~ Assalammualaikum ~
Hahaha.......sapa sini minat ulam ulaman?
Spt ulam raja ke?
Kak nurul minat ulam raja,dulu kak Sibu blkng rumah byk pokok dia.
Pokoknya membiak melalui debunga yg dihasilkan,klu dah sbtg tumbuh tu nanti akan cepatlah
anak2nya membiak....
Tapi jgn salah petik pokok ulam raja dgn rumpai miang mexico plk,....
Memang klu dilihat sekali pandang seakan2 sama ajekan kedua2 pokok nie.
So marilah kita sama2 alert akan rumpai mexico ini,ada x tumbuh di kwsn rumah
atau di kebun2 kwn2 tu.........
ALOR SETAR - Walaupun baru-baru ini negara kecoh dengan bahaya rumpai miang mexico, namun ramai mempertikaikan persamaan tumbuhan beracun tersebut dengan ulam raja.
Tumbuhan ulam raja adalah tumbuhan liar dan menjadi tambahan hidangan kepada penggemar ulam yang biasanya dimakan mentah.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Jabatan Pertanian Kedah, Ramli Abdul Rahman berkata, masyarakat tidak perlu khuatir kerana rumpai miang mexico atau parthenium hysterophorus mempunyai tiga ciri berbeza dengan ulam raja.
“Cara pertama dan paling mudah untuk membezakan ulam raja dan rumpai beracun itu adalah dari segi bau. Ulam raja mempunyai bau dan rumpai tersebut tidak.
“Selain itu, rumpai miang mexico mempunyai bulu halus di kesemua batang tumbuhan tersebut berbanding ulam raja.
“Orang ramai juga boleh mengenali rumpai miang mexico tersebut melalui bunganya yang berwarna putih krim berbanding bunga ulam raja bewarna merah jambu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambahnya, walaupun kedua-dua tumbuhan tersebut hidup secara meliar di kawasan belukar dan mudah didapati namun tiga perbezaan itu adalah cara mudah untuk mengenali rumput miang mexico tersebut.
“Jangan khuatir, dari jauh kita sudah boleh bau dan melihat bentuk fizikal berbeza antara kedua tumbuhan ini walaupun seakan sama serta dapat mengelakkan alahan akibat rumpai miang mexico itu,” katanya.
Sumber:Sinar Harian
Imej google,.....ada beza tak? |
1 ulasan:
Orang yang tak reti sangat macam saya ni ingat sama je.. ada 2 jenis yg seakan sama rupanya. Bahaya ni..
Catat Ulasan