NUFFNANG

Jumaat, 19 April 2013

Anda Bertanya Ustaz Menjawab...



~ Assalamualaikum ~

Salam sejahtera buat semua di hari jumaat yang penuh keberkatan.Hari nie kak Nurul nak
share soal jwb agama sikit.Sumber dr Persatuan Islam di pejabat kak Nurul.


Soalan:

Saya pernah mendengar kuliah agama yang menyebut, sesiapa yang tidak menghidupkan suasana Al-Quran di rumahnya, maka rumahnya umpama kubur. Persoalan saya, benarkah dakwaan ini? Jika betul, apakah yang dimaksudkan dengan suasana Al-Quran? Dan bagaimana pula dengan keluarga saya yang mana saya, isteri dan anak-anak memang tidak pandai membaca Al-Quran? Adakah rumah kami menjadi kubur?

Jawapan

Benar, sabda Nabi S.A.W :
“Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah” [H.R Muslim].

Maka jelas apa yang disarankan oleh Rasulullah ialah menghidupkan suasana Al-Quran di rumah dengan membacanya, mempelajari dan bertadarus beramai-ramai sesama anak dan isteri. Al-Quran juga mampu merawat hati anak-anak yang mungkin sedikit liar.

Maka dengan mewujudkan suasana Al-Quran seperti yang kita sebutkan tadi, ia menjadikan keluarga harmoni. Bagi yang tidak mampu membaca Al-Quran, maka dia wajib untuk belajar Al-Quran walaupun sudah berusia lanjut.

Ibu dan bapa harus menghantar anak-anak mereka ke kelas pengajian Al-Quran. Dalam masa yang sama, bagi mengelak rumah terus menjadi kubur kerana ahli keluarga belum ada yang boleh membaca Al-Quran, maka cukup dengan memainkan bacaan Al-Quran melalui mp3, cd player, iPhone dan sebagainya. Contohnya memainkan bacaan Al-Quran setiap 5 minit sebelum masuk waktu solat setiap hari.

Soalan

Kawan saya telah menghadiahkan senaskhah Al-Quran kepada majikannya yang berbangsa Cina dan beragama Buddha, apakah hukumnya?

Jawapan

Tidak menjadi masalah jika memberikan Al-Quran kepada orang bukan Islam dengan tujuan supaya dia dapat membacanya dan memahami teks Al-Quran dan mula mengkagumi kehebatan isi Al-Quran.

Maka lebih elok dan semestinya Al-Quran yang dihadiahkan itu merupakan Al-Quran terjemahan bahasa yang diketahui pembaca itu.

Namun jika orang bukan Islam yang kita kenali itu memang seorang yang menghina Al-Quran dan mungkin merosakkan Al-Quran jika kitab suci itu berada di tangannya, maka dia tidak boleh memberikan kepadanya.

Sumber dari Imam Muda 2 Ustaz Khairul Azhar Ghazali.


"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah"
(Hadis Riwayat Muslim)



16 ulasan:

Anum berkata...

great

Tanpa Nama berkata...

TQ share this yer

Unknown berkata...

NEKTOK BANYAK QURAN ONLINE OWW..SENANG,CUMA BUKAK PASYA DGR..ALHAMDULILLAH :)

Tie HT berkata...

pernah baca dalm majalah, bacaan al-Quran jadi nur dalam rumahtangga..

Madam Sooyaree berkata...

Thanks for the reminder kak :)

Fiza Rahman berkata...

Thanks for sharing kak.

emarieys berkata...

nice entry kak

maszull berkata...

assalamualaikum....perkongsian yg baik ni...:)

Unknown berkata...

perkongsian yg bagus ni kak.//tq

aizu's life berkata...

sehari dpt baca sehelai pn cukup la kan.. insyaallah.. rumahtangga aman bahgia :)

Nora Karim berkata...

thanks sharing kak... saya cuba budayakan bacaan Al-Quran setiap kali lepas solat Maghrib... ajar faris dan alisya juga Alif Ba Tha...

Mimie berkata...

thank sharing

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

terima kasih info ini.

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

terima kasih info ini.
sama-sama kita baca al-Quran di dalam rumah kita.

ajumohit berkata...

tq atas perkongsian ini kak, saya lebih suka ajar anak baca muqaddam sendiri di rumah, salah satunya nak hidupkan suasana begini di rumah insha allah

OKje berkata...

Tq sharing ni NA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...