~ Assalamualaikum ~
Syukur alhamdulillah pencarian bloglist June-Sept.2013 kak Nurul ada
juga yg sudi join,terima kasih kak Nurul ucapkan,Insya Allah lps nie
kak Nurul nak membalas jejak dan follow balik.Selain dari itu rasanya
x terlambat lg kak Nurul nak ucapkan "Selamat Hari Ibu" buat
kwn2 semua yg bergelar ibu dan yg paling istimewa buat kak Nurul:-
Selamat hari Ibu buat MIL tersayang......
Dua hari hujung minggu lepas bolehkan kak Nurul menjalani kehidupan
tanpa handphone,sebenarnya balik kpg minggu lepas hp tertinggal
kat rumah sini. Ini semua anak2 kak Nurul punya kerjalah tu main
hp lps tu x msk balik dlm handbag kak Nurul dan mamanya plk
confident aje ada dlm handbag.Nasib baik xde apa2 call emergency
dr adik beradik atau saudara mara,cuma ucapan mesej sempena hari ibu
daripada kakak di Sibu dan juga misscall dr anak buah di S'wak
pasal nak bagitahu no hp transport bila nak blk S'wak minggu dpn.
Iyalah bukannya kak Nurul nie bisnes nak ada hp selalu di sisi.
Sebenarnya kak Nurul nak cite pasal pagar rumah lg nie,dulu pernah
post entry pasal pagar hijau dah siap tapi masalahnya dah termasuk
dlm boundry tanah jiran sedikit,so hubby suruhlah balik contraktor
yg buat nie pecah dan buat ikut sempadan yg betul.
Skrg dah buat balik tapiii,.....memang x memuaskan hati tidak seperti
hasil kerja yg pernah dibuat sblm ini.Geram pun ada dgn diorg nie
sampai skrg x byr lg upah diorg sbb x puashati.Pagar tu umpamanya boleh
berayun2 bila ditiup angin sbb x kukuh. Tgklah mcm mana nanti.......
Contraktor tu tgh sibuk buat projek lain,rasanya memang semua ke contraktor
dlm satu masa ambik byk projek ya?sehinggakan hasil kerja x memuaskan
disebabkan nak kerja masa.Terasa dah byk sgt dugaan nak buat pagar
rumah nie termasuk tembok depan tu yg sampai skrg status terbengkalai.
Sudah dibuat aduan ke Tribunal Pengguna.
Adakah kerana buat kerja sekadar mengharapkan
upah semata2 dan kerja pun buat sekadar melepaskan
batuk di tangga sahaja.
|
Pagar yg dah siap mulanya,tapi makan boundry tanah sebelah. |
|
Pagar dah roboh dan skrg dah buat baru,tapi memang x memuaskan,tgklah nanti klu kak Nurul rajin upload gambar pagar yg dah siap tu. |