NUFFNANG

Ahad, 23 November 2014

Mini Giveaway 18-22 November 2014


Sticky Post
Sehingga 23/11/2014 sila scroll down utk entry terbaru

~ Assalammualaikum ~

Dengan lafaz


Kak Nurul nak buat Mini Giveaway utk mendapatkan like tertinggi di dalam Facebook.
Sebenarnya kak Nurul ada join contest dalam Group DRKSK iaitu 
Group Deco Rumah Ku Syurga Ku. Contest Rare Tupperware.
Salah satunya gambar tupperware kak nurul terpilih jadi kak nurul nak 
minta tlg kwn2 like gambar kak nurul tu. Tapi sblm Like nak kena
join group tersebut barulah blh mengundi.(so nak join Contest nie hanya
yg ada ac FB ajelah)
So sapa nak masuk giveaway ini kena msk group tersebut dulu.
Sebenarnya seronok tau msk dlm group tsbt kerana terdpt byk info pasal 
mendeco2 rumah nie.Jgn lepaskan peluang ini ya kwn2.
Klu yg dah msk group tersebut dan rasa x serasi bolehlah leave,tp leave le 
seminggu slps pengumuman pemenang dlm contest nie ya.

Ok Syarat2nya

1.   Kena like gambar kak nurul tu yang RARE  49

2.   Setelah siap LIKE  masukkan penyertaan anda dlm ruangan komen di bwh dgn
 menyatakan nama FB anda(Senang kak Nurul nak check)

Itu sahaja.

Klu anda xnak tulis nama FB anda di ruangan komen nie just tulis nama lain yg anda nak,TAPI
jgn lupa email dgn kak Nurul nama FB anda ya.Email kak nurul, nurulnadhirah00@gmail.com


Hadiah
Hanya seorang peserta sahaja terpilih sebagai pemenang.
Hadiahnya tentulah Tupperware juga,
2 biji bekas bunga telur,contoh gambar di bawah.







P/s:boleh klik link bwh klu nak terus mengundi.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=970830539596991&set=oa.979163668764352&type=3&theater


Rabu, 19 November 2014

Jus katak


~ Assalammualaikum ~

Sapa suka minum juice sini?klu juice katak nak?........hahahaha....)(
Geli kak nurul tgk dlm tv ada org yg suka minum juice katak tu.
Kaler hijau plk tu dan pekat.

Sebenarnya juice katak nie digemari di negara Lima,Peru.
Katak dari Tasik Titicaca adalah bahan utama dlm juice tersebut.
Mengikut Budaya Andes sestghnya mempercayai jika meminum juice tsbt
spt ada kuasa penyembuh utk penyakit  asma,bronkitis,kelesuan dan nafsu seks yg rendah.

Untuk membuat juice tersebut ,penjual yg menjual juice tsbt akan menanggalkan kulitnya
dan dicampur dgn lobak merah, akar Maca Peruvian dan madu.
Juicenya akan berwarna kehijauan....

Jus katak adalah baik untuk anemia, bronkitis, tulang, otak, keletihan, tekanan yg  kebanyakannya  ada pd kanak-kanak dan orang dewasa, Selain itu juice nie baik utk org yg  anemia, isu-isu pernafasan dan kadang-kadang batuk kering pun jgk ini menurut kata Cruz(penjual juice).

Tapi sebenarnya tidak ada bukti saintifik pun yg mengesahkan manfaat juice katak ini,
hehehe......camne tu?nak jgk minum?.........= mungkin sedap kot.....

Lagi satu katak tersebut sebenarnya   adalah daripada spesies culeus Telmatobius tempatan yang dikenali sebagai air katak Titicaca. Ia disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi.Lepas nie pupuslah spesies katak tersebut di Lima.....
Kasihan dgn katak tersebut.....

Kat Malaysia pun ramai jgk yg mkn katak yg dianggap sebagai makanan exzotik.
  • A juice bar advertises frog juice on the wall in Lima, Peru, Monday, Nov. 17, 2014. Frogs from Peru's Lake Titicaca are the main ingredient in a juice blend that is revered by some Andean cultures for having the power to cure asthma, bronchitis and sluggishness. The juice is a greenish color and it is served in glasses to customers.
  • Customer Rudy Tolentino Casas serves frog juice at a juice bar in Lima, Peru, Monday, Nov. 17, 2014. To make the mix, which is sold in Peru’s Andes and also at some stands in its capital Lima, vendors grab a frog from a small aquarium and then kill it by beating it on the counter stand. Then hhey peel off the skin and it is dropped into a blender with carrots, the Peruvian maca root and honey.

