Bluberry Cheese Tartku | ! My Lovely Family Blog !



Jumaat, 25 Julai 2014

3
Komen

Bluberry Cheese Tartku

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 25 Julai 2014@9:30 PG | Filed under

~ Assalammualaikumn ~

Hari nie jumaat 27 Ramadhan 1435H,kak nurul dah start cuti......
Tapi hari nie nak share resepi bluberry  cheese tart yg pernah 2-3 kali kak
nurul dah berjaya buat.Seronok tau klu sendiri dah pandai buat.
Tapi hasilnya xlah kemas sgt,maklumlah budak baru belajar......
Kak nurul suka buat crustnya dulu dan hari kemudian baru fillingnya.
Lepas sendiri tahu buat xyah dah oder kat org lain,anak2 pun suka
mkn bluberry cheese tart nie espp. si kakak. 

Jom kita tgk resepinya,resepinya pun kak nurul cari di internet jgk.
byk blog2 yg ada resepi nie,pilih je,tapi rasanya semua samalah
resepinya dan cara. Bolehlah buat utk bertandang sbgi buah tangan
untuk mak mentua nanti........


Bahan-Bahan.
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Cara- Caranya
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Untuk fillingnya pula......  

Bahan-Bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara- Caranya
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan
  1. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekkan.
  1.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  5.   Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.

Note:
Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese








3 ulasan:

Aisy Nasiha berkata...

Nampak kemas je hasil kerja tangan ni. Seronoklq makan tart ni nanti ya.. selamat hari raya

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

selamat hari raya maaf zahir dan batin akak. Nampak sedap semua kuih muih yang ada.

Fiza Rahman berkata...

Sedapnya. Feveret saya ni kak.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin buat akk & family.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink