminggu
direct cuti dan masa tu kitaorg cuti dibekukan.Kak Nurul jatuh betul2 dpn
simpang nak masuk parcel opis kak Nurul.Masa tu ada juga org yg sudi
membantu tlg angkat motor dan tanya ok ke x. Dah msk opis dan cal hubby
beritahu jatuh motor dan air mata xleh tahan2 jatuh berjurai jugak akhirnya
dan mlm tadi sampai rumah beritahu hubby tadi jatuh motor,hubby ckp 
kali nie x menangis plk.......(kali nie kak Nurul tahan betul2 air mata sbb x nak
tambahkan sakit hubby skrg nie yg tgh demam).Masa ambik si kakak kat tuisyen 
tu pun kak Nurul menahan sakit kaki nie,malas nak beritahu kakak yg
kak Nurul jatuh motor tadi dan blk rumah dgn bawa motor berhati2 serta slow 
stlh terbaring tgh jln.

Sampai rumah kak Nurul cuci kaki kejap dan sapu lutut dan kaki yg luka
tu,berdenyut2 rasanya bila terkena minyak gamat tu,memang sakit kejap
nak lipat kejap nak lunjurkan kaki mencari mana rasa selesa dan lastnya
tertido di ruang tamu semua kami anak beranak.

Pada yg tolong kak Nurul mlm tadi dan kak Nurul pun dah lupa muka2 diorg 
(maaf) terima kasih semuanya,sungguh prihatin rakyat Malaysia esp yg tinggal di Putrajaya.............




Sinilah kak Nurul jatuh........klu lalu jln nie mesti akan teringat.

Isnin, 29 April 2013

Comform denggilah plk...


~ Assalamualaikum ~

Seminggu lebih kak Nurul x update blog,lama jugakkan.......
Minggu lps bz sikit ditambah lg xleh nak bukak blog.
Ramai juga yg pagi nie problem xleh bukak blogkan! Kak Nurul
plk dah dr minggu lps memang xleh nak bukak dan hari minggu
memang langsung x cuba  nak bukak  kat  rumah.

Minggu lps si kakak dan hubby demam on-off2.Hari nie si kakak dah
blh pegi sklh cuma hubby je masih sambung mc 2 hari.
Hari rabu nak ambik darah lg dan hari nie pg tadi pegi klinik conform
denggi.Memang byk betulkan kes denggi di sini.
Kasihan ngan hubby,smlm nak blk sini pun kak Nurul tgk dia
pucat je muka dia.Minggu lps MIL x sihat dan pitam pg jumaat tu.
Bila blk kpg minggu lps MIL rehat dan tido je,mungkin kesan
ubat yg doktor kasi tu.Menurut ckp SIL,MIL salah mkn,
mkn daun pucuk ubi yg daunnya halus2 tu,dpt daun tu BIL bawa
blk dr Batu Pahat,nasib baik xde apa2,dan nak blk sini smlm
tgk MIL dah boleh bangun,syukur alhamdullah.

Berbalik pd kes hubby tadi, x tahulah nak ckp,blkg rumah skrg tgh 
naik projek rumah,memang berapa meter je dr rumah kitaorg.
Hubby kak Nurul plk xnak mkn ketam,ingatkan nak masak sup ketam.
Skrg nie dia byk minum 100 plus je(doktor syorkan) dan balik
kerja nanti nak masak air barlilah utk dia.
Semoga hubby kak Nurul cepat sembuh dan kwn2 sudi doakan juga ya. 

Jumaat, 19 April 2013

Anda Bertanya Ustaz Menjawab...



~ Assalamualaikum ~

Salam sejahtera buat semua di hari jumaat yang penuh keberkatan.Hari nie kak Nurul nak
share soal jwb agama sikit.Sumber dr Persatuan Islam di pejabat kak Nurul.


Soalan:

Saya pernah mendengar kuliah agama yang menyebut, sesiapa yang tidak menghidupkan suasana Al-Quran di rumahnya, maka rumahnya umpama kubur. Persoalan saya, benarkah dakwaan ini? Jika betul, apakah yang dimaksudkan dengan suasana Al-Quran? Dan bagaimana pula dengan keluarga saya yang mana saya, isteri dan anak-anak memang tidak pandai membaca Al-Quran? Adakah rumah kami menjadi kubur?

