NUFFNANG

Selasa, 23 Mei 2017

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan

~ Assalammualaikum ~

X spi seminggu lg dah nak puasa,In Sha Allah semoga kita sempat menyambutnya....

Ok,sekadar perkongsian bersama sempena ramadhan x lama lg....

Aminah Amna:
AL-KULIYYAH (TV3) | PENCERAMAH: USTAZ ZULRAMLI

Di padang Mahsyar kelak, semua amalan² baik kita boleh pergi meninggalkan kita kecuali 1 amalan....

Iaitu BERPUASA DI BULAN RAMADAN.

Amalan ini akan kekal bersama² kita menjadi pelampung terakhir yang akan menyelamatkan kita.

Ke mana perginya amalan² lain?

❎ Pahala mengaji Al-Quran akan pergi kepada orang yang kita umpat.

❎ Pahala bersedeqah akan pergi kepada orang² yang kita hina.

❎ Pahala solat akan pergi kepada orang² yang kita fitnah.

Dan kita akan menjadi golongan yang Nabi Muhammad SAW gelar sebagai golongan yang MUFLIS AKHIRAT.

KECUALI....

Pahala BERPUASA RAMADAN.
Ia akan kekal bersama2 kita.😢😢😢😢😢 (maha baik Allah)

Justeru itu, marilah sama² kita menyambut Ramadan dengan hati yang sangat² tidak sabar.

Kita siapkan perancangan kita sebagaimana kita merancang untuk meriahnya raya kita.

Rancang dan tanam azam untuk seimbangkan 'Qhoma' dan 'Soma'.

Kebanyakan kita hanya menjaga Qhoma dengan banyakkan solat sunat, bersedeqah, mengaji Al-Quran tapi berapa ramai antara kita yang berazam untuk menjaga Soma (menahan diri) dengan menjaga mulut kita, menjaga pandangan mata kita, menjaga pendengaran kita, menundukkan hawa nafsu dan hati kita.

Berapa ramai yang mengaji... mengaji... mengaji... tapi dalam masa yang sama mengumpat dan mencaci orang di dunia nyata ataupun DI ALAM MAYA dan akhirnya amalan² Qhoma yang bersungguh2 kita buat, akhirnya lesap hanya kerana kita tidak menjaga Soma. Kita menjadi golongan MUFLIS AKHIRAT.

Analoginya, Imam Ghazali menyebut contohnya...

Seseorang menjaga pemakanannya, makan makanan sunnah... kurma, madu, vitamin, suplimen tambahan, habbatus sauda TAPI dalam masa yang sama dia makan sesudu RACUN RUMPAI dengan anggapan makanan² sunnah tadi dapat membantu dia. Sudah pasti tak berguna memakan makanan sunnah tersebut.

Berapa hari lagi Ramadan?
AHLAN YA RAMADAN.

Allah... temukanlah kami dengan Ramadan kali ini. Izinkan kami melaksanakan amalan² yang telah kami rancang untuk Ramadan ini.

Belum tentu kita bertemu Ramadan kali ini. Maka berdoalah banyak agar Allah SWT izinkan kita bertemu dengannya dan ucapkan terima kasih kepada Allah jika kita dapat menikmati Ramadan kali ini.

UTK RENUNGAN  BERSAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...