Ibu

~ Assalammualaikum ~

Buat renungan kita semua yg bernama anak 

..- IBU ADALAH PEMBOHONG          
INILAH FAKTA PEMBOHONGAN DARI SEORANG IBU, YG WAJIB DIKETAHUI UMUM..
 
 1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kepada  anaknya dan berkata,      "Cepatlah makan,ibu tidak lapar."

     
 2. Waktu makan, Ia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tidak suka         daging,makanlah, nak.."      


 3.Tengah malam saat dia sedang menjaga anaknya yg sakit, Ia berkata, "Istirehatlah nak, ibu masih        belum ngantuk.."     
   

 4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang untuk ibu. Ia berkata, "Simpanlah            untuk keperluanmu nak, ibu masih punya wang."
      
  
 5. Saat anak sudah berjaya, menjemput ibunya untuk tinggal di rumah besar, Ia lantas berkata,                "Rumah tua kita sangat selesa, ibu tidak terbiasa tinggal di sana."  
   

 6. Saat menjelang tua, ibu sakit tenat,anaknya akan menangis, tetapi ibu masih boleh tersenyum              sambil berkata,"Jangan menangis, ibu tidak apa-apa." Ini adalah pembohongan terakhir yg dibuat        ibu.Tidak peduli seberapa kaya kita, seberapa dewasanya kita, ibu selalu menganggap kita anak          kecilnya,mengkhuawatirkan-diri kita, tetapi beliau tidak pernah membiarkan kita                                  mengkhuawatirkan- dirinya.  
     


 Semoga semua anak di dunia ini, boleh menghargai setiap pembohongan seorang ibu...!! kerana beliaulah malaikat nyata yg dikirim TUHAN untuk menjaga kita..terima kasih



P/s:Love my mom very much.... copy lah jika anda sayang ibu kamu..
~ perkongsian rakan WhatsApp~



Isnin, 17 November 2014

JAKIM Nafi Sebaran WhatsApp Konon Produk Munchy’s Tak Halal



Susulan maklumat palsu yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp kononnya produk Munchy’s tidak halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat penafian menerusi laman Facebook mereka, hari ini.



Khabar angin disebarkan pihak tak bertanggung jawab itu mendakwa, JAKIM telah membuat serbuan ke atas Kilang Munchys, Batu Pahat dan menemui stor arak di dalamnya.


Difahamkan, kisah kononnya biskut Munchy’s mengandungi arak sudah lama tersebar sejak beberapa tahun dulu namun tak dapat dipastikan siapa yang memulakan cerita ini dan mengapa.
1455089_842468072470430_1011634734130158271_n (1)
Bagaimanapun pihak JAKIM telah memberi jaminan bahawa eksekutih mereka sentiasa memantau kilang ini agar  mematuhi prosedur pensijilan halal Malaysia.
 Diharapkan dengan penjelasan ini, hilang rasa was-was umat Islam.
Bak kata admin page JAKIM di atas, mengharamkan yang halal juga satu dosa, apatah lagi menyebarkan cerita fitnah hingga mendatangkan aniaya kepada pihak tak bersalah.
- MYNEWSHUB.CC

Nama2 yg dilarang dlm Islam


~ Assalammualaikum ~

Slmt pg dan kembali bekerja bg yg dah kerja tu,dan yg full housewife tu
slmt menjlnkan tugas juga spt biasa.Dlm 2 hari cuti nie,kak nurul rasa memang
x cukup masa utk buat kerja2 rumah,macam  itulah agaknya full housewife niekan,
memang x pernah habis buat kerja2 rumah,memasak,mengemas dan mencuci.....sambil2
tu layan2 anak2 dan suamikan!
Apa2 pun lupakan topic tu dulu,hari nie kak nurul nak cite tentang nama nie.
Memang x dinafikan nama yg kita beri pd anak2 adalah mesti nama yg baik
dan maksudnya juga pun baik.Klu dlm islam nama kita dirujuk dgn maksudnya
dlm bahasa arabkan.

Tadi masa berborak dgn anak2 buah dan kazen sekampung kak nurul,adalah 
seorang nie sibuk nak tukar nama anaknya,sbb maksud yg  x elok,klu boleh 
dielakkan memberi nama sebegitu.

Nama anak,anak saudara kak nurul nie Balkis,jadi dia nak tukar nama lain
sbb makna namanya tu  ketua jin.Tapikan byk yg di luar sana nama
Balqiskan!


Sedikit info dr :shafiqolbu.wordpress.com

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.
 .
.