Jawapan

Benar, sabda Nabi S.A.W :
“Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah” [H.R Muslim].

Maka jelas apa yang disarankan oleh Rasulullah ialah menghidupkan suasana Al-Quran di rumah dengan membacanya, mempelajari dan bertadarus beramai-ramai sesama anak dan isteri. Al-Quran juga mampu merawat hati anak-anak yang mungkin sedikit liar.

Maka dengan mewujudkan suasana Al-Quran seperti yang kita sebutkan tadi, ia menjadikan keluarga harmoni. Bagi yang tidak mampu membaca Al-Quran, maka dia wajib untuk belajar Al-Quran walaupun sudah berusia lanjut.

Ibu dan bapa harus menghantar anak-anak mereka ke kelas pengajian Al-Quran. Dalam masa yang sama, bagi mengelak rumah terus menjadi kubur kerana ahli keluarga belum ada yang boleh membaca Al-Quran, maka cukup dengan memainkan bacaan Al-Quran melalui mp3, cd player, iPhone dan sebagainya. Contohnya memainkan bacaan Al-Quran setiap 5 minit sebelum masuk waktu solat setiap hari.

Soalan

Kawan saya telah menghadiahkan senaskhah Al-Quran kepada majikannya yang berbangsa Cina dan beragama Buddha, apakah hukumnya?

Jawapan

Tidak menjadi masalah jika memberikan Al-Quran kepada orang bukan Islam dengan tujuan supaya dia dapat membacanya dan memahami teks Al-Quran dan mula mengkagumi kehebatan isi Al-Quran.

Maka lebih elok dan semestinya Al-Quran yang dihadiahkan itu merupakan Al-Quran terjemahan bahasa yang diketahui pembaca itu.

Namun jika orang bukan Islam yang kita kenali itu memang seorang yang menghina Al-Quran dan mungkin merosakkan Al-Quran jika kitab suci itu berada di tangannya, maka dia tidak boleh memberikan kepadanya.

Sumber dari Imam Muda 2 Ustaz Khairul Azhar Ghazali.


"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah"
(Hadis Riwayat Muslim)



Khamis, 18 April 2013

Boleh Gemuk Layan Laman Sosial



~ Assalamualikum ~

Tak takut ke dgr tajuk tu bagi sesiapa yg sgt aktif melayari laman sosial? Sebenarnya di kajian yg terdpt di negara omputih.Klu ikutkan logik betul jugakan fakta tu.

Di Los Angeles, kajian mendapati hampir empat daripada 10 orang wanita berisiko menjadi gemuk kerana tidak mengambil sarapan pagi semata-mata mahu menghabiskan masa melayari internet terutamanya laman sosial seperti Facebook dan Twitter atau memeriksa e-mel.

Tekanan hidup dalam dunia moden ini menyebabkan hanya 63 peratus golongan wanita mengambil sarapan di rumah dengan selebihnya memilih untuk melayari internet.

Sekurang-kurangnya seorang daripada tiga orang dewasa akan memeriksa e-mel pada sebelah pagi, manakala satu perempat pula lebih gemar melayari Facebook dan Twitter.

Golongan itu tidak menyedari bahawa kajian itu juga mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan akan terdedah untuk mengambil makanan yang banyak semasa makan tengah hari.
Keadaan itu menyebabkan mereka mudah menjadi gemuk kerana makanan yang diambil pada tengah hari mengandungi lebih banyak lemak dan manis. – Agensi



Social-Media-Addiction-Alec-Couros


kredit utk sumber nie.

P/s: Maaflah kwn2 hari nie x sempat BW lg........Insya Allah hutang dibayar.

Rabu, 17 April 2013

Wordless Wednesday


~ Assalamualaikum ~

Sempat juga singgah wlpn kwn yg bawa tu sesat2........

Tapi sayang kwn tu nak cari LV x jumpa/xde.......

