NUFFNANG

Khamis, 9 Oktober 2014

Sedapnya pizza dgn sos putih


~ Assalammualaikum ~

Hari tu mood rajin kak nurul datang utk meroti,buat sikit2 je utk sekali mkn anak beranak.
Kak nurul buat pizza jgk,kali nie try dgn sos putihnya.
memang sedap,sblm nie kak nurul klu topping pizza hanya guna sos spagetti tu je.
Bila mkn memang x ingat apa,asyik nak menyuap aje.
Roti pizza tu kak nurul buat ikut resepi biasa je,
Resepinya pun kak nurul copy dr blog ainkamal,......minta izin yea.
Rasanya ainkamal pun ambik dr blog Dayang Jack(Dapurku Sayang),minta halal ya.


Pizza base I : 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis segera mauripan
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 160 ml air suam
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
  • 1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan
  5. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
  6. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  7. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  8. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  9. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
  10. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.


Topping/Filling : (2 large pizza)
  • 400 g ayam cincang (dicincang/minced)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 botol sos lada hitam (lain-lain pun boleh) 
  • sedikit garam dan gula
  • 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
  • sedikit oregano kerin
  • hirisan nenas
  • hirisan bawang besar
  • keju parut
  • lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.
 


Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat







Base pizza frozen kak nurul buat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...