A.    Nama-Nama Larangan

1.     Pengabdian / Penghambaan
Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.
.
.

2.     Malikul-Amlak

Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ

“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
.
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ

“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.”  (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
.
.

3.     Nama Malaikat

Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”
 .
.

4.     Tengok Nasib Dan Penafian

Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.

“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا

“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.”  (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)
.
Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab;“Ada”Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
.
Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)
.
.

5.     Kekufuran Dan Kejahatan

Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.
.
.

6.     Tidak Melambangkan Islam

Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.
.
.

7.     Memuji Diri Sendiri

Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.
.
Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ

“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.”
(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)
.
Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة ويسار.

“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).
.
Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”
.
.

8.     Gabungan Nama

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.
.
Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama zana, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama wati yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.
 .
.

9.     Nama Buruk

Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)
 .
.

B.    Perawatan Islam

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;
1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha
 .
Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.
 .
.
Ceramah Nama-Nama Bermasalah Oleh Ustaz Sharhan   (Klik Di Sini)
.
.

C.    Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:
 .
A
Abiqah          Hamba yang lari dari tuannya
Abkam          Tidak celik, buta
Afinah          Yang bodoh
Amah            Hamba suruhan perempuan
Asiah            Wanita yang derhaka
Asyar            Paling jahat
Asyirah         Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie            Aku berzina
Baghiah          Yang zalim, jahat
Bahimah         Binatang
Bakiah            Yang menangis, merengek
Balidah           Yang bodoh, bebal
Baqarah           Lembu Betina
Batilah            Yang batil, tidak benar
Dabbah            Binatang
Dahisyah         Goncang, stress
Dahriyah         Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah          Yang mengalir air matanya
Daniyah           Yang lemah dan hina
Darakah           Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah             Kecelakaan
Fajirah             Yang jahat, yang berdosa
Fasidah            Yang rosak, yang binasa
Fasiqah            Yang jahat, si fasik
Fasyilah           Gagal, kalah
G
Ghafilah          Yang lalai, yang leka
Ghaibah           Hilang
Ghailah            Kecelakaan, bencana
Ghamitah         Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah          Perampas, perompak
Ghawiah          Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah           Yang dengki
Hasidah            Yang hasad
Hazinah            Yang sedih
Huzn                 Kesedihan
J
Jafiah               Yang tidak suka berkawan
Jariah               Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah            Yang kafir, yang ingkar
Kaibah             Yang sedih
Kamidah          Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah            Pendusta, pembohong
Khabithah        Yang jahat, yang keji
Khali’ah           Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah          Arak
Khasirah           Yang rugi
Khati’ah           Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah             Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab                Bara api
Lahifah             Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah            Yang tercela
Lainah               Yang terkutuk
M
Majinah             Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah            Agama menyembah api atau matahari
Maridah             Yang menderhaka
Munafikah         Yang munafik
Musibah             Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah               Yang najis dan kotor
Nariah                Api
Nasyizah            Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah              Yang buruk, hodoh
Qasitah               Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah                Pembunuh
Qazurah              Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah              Yang direjam, yang dilaknat
Razani                 Kepala zakar lelaki
Razi’ah                Kecelakaan, musibah
Razilah                Yang keji dan hina
S
Safih Insan           Manusia bodoh
Safilah                  Yang rendah dan hina
Sahiah                  Yang pelupa
Sharrul / Sharru    Jahat
Sakirah                 Pemabuk
Sakitah                 Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah               Yang bodoh
Syani’ah               Yang buruk
Syaqiyah              Yang menderita
Syaridah               Yang diusir
Syariqah               Pencuri
Syarisah                Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah  Sejahat-jahat manusia
Syatimah               Maki hamun
T
Tafihah                 Karut
Talifah                  Yang rosak, yang binasa
Talihah                 Yang tidak baik
Tarbiyah               Yang papa kedana
Tarikah                 Anak dara tua
Wahiah                 Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah              Yang lemah
Wahinah               Penakut
Wailah                  Bencana, keburukan
Wajilah                 Penakut
Waqi’ah                Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah               Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah              Yang kotor
Wasyiah                Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty             Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi       Bersetubuh
Yabisah                 Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah                   Yang berputus asa
Z
Zalijah                   Kebinasaan
Zalilah                   Yang hina
Zalimah                 Yang zalim
Zaniyah                 Penzina, pelacur
Zufafah                 Racun pembunuh



 .
 .

D.    Rendah Diri

Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.
 .
Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu.
 .
Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.”  (Hadis riwayat Abu Daud r.a.).
 .
.