Jln cuci mata je  kak Nurul sini.



Selasa, 16 April 2013

Baliklah ke tempat asalmu.


~ Assalamualaikum ~


 SPR dah pun umumkan 5 Mei nie untuk Pilihanraya Umum 13.
Dah sedia ke nak mengundi? Nak mengundi di mana?
nak mengundi sapa?.......shyshyshy.....undikan rahsia,betul x?





Hari nie jom kita tonton video sempena hari pembebasan si kiko
dan si kiki. x tahulah boleh review ke x video nie.Kak Nurul
cuba upload videonya tp x berjaya,jadi kak Nurul letakkan
aje link video tersebut,tu pun x tahu boleh klr ke x?
Nanti klu ada sapa sudi tgk bagi feedback yea,boleh
buka ke x video tu..........



Siapakah gerangannya si kiko dan kiki nie?


adakah kucing?

rabbit?

snack?

Ayam?

Itik?

Hamster?

Ikan?


ooooooooo tidak,klu bela kucing memang dah awal2 kucing nie
bebas klr masuk rumah.

klu rabbit tak mungkinlah nak lepaskan bebas begitu saja
lebih baik sembelih dulu buat sate rabbit,yea tak!

Klu snack,eeeeeeee  org upah suruh bela pun kak Nurul x nak.

Ayam plk memang xde kitaorg xde reban  klu nak bela,tapiiiiiiii
reban ayam jiran ada,betul2 sblh dapur dan bilik tido kak Nurul.

Itik,pun sama mcm ayam.

Hamster tu,memang dr dulu anak2 kak Nurul berminat sgt nak bela,
tp kak Nurul dan hubby x kasi stlh dgr ada dulu ada penyakit berpunca
dr hamster nie.

Klu ikan pun x mungkin sbb selalunya bela ikan penghujung riwayatnya
mati camtu je,x sempat membesar dan nak kena dilepaskan.

Jadi boleh x kwn2 teka siapa si kiko dan si Kiki nie?





Hehehehe........mereka adalah kura2 yg rasanya
dah hampir 4 thn kitaorg bela dan membesar bagai johan.
Jadi fikirkan dah besar dan mungkin dah boleh diorg(bukan org ya)
berdikari sendiri di luar sana jadi kitaorg lepaskanlah.
Baliklah ke tempat asalmu dan bebas ke mana sahaja nak pergi,
pergi lepak2 ngan geng ke,mengumpat, atau mencari pasangan hidup.

Semoga suksess ok.



P/S: N3 autopublish lg.......



Isnin, 15 April 2013

Syukur alhamdulillah dah sihat dari demam


~ Assalamualaikum ~


Minggu lepas Izzyan demam. Nasib baik sebelum mama pegi Johor dia
dah baik,klu x kasihan hubby nak jaga sorang2.
Tinggal ngan ayah jgn nakal2 tau.Rasanya x pernah kak Nurul tinggalkan 
Izzyan kecuali ada kursus 3 hari thn lepas dan nie kali kedua mamanya
tinggalkan dia.Dia okey aje sbb dah besarkan.
Izzyan jaga kesihatan baik2 sementara mama pergi OS.



Abaikan bantal busuk dia tu........


(P/s: N3 autopublish)

Ahad, 14 April 2013

Rutin mingguanku.


~ Assalamualaikum ~

Aktiviti kak Nurul minggu lepas.Inilah rutin harian setiap minggu kak Nurul
mendobi baju sekolah anak2.Baju diorg memang kak Nurul kumpul seminggu
dan rendam sblm cuci sekali.Cuci pun memang cuci tangan dan spin pki
mesin basuh,entahlah kak Nurul rasa macam x bersih je klu terus masuk
mesin basuh.Bukannya x tahu klu si Najmi dan Izzat uniform diorg,klu
kakak oklah boleh terus masuk mesin tp dah alang2 kak Nurul cuci tgn
jadi semuanya cuci tgn.

