NUFFNANG

Khamis, 29 November 2012

Jalan2 di dataran Putrajaya

~ Assalamualaikum ~

Sempena cuti sklh nie bawalah anak2 pegi jalan2.Jalan dekat sini
je.....dataran.Walaupun duduk sini kita jarang nak lepak2 kat sini.
Sebab biasanya hujung minggu je blk kpg. Jalan2 nie bawa
Izzat sekali,thn depan pun Izzat dah sklh sini.
Syukur alhamdulillah dia dpt sama sklh ngan kakak dan abgnya.
Cuma si Izzyan je x dpt sklh yg kak Nurul apply hari tu.......
sob sob.......sedihnya.

Sebelum tu jalan2 kat Alamanda dan lepas tu baru singgah sini.
Ramaikan org lepak2 sini walaupun mlm tu kak Nurul pergi 
hari bekerja dan mlm minggu mesti ramai lg org bersantai di situkan.
Macam2 aktiviti yg diorg buat kat sini,

*berbasikal
*main keta kontrol
*main badminton
*main rollerblade
*main lastik
*picnic/makan2
*main bola
*main kejar
* jual2 mainan
*dating2....oppsss

Izzyan klu dtg sini mesti nak naik....

Opis PM

si najmi x nak plk bergambar menyorok kat blkg kak Nurul dan kakak
mentang2lah mama dan kakak gebu gebas

Masjid Putra

Najmi main lastik

kakak dan najmi lawan sapa yg lastik lebih tinggi.
P/s: Hari nie cite Lagenda Budak Setan 2 'Katerina' mula ditayangkan di pawagam.....
       sapa peminat Maya Karin dan Farid kamil sini?

Selasa, 27 November 2012

Contest - Sharing Kleenex Softness with Ibu Emir

~ Assalamualaikum ~


Jom join GA dr blog http://www.emmira.blogspot.com plk.

Tarikh tutup:30 November 2012



Izzyan dan ayahnya berkongsi kelembutan tisu Kleenex 

yang  dihasilkan dari pulpa 100% asli yang membuatkan ia 

amat sesuai walaupun untuk kulit yang paling sensitif.

Kleenex® ialah jenama tisu muka dan tisu mandi paling laris di dunia.

Malware lagi....

~ Assalamualaikum ~

Baru hari nie semangat nak join contest dah kena malware plk
blog kak Nurul yg satu nie,blog khusus utk kak Nurul join2
contest.Kak Nurul nak buang link yg ada virus tu
tp xlehlah plk.Caranya kak Nurul nak unfollow blog tersebut
buat sementara waktu tp pki new interface nie x bolehlah plk.




Ada x sapa2 nak tlg,kak Nurul dah search dlm google dan cuba.
Tapi malangnya list blog yg kak Nurul follow xleh klr.



Camne nak buat nie?

Bersama Kleenex, Ini Ceritaku


~ Assalamualaikum ~

Jom join Giveaway "Bersama Kleenex,Ini Ceritaku"


Tarikh tutup: 29 November 2012



Nie Izzat ngan sepupunya Haziq nak pegi main basikal.

Tapi sblm tu x lupa juga bawa tisu kleenex sekali,

 standby nak lap2 peluh nanti.

Klu dah main basikal tu mesti nak main kat luarkan dlm 

cuacanya panas terik jadi kelembutan tisu kleenex nie 

amat2lah diperlukan Izzat dan Haziq.


Jumaat, 23 November 2012

Kan dah jatuh....

~ Assalamualaikum ~


Jangan lari2 nanti jatuh!

Kan dah jatuh,itulah x dengar cakap mama.....

Eeeee banyaknya darah dia.

JANGAN NANGISS..... SALAH SENDIRI OK!

Itulah namanya budak2 klu dah dpt kaki memang
nak seronok ajekan.

Ok,nenek tlg lapkan dgn tisu.

Lps tu ayah plk belanja mkn dlm kuali lg tu.

Si abang izzat jgn ketawakan Iyan ok.







Khamis, 22 November 2012

FIELD WORK!

