NUFFNANG

Isnin, 17 November 2014

JAKIM Nafi Sebaran WhatsApp Konon Produk Munchy’s Tak Halal



Susulan maklumat palsu yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp kononnya produk Munchy’s tidak halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat penafian menerusi laman Facebook mereka, hari ini.



Khabar angin disebarkan pihak tak bertanggung jawab itu mendakwa, JAKIM telah membuat serbuan ke atas Kilang Munchys, Batu Pahat dan menemui stor arak di dalamnya.


Difahamkan, kisah kononnya biskut Munchy’s mengandungi arak sudah lama tersebar sejak beberapa tahun dulu namun tak dapat dipastikan siapa yang memulakan cerita ini dan mengapa.
1455089_842468072470430_1011634734130158271_n (1)
Bagaimanapun pihak JAKIM telah memberi jaminan bahawa eksekutih mereka sentiasa memantau kilang ini agar  mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia.
 Diharapkan dengan penjelasan ini, hilang rasa was-was umat Islam.
Bak kata admin page JAKIM di atas, mengharamkan yang halal juga satu dosa, apatah lagi menyebarkan cerita fitnah hingga mendatangkan aniaya kepada pihak tak bersalah.
- MYNEWSHUB.CC

6 ulasan:

Anum berkata...

macam2 kan

Ujie Othman berkata...

kilang Munchys tu dkt je dgn rumah mertua. Adik ipar pun penah keja situ..takde arak dlm biskut pun.

kalau betul, tentulah masuk media arus perdana.

Tie HT berkata...

kes dengki khianat ke yeasaya suka beli beiskut brands ni, sedap

Dr K berkata...

pulakkkkk..
Org malaysia ni, mmg penuh hasad dengki...tak boleh tgk org lain maju

nurbijen berkata...

Moralnya, jangan sebar apa yg kita tak tahu hujung pangkalnya....

dalila berkata...

itu la... terkejut jgak... dahla munchy tu sedap... siapa la pya sebar perkara cmni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...