Hujung  minggu lepas jgk kak Nurul dan hubby sempatlah mengalih bunga
raya dan rose yg beli kat CH hari tu. Kak Nurul beli bunga raya dua kaler
sebab sukakan bunganya yg giant tu,jgn plk nanti dah turun kat tanah rendah
nie bunganya mengecut mcm bunga raya yg lain,kecik2.

Minggu nie xdelah aktiviti menanam bunga lg sbb hujung minggu kak Nurul
dah gi Johor ada kerja kat sana.So dlm 2-3 hari minggu dpn xdelah dtg
ke rumah kwn2 ya.


Bunga yg satu tu x klr lg kaler apa,jgn sama kaler sudah.......

Bunga rose hubby minat tanam

Rose warna putih

Sabtu, 13 April 2013

Masak apa hari nie?


~ Assalamualaikum ~

Selamat berhari minggu yea kwn2.......

Masak apa hari nie?

mesti speacialkan,maklumlah hujung2 minggu nielah ada masa nak
masak betul2,macamlah hari lain masak main2.

Oklah ada x hari nie yg nak masak asam pedas ikan pari?
Minggu lps kak Nurul kena siangkan ikan pari sbb MIL gi hospital
bawa org baru(cucu) ambik darah,yg memasaknya mestilah
MIL klu nak sedap atau betul2 rasa asam pedas,maklumlah kak Nurul
nie masih dlm proses pembelajaran..........

Lupa plk ambik gambar ikan pari yg dah masak asam pedas tu,huhuhu....
memang klu dah mkn x ingat apa2 dah,apatah lg tgh perut betul2 lapar.



Lama jugak kak Nurul siangkan sbb nak kena buang kulit atas dan bwh,nasib baik x hancur sgt ikan pari nie dikerjakan.


Jumaat, 12 April 2013

Bilik anak bujang dan anak dara


~ Assalamualaikum ~


Lama dah update rumahku Syurgaku. Inilah bilik anak2 kak Nurul.
Semuanya share satu bilik. Si abang ngan adiknya kak Nurul dan hubby
belikan katil bujang utk diorg,maklumlah lelaki bukannya nak tidur
sama sekatil,lebih2 lg si Izzat memang x nak tido ngan abgnya
yg buas tu. Almari baju belum beli lg sbb x perlu lg sgt pun
maklumlah kitaorg duduk sini hujung minggu je.

Si kakak dan adiknya plk katil kelamin utk bilik diorg.
Klu perempuan kak Nurul fikir ok kot tidur sekatil sbb beza
umur Kakak ngan adiknya pun jauh jadi xde masalah klu
berkongsi,lainlah abg dan adiknya tadi umur lebih kurang sama
jadi 'bengking' (pernah dengar x perkataan tu)tu ada.
Biarlah diorg asing2.

Frame2 ayat Al-Quran pun baru dua yg sempat digantung.
Memang x cukup masa nak buat ini dgn cepat sbb kitaorg
hari minggu je ada sini dan kadang2 hari minggu tu kebykkan
dihabiskan buat kerja2 lain jgk.













Kak Nurul masukkan dlm blog utk kenangan anak2 suatu hari nanti........klu diorg baca,mesti > "mama masukkan dlm bloglah bilik kita",mesti diorg pun sukakan.

Khamis, 11 April 2013

Redeem kod bar Drypers dah dpt


~ Assalamualaikum ~

Yipeee.....dah dpt,hahaha.....dah dpt apa tu? Kak Nurul dah dpt
barangan drypers yg kak Nurul redeem hari tu......ingat x, sini entrynya.
Kak Nurul redeem kod bar pampers tu,pointnya kita kumpul dan
tukarlah dgn item tertentu termasuk pampers.Kak Nurul x berkenan
dgn item2 lain termasuk beg,mainan  dsbnya,jadi kak Nurul ambik pampers
je saiz xl,sbb Iyan pakai saiz tu. Tapi dlm seminggu nie minah tu tidur
mlm x pki pampers x  kencing plk dan sejak tadika nie pun dia dah
x nak kak Nurul bekalkan  pampers utk dia tidur siang di tadikanya.
Jadi pampers nie hanya pki bila ada long journey je,tp long journeynya
bukan selalulah plk. Tgklah nanti nak kasi ngan sepupunya di kpg
xde plk yg pki saiz tu maklumlah semuanya sebaya Iyan juga dan
ada yg kecik tp masih bb lg............





cepat juga diorg proses,ingatkan bulan 6 baru dpt.