E.    Panggilan Pendek

Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan atau memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa.
.
.

F.     Penukaran Nama

Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti’ (yang taat).
Aishah r.a berkata“Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk. (riwayat Tirmidzi).”
Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).”  (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).
 .
Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.”  (Riwayat Imam Muslim)
 .
Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya; “Apa nama kamu?” Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bererti; mudah).” Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said berkata; “(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’ (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)
 .
 .
Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang lebih baik.
.
Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah ataunama keduanya. Jika nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah ‘Siti’ sahaja.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


faham ke apa yg ditulis tu....dlm wzzp group kak nurul.

Ahad, 16 November 2014

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN TAHUN 2015


~Assalammualaikum~

Slmt berhari minggu ya kwn2 bg negeri yg bercuti,dan bg negeri2 yg kerja hari nie slmt bertugas blk ya.Masak apa hr nie kwn2?

Ok kak nurul blm masak lg,
hubby awal pg tadi dah berangkat ke langkawi guna bas jabatan,blk semula hr khamis nanti.

Jom kita tgk jadual gaji utk thn 2015 thn dpn bg government servants.
Ada 4 kali gaji dibayar awal,bulan februari sbb raya cina,bulan julai hari raya aidilfitri,bulan September raya haji dan bulan Disember sbb hr krismas.

Bagi bulan Jun dan November gaji dibayar pd tarikh biasa wlpn ada perayaan Gawai atau pesta menuai dan Depavalie,kerana perayaan tu jatuh pd atau sblm 11 hb.
pd bln berkenaan

So,dah ada jadual pembayaran gaji nie pandai2lah buat perancangan budget sendiri.....ini sebenarnya ditujukan pd kak nurul sendiri jgk.huhuhu...:-D



Mee sanggul/siput


~Assalammualaikum~

Sapa tahu nie apa?,nampak mcm kuih cakar ayam pun adakan!
Sebenarnya nie klu x silap mee sanggulkan?
Mee sanggul berasal dr Johorkan?
Betul x org Johor?

Mee sanggul nie kak nurul x pernah mkn lagi....
Ini pun hubby beli dgn member opis dia...
klu kak nurul memang x tahulah adanya mee sanggul nie.
Mee sanggul nie org panggil mee siput jugakan?

Cuba jgk cari info di internet camne nak masak mee sanggul nie.
Boleh goreng jgk.....sbb sblm masak tu kena rendam ngan airkan dulu,
nak kasi lembut....
makan dgn sambal ikan bilis org ckp sedap....
so klu mkn dgn sambal tu,kena goreng terus ke,tanpa perlu
rendam? betulkan,sbb kak nurul tgk imej di google klu yg digoreng
mkn dgn sambal,mcm inang2 yg dah digoreng pun ada rupanya.

Okeylah,nanti klu betul2 nak masak kak nurul search lg di google camne
nak masak.....tp klu kwn2 nak ajar pun dialu2kan....





Rabu, 12 November 2014

7 Perkara Budak-Budak Suka Buat Bila Check-In Hotel


~ Assalammualaikum ~

Bagi menghilangkan rasa mengantuk ptg nie,kak nurul nak share apa perkara yg
selalu anak2 buat bila kita check in hotel.Biasalah budak2kan,kebanyakkannya
budak akan buat begitu,esp.anak kak nurul sendiri,sampaikan kak nurul pun rimas
dgn perangai anak2,tapi mereka memanglah seronokkan....

cuba check apa yg anak2 di bwh tu buat,ada x serupa dgn perangai anak2 kita?......
hehehe-^^-

Sumber:Mynewshub

Melompat2 atas katil






Menekan semua butang lif

                                            Mencuba semua snek/makanan di hotel
hotel1
















                                                            Berangan macam org kaya

hotelbusiness


 Sengaja membuat panggilan ke kaunter reseptionis

hotelphone

Berangan mandi di dalam tab mandi sambil memakai ‘shower cap’
hotelshower


Ketuk pintu bilik lain, kemudian lari

a843c7d2fe06c66cfa50f0edda906ebc

Astro lancar tambahan 10 saluran baru

~ Assalammualaikum ~
WahH... Astro menambah lagi saluran siarannya yg sedia ada,bermula 16 November ini 10 saluran baru iaitu 8 saluran Berdefinisi Tinggi(HD) dan 2 saluran Definisi Standard(SD) akan bersiaran.Banyaknya channel skrg,tp kak nurul x sabar nak tunggu Maharaja Lawak Mega 2014 yg secara rasminya bermula mlm sabtu nie 14 NOVEMBER 2014.

