NUFFNANG

Sabtu, 10 Januari 2015

Roti kari ayam


~ Assalammualaikum ~

Jom buat roti....
Kali nie kak nurul nak buat roti bun inti kari ayam

Kitaorg dapatlah mkn 2 biji sorang.


Sebenarnya kak nurul guna bread maker utk buat dohnya.
Bahan2 utk roti
Tepung high protin 490g(3 1/2 cup)
Minyak masak 24g(2 sudu besar)
Gula 24g(2 sudu besar)
Air 330ml/330g
Yis 3g(1 sudu kecil)
Minyak masak 24g(2 sudu besar)
Masukkan semua dalam bread makers cari menu doh,
Bila dah bunyi bip boleh matikan bread maker dan uli doh kita bentuk yg dikehendaki.
Selalunya kak nurul bread makers tu uli sampai 1 jam stgh....sbb kak nurul
leka buat kerja lain.... jadi doh dah kembang sikit dan kak nurul klrkan dan uli lg sbb
biasanya bila doh diklrkan 1 jam stgh,dohnya lembik,jadi kak nurul letak tepung sikit 
utk menjadikannya doh yg sesuai keras atau lembut.
Dah uli masukkan inti dan biarkan kembang sikit barulah boleh bakar pd
170-180 celcius selama 20 minit.


Untuk bahan intinya plk...
Isi ayam(agak2lah sendiri byk mana nak inti...)
3 ulas bawang merah
3 ulas bwg putih
sedikit halia
sebatang serai
sedikit serbuk kari
garam dan gula
satu kiub ayam
3 biji kentang
sedikit cili boh


cara2
Blend bawang,serai,halia
Kentang dipotong dadu
ayam dipotong kecik2
Masukkan cili boh,bahan2 yg diblend,masukkan kentang
masukkan ayam,,sedikit air kemudian serbuk kari yg dah 
dikacau dgn  sedikit air
masukkan kiub ayam,letak garam dan gula...
masaklah sehingga ayam dan kentang empuk dan kering sedikit.
Bolehlah dimasukkan inti roti td.





Jumaat, 9 Januari 2015

Hari Orentasi Izzyan


~ Assalammualikum ~


2 hb Januari tu ada orentasi utk murid tahun 1 di sklh Izzyan.
Kak nurul dan hubby ambil cuti masa tu sbb nak temankan Izzyan first time
melangkah alam persekolahan yg formal.

Hari tu adalah taklimat utk ibu bapa dan sessi ambil buku teks di sampung
ukur badan utk order baju sukan.

Di sklh tu Izzyan adalah jumpa 2 org kwn dia sama tadika.
Jadi bergenglah diaorg.

Tgk seronok aje Izzyan pg sklh,dan thn nie cuma seorang je yg budak
menangis,berbanding 2 thn lps sewaktu izzat naik thn 1,ramai jgk kwn2 dia
menangis.

Sebab orentasi diadakan pd hari jumaat,xdelah lama sgt kat sklh tu.
Sblm jumaat dah blk rumah dah....
Harap minggu dpn guru kelasnya tunjuk ajar sekitar persekolahan spt
kantin,bilik persalinan,tandas dsb....
Sbb ari tu diorang xde pun buat itu semua.

~ Okey iyan slmt menempuh alam persekolahan sebenar ~







Sementara tunggu parent siap ambik buku diorg pegi kelas masing2,budak yg sebelah meja iyan tu dah menangis,dan terus blk duduklah izzyan sorang2 buat soalan matematik.


P/s: 2 hb tu hari lahir kak nurul hujung 30an......

Rabu, 7 Januari 2015

Crust Tart

~ Assalammualaikum ~

Slmt thn baru buat semua kwn2...
klu dulu masih di bangku sklh mesti sibukkan nak tanya azam kwn2...skrg nie bila dah berusia azam tu simpanlah dlm hati sendiri,malas nak bercerita pd sapa2 trmsk hubby sendiri.....bukannya apa,sbb 
takut nanti org boring dgr azam kita asyik samanya.....mana x sama klu azam tu x pernah2 berjaya dilaksanakan,huhuhu......

Ok,sebenarnya kak nurul nak share resepi crust tart yg kak nurul buat seminggu sblm ikut rombongan cik kiah ke alor star pd 25 hb 12 hr tu....

Kak nurul nak tulis di sini sbgi rujukan kak nurul sendiri nanti.....biasanya resepi di dlm internet yg kak nurul jumpa butter atau marjerin digunakan x sampai 250gkan! Biasanya butter yg dijual di pasaran kebanyakkannya 250gm spt jenama buttercup,farmcow dsb.Jadi utk menyenangkan kita,kita guna sebuku tu x pyh nak timbang2 lg dah,klu butternya bertambah, tepung pun kena tambah juga....
ok nie bhn dan cara2 membuatnya.

250gm butter
100gm gula aising
2 biji telur
500gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Gaul tepung gandum dgn butter,jadikan mcm serbuk roti,masukkan gula aising,kemudian barukan msk telur yg dah dipukul skjp,masukkan esen vanilla sekali.
bila mskkan telur tsbt jgn msk sekaligus,mskkan sikit2 supaya doh x terlalu lembik.bila dah dohnya ok,stop wlpn ada lg baki telur tsbt.
ok siap doh....dah blh buat crustnya.
kak nurul boleh dpt lebih kurang 65 biji dgn adunan ini.

Utk inti plk blh refer sini






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...