Rabu, 10 April 2013

A,B,C dan Pavlova


~ Assalamualaikum ~










   >  >  >  >  >   Tengoklah buku resepi mamanya dah jadi buku A,B C Izzyan.
    > > > > > >    Tengok sikit, resepi pavlova tuu..........
    > > > > > >    Bilalah nak buat ya,... hari tu ada buah strawberry beli kat CH busuk camtu je.
    > > > > > >    Abaikan tulisan mama saya tu,hanya dia saja yg faham apa yg ditulisnya,hehehe....    
                                    
  

Selasa, 9 April 2013

Garamku lima tahun yg lalu


~ Assalamualaikum ~


Lamanya dah garam nie kak Nurul simpan,hampir lima thn.
Sebenarnya garam nie kak Nurul bawa gi opis utk cicah2 ngan
mempelam muda(tulis mempelam muda terus kecur air liur kak Nurul)
Waktu tu baru preggykan Izzyan dlm 2 bulan lebih camtu.
Masa tu baru pindah sini dan tgh morning sickness yg amat sgt.
Alahan mengandung tu memang ada, x suka bau nie,x suka mkn nie.
Cuma nak mkn yg masam2 je...,mcm jeruk2 plk  xleh masuk juga.

Berlalunya morning sickness terus lupa ngan garam nie,
berapa hari lps ada 5S lg,kemas2 jumpalah garam nie.
Rasanya dah x perlu kot nak simpan lg. Bawa blk rumahlah
boleh guna lg sbb garam niekan tahan lama.

Camne dgn kwn2 yg baru lg tu preggy,mungkin ada
sama ngan pengalaman  kak Nurul yg suka mkn mempelam
muda cicah ngan garam je.Klu skrg kasilah memang kak Nurul
x mkn kot mempelam muda,klu buat kerabu mungkinlah ya.



Garam halus,bawa x byk cukup2lah utk cicah  sendiri.

Jumaat, 5 April 2013

SEGMEN | SAYA MAHU REVIEW BLOG KORANG


~ Assalamualaikum ~



Nak join sila klik banner di atas
Tarikh tutup: 15 April 2013

Khamis, 4 April 2013

Jaga2 sampah tu


~ Assalammualaikum~



Pagi2 dah membebelkan dlm blog nie.Xde apa sebenarnya,minggu
lps masuk2 je parking keta terus nampak sampah sarap kat parking nie.
Mesti org ingat kak Nurul yg buang sampah nie semua jika berpandukan
keta kak Nurul memang parking sampai ptg di situ.
 Sampah  spt tisu dan plastik memang dibuang
dr dlm keta nie.Sapalah yg punya kerjakan.Senang je keja kutip 
  sampah dlm keta  buang kat luar. Apalah salahnya kumpul sampah
tu masuk dlm plastik dan jumpa tong sampah masukkan je.

Ini semua mentaliti masing2kan.Macam kak Nurul memang marahkan
anak klu buang sampah ke luar dr dlm keta,biarlah keta tu nampak
mcm tong sampah je sbb anak2 semua buang dlm tu wlpn ada sediakan
satu plastik kumpul sampah,dah nama budak2 mesti ada yg buang dlm 
keta esp bungkusan jajan. Sbb tu kebanyakkan ibu bapa memang
x kasi mkn dlm keta....

Teringat sekali kat kpg adalah kwn adik ipar dtg rumah beraya klu x silap.
parkinglah dlm halaman rumah MIL,sementara nak blk tu berborak2 lg
kat luar dan suami kwn adik ipar nie tunggu wife dia berborak jadi dia
kemaslah keta dulu,kutip2 sampah dlm keta dan boleh dia buang 
dgn selamba je sampah2 tu kat laman (mcm dlm gambar nielah kat sblh keta dia)
Hubby tgk org camtu memang dia paling x suka.Kita nak tegur memang
xlehkan,tp sendiri mau fikirlah........ BERSAMA2 JAGA KEBERSIHAN
TERUTAMA DI TEMPAT AWAM.



" Segmen Follow April hingga Disember 2013 by cik akak omei "


~ Assalammualaikum~




Nak join sila klik banner di atas.
Tarikh tutup:Disember 2013

Kak Nurul kena join segmen nie sbb sama2 blogger  S'wak.
Jom join ramai2.

Rabu, 3 April 2013

Buat IC umur 12 Tahun


~ Assalammualaikum ~


Hari nie ingatkan ptg nak bawa si kakak buat ic,maklumlah
org dah 12 tahun. Jadi sblm nak pegi tu bukak laman web JPN
apa dokumen yg perlu dibawa. Untuk si kakak cuma bawa surat beranak
dan ic salah satu ibu bapanya. Cuti sekolah minggu lps x sempat nak bawa
dia so ptg nie ponteng kejaplah dia dgn  koko.


Pengalaman baru bawa anak buat ic nie.Ingatkan boleh bila2 masa saja lps
umur dia 12 thn,rupa2nya kena denda klu dah lebih 30 hari slps umurnya
12 thn,so kakak nie klu ikutkan hari nie lebih dah 30 hari klu ikutkan 
birthdaynya 3 hb 3 hari tu. Jumlah semua dendanya dlm RM11 camtu.


Apa2 pun semoga suksess dan cepat siap bila buat  ic tu,sbb skrg nie semuanya
services di kaunter cepat  dan cekapkan(harap2lah!).
Bukannya mcm dulu2 buat dan tunggu 2-3 bulan baru pergi tuntut balik
ic yg dah siap tu ke JPN.....memang membazir segala2nya,duit,masa,tenaga........


Panduan bersama bagi ibubapa yg nak buat ic anak yg dah capai umur 12 thn tu.....
dari JPN

SYARAT PERMOHONAN
  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  • Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.

       PROSEDUR PERMOHONAN
       Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
  • Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
  • Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  • Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).

       BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK
  1. Warganegara
    Jadual Pembayaran 1A
    BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
    (WARGANEGARA)
    Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
    UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
    BAYARAN PERMOHONAN
    (RM)
    BAYARAN
    PROSES
    (RM)
    BAYARAN
    KOMPAUN
    (RM)
    JUMLAH
    BAYARAN
    (RM)
    12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI
    -
    -
    -
    -
    12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN
    -
    10.00
    1.00
    11.00
    13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN
    -
    10.00
    2.00
    12.00
    14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN
    -
    10.00
    4.00
    14.00
    15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN
    -
    10.00
    6.00
    16.00



Nak tahu lebih lanjut klik kat JPN tu.........











nak tempek gambar kakak ngan ayah.....Dah 12 tahun ya kakak.

Selasa, 2 April 2013

Manisnya bau buah strawberry tu........


~ Assalamualaikum ~


Bersua  kembali setelah seminggu menyepi.Maaflah kwn2 kak Nurul x sempat
nak dtg rumah kalian,mode masih bz lg. Insya Allah ada kelapangan adalah menyinggah.

Manisnya bau strawberry tu........tapi bila dimakan ada masam2 sikit.
standardlah strawberry Cameron Higland.......jurujual yg ckp.
Inilah pokok strawberry anak2 punya.Minggu lps kitaorg naik Cameron tp disebabkan
masa x cukup nak pergi memetik strawberry,jadi belilah sepokok utk
mengubat kempunan anak2 yg sgt2 teringin nak memetik strawberry.
Nasib baik on the way blk tu ada nursery yg blm tutup lg jadi singgahlah
beli pokok strawberry nie. Maklumlah pergi Cameron mengikut org
pergi kerja jadi memang masa tu xde le nak berjln sgt.


Strawberry nie hubby gantung kat tingkap di dapur dan atas singki.
Jadi bila kak Nurul memasak ke cuci pinggan ke memang manis
je baunya strawberry tu.Harap2 bertahanlah pokok nie yea.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...