NUFFNANG

Jumaat, 10 Mei 2013

Pembahagian Harta Pusaka - Faraid - Sekadar ingat mengingati




~ Assalamualaikum ~



Salam jumaat buat kwn2.....
Hari nie sekadar perkongsian ilmu buat kita semua.(Email yg kak Nurul terima)
mengenai pembahagian harta pusaka - Faraid
Sudah banyakkan kes pergaduhan antara adik beradik bila tiba pembahagian harta pusaka.





Salah satu perkara yang perlu diambil tahu adalah hukum pembahagian harta pusaka – faraid ….
Mengapa saya begitu beriya-iya membuka topik ini?
Jawapannya =


Sabda Rasulullah saw:
"Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka."
(Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)


Sabda Rasulullah saw:
"Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku."
(Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)



Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.



Di dalam surah An-Nisa' ayat 11 & 12 seperti di atas telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.



Maksud surah An-Nisa' (ayat 14):
"Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentuan-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan" .



Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.




Sekiranya pembahagian Faraid diabaikan, dikhuatiri akan berlaku:


* Memakan harta anak yatim

* Memakan harta saudara-mara

* Memakan harta Baitulmal


Mudah-mudahan dengan sedikit maklumat ini dapat memberi sedikit makluman kepada saudara/ri.

Wallahualam

7 ulasan:

qemaishak berkata...

terima kasih atas perkongsian..:)

Dr K berkata...

ya..mmg penting ilmu ni...
pasal harta, adik beradik pun boleh bermusuhan...minta dijauhkan...

Tie HT berkata...

thanks sharing kak, ilmu bermanfaat :)

Ibuhani berkata...

bagus info ni! klu x mahu harta jatuh secara faraid buat wasiat sblm meninggal. x derlh yg tinggal berebut.

Nora Karim berkata...

betul kak... saya setuju... bab haraid ni mmg betul2 kena faham... kalau tak mmg bergaduh jadinya...

Unknown berkata...

bagus info ni kak...

Fiza Rahman berkata...

Thanks for sharing kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...