NUFFNANG

Jumaat, 28 Februari 2014

Apa yang ada di Taiping?


~ Assalammualaikum ~


Salam jumaat penghulu segala hari buat semua kwn2 blogger.
Petang nie lepas opis hour kak Nurul nak pergi Taiping sebab hubby ada kerja di sana
hari sabtu esok.Sudah google2 jgk apa yg istimewa di Taiping.
Sebelum ini klu kak Nurul ngan family pegi satu2 tempat xde sempat nak 
google apa yg istimewanya tmpt yg nak dipergi.
Tapi kali nie nak pegi Taiping sempatlah google.

So?kwn2 apa yg ada di Taiping?

Rata2 kak Nurul google yg istimewanya di sana mee udang,betul x?
Yg femes mee udang mak jah,mak teh mee banjir udang di Kuala Sepetang.
Lagi tempat makan yg femes dijumpai di internet kuey teow doli.
Selain tu tempat yg menarik patut dikunjungi bila ke Taiping ialah Lake Garden,
Zoo Taiping Night Safari dan Bukit Larut.
Tak tahulah sempat ke tak pegi ke tempat tu semua,janji kita dah tahu serba
sedikit apa yg ada di tempat kita nak tuju itu,ye dok?
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik.


pinjam imej google


Khamis, 27 Februari 2014

Kakak dan baju Pandu Puteri


~ Assalammualaikum ~



Semalam hari rabu minggu terakhir untuk bulan 2/2014.Setiap hari rabu anak2 ada koko di sklh.Sekarang kakak dah sklh menengah dan koko diorang diadakan sebelah pagi,sebelum mula pembelajaran di kelas.Tahun nie si kakak masuk pandu puteri,sblm nie sklh rendah dia masuk bulan sabit merah.

Malam selasa tu gigihlah kitaorg cari baju pandu puteri utknya,sbb selama nie kitaorg blm ada kesempatan lagi nak membeli baju kokonya.Sebab nie dah penghujung bulan 2 jadi semua kena mesti ada baju koko.Kitaorang cari di Bandar Baru Bangi,dan malam tu ramailah jgk ibu bapa yg bawa anak2 cari baju uniform. Bila dah di kedai tu xdelah plk saiz utk kakak,tanya ada x ambik tempahan,klu ada bolehlah kita tempah aje,malangnya xde ambik tempahanlah plk,jadi nie kak nurul tgh carilah mana ada kedai yg boleh ambik tempahan di area kak nurul nie putrajaya/kajang/Bangi.Agak2nya di kedai kain biasa ada x jual kain utk buat baju puteri tu?klu ada senanglah kak nurul beli dan hantar jahit je dgn toiler di kpg.

Kebanyakkannya kak nurul cari di internet nak tempah semuanya jual cara borong aje.Susahkan klu berbadan besar nie,begitulah nasib klu anak dah besar dari emak...........

sumber google

Rabu, 26 Februari 2014

Syukur alhamdulillah kak long dah tahu


~ Assalammualaikum ~



Syukur alhamdulillah kerana berita yg menyedihkan buat kak long kami dah sampaikan kepadanya 2 minggu lepas.Walaupun pahit perkara itu utk disampaikan tetapi kami semua tiada pilihan lain kerana sampai bila kitaorg nak merahsiakan perkara ini.Sekarang pun kak long dah stabil dan masih lagi duduk di hospital.Hari tu semasa melawat waktu tengahari diorang memaklumkan pada kak long,kak nurul thri tu x sempat ikut sama,hanya datang pada sebelah ptgnya sahaja.Pada sebelah ptg kak nurul datang tu tgk kak long mcm boleh terima qadar dan qadak yg menimpanya,wlpn sekejap2 tgk air matanya melilih ke pipi.Rasanya semua family ada masa tu sblh mak kak long dan sblh kita utk memberi support padanya.

Semoga kak long tabah menghadapi semua ini dan cepat2 sembuh.Waktu nak balik ptg tu dia sempat mengucapkan terima kasih pada kak Nurul sbb benarkan hubby uruskan semua hal arwah along dari start masuk hospital sampai dia menghembuskan nafas terakhir.Kak Nurul cakaplah itu perkara kecik je yg ditolong dan klu ada2 apa masalah beritahu je,tapi kak long ckp nie bukannya perkara kecik,........kak nurul iyakan aje.Memang betul pun hubby selepas arwah along masuk hospital hari tu,memang dia yg jaga dan dia sambung cuti lagi,kitaorg anak beranak ada balik ke putrajaya,ulangalik macam tu.Selepas arwah along meninggal dia sambung lagi cuti sebab banyak perkara tuntutan yg nak diuruskan olehnya.Hubby buat semua nie bukannya nak dapat apa2 balasan,tapi rasa tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga kami semua dan membela nasib anak saudara yang telah menjadi anak yatim sekarang.





Nota:Sebelum habis waktu melawat kak long minta ngan anaknya tolong bawakan baju arwah yang belum dicuci ke hospital esok............sayu hati kak nurul. 


Khamis, 13 Februari 2014

Al-Fatihah buat Along.


~ Assalammualaikum ~

Lamanya x update blog....Sekarang nie kak Nurul masih belum ada semangat lagi nak mencoret di blog ini. Last kak nurul tulis abg dan kak ipar yg terlibat eksiden hari tu. Nampaknya Allah lebih menyayangi abg long pada 2 Febuari 2014 jam 9.20 pagi di umur yang baru 43 tahun.Al-Fatihah buat arwah yang meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.Kak long plk skrg nie dah stabil dan masih lagi di hospital. Pada mulanya memang kak long yg cedera teruk dlm eksiden itu berbanding abg long yg hanya patah 7 tulang rusuk selain ada darah beku di dalaman.Semasa di wad kecemasan boleh doktor check camtu je dan nak disuruh boleh balik,tapi abg long mengadu sakit dada,sebab tu diorang xray,selepas tu masuk wad biasa shj.Beberapa hari di wad biasa abg long mula demam dan paru2nya pun dijangkiti kuman barulah dia masuk ICU,seminggu di ICU akhirnya dia menghembus nafas terakhir setelah terkena dua kali serangan jantung.


  Kak Long sampai sekarang nie masih belum mengetahui suaminya meninggal,dan family kak long sebelah sana masih belum bersedia lagi nak memberitahu hal sebenar kepadanya takut menjejaskan keadaan kesihatannya.

Selalu MIL bila melawat kak long,dia akan bertanya
kenapa lama dah x melawatnya,lepas tu dia sendiri jawab,,,sebab tengah menjaga suaminya di ICU(kak long ingat suaminya masih di ICU sbb hari tu emak kak long dah terlepas cakap suaminya masih di ICU)

Selalu jgk kak Long ckp ngan anaknya nak jumpa abg long sebab rindu nak jumpa dia.

Petang tu hari abg long meninggal dia ada pergi buat ujian mata dan dia cakap dia ada terlihat kelibat abg long,semua yang mendengar apa yg dia ckp tu,semua senyap........


Itulah keadaanya sekarang,bila dia bertanya macam tu siapa yg x sedihkan.......entahlah bila masa yg sesuai nak beritahu dia hal yg sebenar.Kak Nurul plk lepas abg long meninggal hari tu blm lagi kesempatan nak melawat dia........

Semoga Kak Long akan sihat,dan arwah abg long tergolong di dalam golongan orang2 yg beriman.
Kita orang adik beradik akan sentiasa bersama dalam apa2 hal.Urusan kes eksiden nie family dah lantik lawyer yg uruskan.Semoga ada pembelaan ke atas keluarga kak long,....anak2 yatim.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...