Petaling Jaya: Pelanggan setia Astro akan menikmati lebih banyak pilihan dengan tambahan 10 saluran baru yang dilancarkan petang semalam.
Semua 10 saluran baru yang akan bersiaran bermula 16 November ini membabitkan lapan saluran Berdefinisi Tinggi (HD) dan dua saluran Definisi Standard (SD).
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, saluran HD Astro bermula dengan hanya empat saluran ketika dilancarkan pada 2009 sebelum bertambah ke 40 saluran.
“Pelancaran lapan saluran HD berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan 48 saluran HD.
“Saluran baru HD yang dilancarkan adalah Fox Family Movies HD (Saluran 434), Fox Action Movies HD (Saluran 430), HITS HD (Saluran 720), FYI HD (Saluran 736), Astro AEC HD (Saluran 306), Astro Shuang Xing HD (Saluran 307), DIVA HD (Saluran 723) dan FOX HD Saluran 724) manakala saluran SD baharu pula adalah ZooMoo (Saluran 619) dan Celestial Classic Movies (Saluran 321).
“Dengan penambahan 10 saluran baru ini, pelanggan Astro kini mempunyai pilihan lebih 180 saluran yang ditawarkan menerusi pelbagai pakej menarik,” katanya.
Henry berkata, buat pertama kalinya, Astro berbesar hati menawarkan kandungan video atas permintaan (VOD), Astro Plus, yang mengandungi lebih seribu jam tayangan filem Hollywood, program televisyen dari Amerika Syarikat dalam musim lengkap dan rancangan untuk kanak-kanak.
“Pelanggan hanya perlu mempunyai sambungan Internet menerusi Rakaman Video Peribadi (PVR) atau Astro on the Go (AOTG) untuk menonton semua program kegemaran mengikut keinginan, masa, tempat dan keselesaan mereka sama ada menerusi televisyen, komputer peribadi atau tablet mahupun telefon bimbit,” katanya.
Pada masa sama, Henry berkata, Astro turut melancarkan dua pakej baru iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada pelanggan mengikut pilihan pakej mereka.
“Fans Pack yang boleh dilanggan dengan bayaran RM99 sebulan, bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.
“Astro Super Pack Plus yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaru, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro On Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro’s Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play.
“Pelanggan Astro PVR dengan Super Pack akan menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 1 Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015, ” katanya.Harian Metro


Isnin, 10 November 2014

Mangkuk kosong....RM1



~ Assalammualaikum ~






Biar betul,minta mangkuk kosong di restoren nie kena charge.
Klu mcm nie untunglah restoren2 di Malaysia nie,di samping jual makanan dpt juga
extra income dr sumber lain. Klu camni customer klu x nak kena extra charge pinggan 
mangkuk,bawa pinggan mangkuk sendiri bila nak mkn di restoren,..,hahaha.......)
Blm lg GST thn depan,,klu x silap Kira-kira 15,542 restoran dijangka mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bila ia dikuatkuasakan mulai 1 April tahun depan, tiga kali ganda lebih daripada cukai perkhidmatan semasa akan dikenakan kepada pengguna.

Klu kak nurul satu family klu mkn tomyam ke order 2 org mkn dan dpt mangkuk
2 sahaja,tp anak ada 4 jadi nak x nak,minta lg extra mangkuk.....dah berapa kena
charge situ.....

Sebenarnya tidak adalah restoren  di dlm resit nie yg charge mangkuk kosong,tp
ada kesilapan pekerja diorang semasa di mesin kira wang.Owner restoren itu pun telah memaklumkannya di di FB....oklah klu camtukan!

Jumaat, 7 November 2014

Ole-ole dr Penang


~ Assalammualaikum ~

Apa ya ole2 yg sesuai dibeli klu  pegi ke Penang?

Sebenarnya hubby baru blk Penang semalam,jadi buah jeruk
je yg dia bawa blk sekotak. Klu Penang...jeruk Pak Alilah yg pemeskan....

Bolehlah nanti bagi2 ngan adik beradik di kampung.
Klu kak nurul kurang sikit dgn buah jeruk camni.
Tapi hubby  memang minat.

Yang bagusnya jeruk Pak Ali nie dia x menggunakan ibu gula,tidak byk 
menggunakan bahan pengawet juga menggunakan cuka epal dan madu lebah asli.

Kalau memakannya pun xdelah sakit tekak atau batuk(tersedak) macam biasa
 kita mkn buah jeruk yg lain.

Apa yg penting jeruk Pak Ali mendapat sijil Halal dari Jakim.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...