NUFFNANG

Khamis, 11 Mei 2017

KPDNKK Diarah Periksa ‘Fidget Spinner’

KUALA LUMPUR – Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diarah memeriksa gajet ‘fidget spinner‘ di pasaran sama ada permainan itu mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata penguat kuasa KPDNKK akan mendapatkan sampel permainan itu di pasaran sebelum dihantar kepada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk diperiksa.
“Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara.
“Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih di peringkat persefahaman dan dijangka mula beroperasi secepat mungkin.
“Melalui jawatankuasa itu, semua barangan yang mahu dibawa masuk ke Malaysia atau dibawa keluar ke negara lain, sama ada permainan, makanan, barangan pembinaan dan lain-lain perlu melalui pemeriksaan KPDNKK.
“Pihak kementerian juga akan mengeluarkan peraturan dan standard yang perlu dipatuhi pengeluar produk,” katanya pada sidang media Program Kesedaran Akta Syarikat 2016 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kebimbangan terhadap barangan itu yang dikhuatiri boleh membahayakan pemainnya, khususnya pelajar sekolah.
BH hari ini melaporkan beberapa badan bukan kerajaan menyuarakan kebimbangan kerana gajet itu bukan saja boleh mendatangkan kecederaan, malah dieksploitasi menjadi senjata berbahaya dan diguna untuk tujuan jenayah.
Gajet yang pada asalnya dicipta untuk penghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD), mula menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ada yang mengubahsuainya menjadi produk berbahaya.
Antara kesannya seperti berlaku di Britain, membabitkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang hampir buta angkara terkena bilah ‘fidget spinner’ selepas terbabas dari tangan rakannya ketika sedang asyik melakukan beberapa aksi. – Berita Harian

P/s: permainan yg viral di kalangan kanak2 masa nie.... si izzat setakat nie dah satu kena rampas oleh cikgu di sklhnya,hahahaa.......haraplah kerajaan ambil tindakan secepat mungkin jika permainan ini berbahaya ya.....

2 ulasan:

Anum berkata...

:)

irsah berkata...

Aishhh macam2 kalu dah viral... Tak taw lah bila ia akan di-ban nanti, lagi lew pengguna cari huhu ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...