~ Assalammualaikum ~
Apa nama kpg uols?adakah nama kpg uols pelik bunyinya?
nama kpg kak nurul xdelah pelik hingga msk paper.....Kpg Medang,,pelik x?
x pelikkan....Hari nie ada sedikit nama kpg/tempat yg pelik dan
diketahui ramai di Malaysia,jom baca....
Sebagai perkongsian bersama..... sebenarnya byk lg tempat2 yg namanya
pelik dan unik di luar sana yg kita x ketahui.......
BARU-baru ini beberapa jalan utama di sekitar ibu kota Kuala Lumpur telah ditukar namanya bagi memberi penghormatan kepada Yang Dipertuan Agong yang pernah menerajui negara.
Langkah ini disambut baik keseluruhan rakyat Malaysia dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah memulakan projek menukar papan tanda jalan yang terlibat dengan penjenamaan baharu itu.
Namun, jangan tak tahu.. negara kita ini juga kaya dengan pelbagai tempat yang mempunyai nama pelik dan unik.
Kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar dan memang sudah lama wujud sejak beberapa dekad lalu.
Jom semak senarai nama unik ini bagi menambahkan lagi pengetahuan am anda! –
1. Kampung Bogel, Terengganu
Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.
2. Desa Temu Jodoh, Johor
Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek. Ia terletak 60km dari bandar Segamat dan 20km dari daerah Yong Peng.
3. Kampung Imam Lapar, Terengganu
Ada sebuah kisah menceritakan, dua pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing sebuah pengkalan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Pedagang itu dikatakan memberitahu imam mereka lapar, tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.
4. Kampung Baru Jumpa, Sabah
Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.
5. Kampung Atas Tol, Terengganu
Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada satu masa dahulu tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air. Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja,namun lama-kelamaan ia menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu’ atau ‘Atas Itu’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.
6. Jalan Microwave, Sabah
Pengguna jalan raya yang memandu di sepanjang 350 km yang sunyi antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh melihat papan tanda jalan raya pastinya akan mengundang hilai tawa sepanjang melalui laluan tersebut.
7. Mambang Di Awan, Perak
Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell, mula menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana di tempat berkenaan terdapat mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.
8. Kampung Seronok, Pulau Pinang
Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri bebarapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dinamakan Kampung Seronok pada 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.
9. Felda New Zealand, Pahang
FELDA New Zealand atau Kampung New Zealand merupakan sebuah petempatan FELDA di Pahang, Malaysia. FELDA ini dinamakan bersempena negara New Zealand dan terletak 10 km dari bandar Maran. Mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand. Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Lebih dari itu, juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand.
10. Batang Berjuntai, Selangor
Kini ia dikenali sebagai Bestari Jaya. Nama itu diubah beberapa tahun lalu. Namun, kalau hendak menceritakan mengenai nama unik di Malaysia, nama Batang Berjuntai harus disebut dan diingati juga.
Ikut kata mulut penduduk setempat, namanya berasal sebatang pokok besar yang memiliki dahan yang berjuntai dan nama kawasan itu diambil sempena itu. Bagaimanapun, lain orang lain versinya asal-usul nama tempat itu. Kalau lihat video di bawah, abang dalam video tu ada versi dia pula pasal nama itu.
Apa pun, mentaliti lucah orang kita fikir Batang Berjuntai tu dengan cara lain yang tak perlu la penulis perjelaskan lagi kot. Justeru, dari Batang Berjuntai ia diubah kepada Berjuntai Bestari dan kemudiannya kepada Bestari Jaya. Namun, untuk golongan tua, ia tetap disebut Batang Berjuntai…atau lebih popular lagi BB. –
MYNEWSHUB.CC