~ Assalammualaikum ~
Sebenarnya tat telur nie dah lama kak nurul buat.
Tapi asyik x kesampaian aje nak share di sini.
Kak nurul pun resepinya kak nurul ambik dlm internet.
So nak tepek sini,nanti senang nak refer bila nak buat lg.......
hahaha.))..,nanti tu bila ya?......bila rajin dan teringin nak mkn.....
Untuk Bahan Crust /Shell
250gm tepung gandum
120gm buttercup
40gm gula aising
1 biji kuning telur
1 1. Pukul sebentar buttercup dan gula aising, masukkan kuning telur. Pukul sekadar meratakan adunan saja.
2 2. Masukkan tepung gandum, uli guna tangan hingga menjadi doh yang tidak lekat di tangan atau mangkuk adunan.
3 3. Ambil sekepal, tekan ke dalam acuan tart (jangan terlalu tebal). Potong lebihan supaya kemas. Cucuk sedikit menggunakan garpu pada permukaan crust tadi.
4 4. Bakar shell/crust pada suhu 110°C selama 20-25 minit.
Bahan untuk inti tart
250ml susu cair
2 biji telur - dipukul sedikit
60gm gula kastor
¼ sudu teh garam
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan tepung kastard
1 1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk, guna api kecil dan kacau selalu hingga ianya berbuih di tepi periuk.
2 2. Angkat dan masukkan ke dalam jug (supaya senang nak tuang), sejukkan sebentar dan boleh lah di tuang ke dalam crust tadi.
3. Bakar lagi tart selama 10 minit.
~ Selamat mencuba ~
Baru nak bakar |
zoom sikit |
siap dah... |
Time nak mkn |
zoom sikit..... |
2 ulasan:
Boss saya baru belanja Tart Telur ni.. Kat Season boleh jumpa tart ni :)
salam kenal kak nurul...
iryantyahamad.blogspot.com
Catat Ulasan