~ Assalamualaikum ~

Hari nie kak Nurul nak pegi kerja luar.Sejak duduk HQ nie
memang xde kerjaluar berbanding duduk kat Sibu dulu
memang tiap2 hari nak kena field work.
Sini dlm setahun ada le 2 kali atau sekali nak kena pegi field work.
Tapi ok juga sini xde field work,klu ada memang mati kutu kak
Nurul sbb jlnnya yg byk dan tempat2 pun jauh.
Sebab kerja kak Nurul nak kena field work tu le salah satunya
malas lg nak minta pindah ke Melaka wlpn rumah sana dah siap.
Ok,jumpa lg,Insya Allah lps nie BW rumah kwn2.



Selasa, 20 November 2012

Sampai sudah

~ Assalamualaikum ~

Terlebih dahulu kak Nurul nak ucapkan ribuan terima kasih buat
Syiela dr Sg Petani Kedah sbb susah2 nak poskan FM buat 
kak Nurul. Comelnya fm sudu nie,Insya Allah klu kak Nurul
ada rezeki lebih nak tukar peti ais baru,baru kak Nurul lekatkan.
Sbb peti ais skrg rendah je,senang si Izzyan nak capai dan ambik
nanti klu lekatkan skrg. Buat sementara waktu nie kak Nurul lekatkan 
dulu kat cpu di opis kak Nurul dulu. Sebenarnya Syiela kasi fm
 nie dekat kak Nurul  sbb jadi salah seorang pengomen terbanyak 
dlm bulan okt klu x silap.Terima kasih Syiela.....betul tu semoga ikatan
 yg terjalin di alam maya nie akan berkekalan hendaknya.



Isnin, 19 November 2012

Comel kucing2 itu.

~ Assalamualaikum ~

Lamanya rasa dah x update blog. Rasanya dah byk ketinggalan 
nak ikuti cite kwn2 semua.Maaflah lama dah x jenguk kwn2.
Insya Allah di kelapangan masa akan menjenggah jugak.

Hari sabtu lps hubby tanya nak bela kucing lg x? klu nak
bolehlah ambik kucing2 yg kwn dia nak bagi.Tp sblm tu 
hubby minta dia  hantar dulu gambar kucing tu. Macam budget
 klu kucing tu comel nak ambik le tu..... mcm x ikhlas je nak
bela kucing. Tgk gambar nie kucing2 tu semuanya comelkan.
Tp iya le tgk semuanya dah besar2 je,klu boleh kita nak
kucing yg masih baby lg,lg kiutkan......
Kucing2 nie semua  parsi mix. Tgk kucing2 nie teringat ngan
si Tom yg x blk2 sampai skrg,mana ya agaknya si Tom nie pergi.
Entry si Tom x blk2 ada di sini. Apa2 pun semoga skrg nie
si Tom sihat aje hendaknya.





Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

~ Assalamualaikum ~


Dikesempatan ini kak Nurul ingin ucapkan slmt menyambut Maal Hijrah
buat semua kwn2.Semoga kedtgan Maal Hijrah thn nie akan lebih
bermakna buat kita semua dgn amalan kita akan diterima  dan 
dosa diampuni oleh-NYA.


sumber gambar:http://www.klgreetings.com

sumber:Google

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

sumber:Google

Doa Awal Tahun. Dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.




Rabu, 7 November 2012

Izzyan boleh cuba lg.

~ Assalamualaikum ~




Nak tahu x apa yg Iyan bawa dlm plastik hitam tu?

Macam sampah nak buang dlm tong besar pun adakan.

Pagi nie tgk cuaca elokkan haraplah panas hingga ke ptg.

Klu x.x keringlah tilam iyan nie.

Nielah dia apa yg dlm plastik hitam tu .........tilam

Anak dara nie tido tghari kat nurserynya telah terkencing.

Baru berapa minggu kak Nurul dah x bekalkan pampers utk dia
tido ptg.

Hari nie mungkin sebab hujan kat luar sana tu yg terkencing kot. 

Tilam tu balik kak Nurul cuci dan keringkan kat mesin basuh
dan letak bawah kipas angin plk,cepat juga ianya kering.

Pagi tadi kak Nurul jemur ltk kat luar bg betul2 kering.

Nampaknya kurang berjaya sikit nak tranning dia x pyh pki pampers lg.

Pagi tadi pun kak Nurul x bekalkan pampers,tgk ptg nie camne.
Adakah terkucil lg........


Ada suatu hari kak Nurul menyapu kat rumah kami yg belum diduduki
bukan main byknya tahi cicak.

Iyan: Mama buat apa tu?(dgn pelatnya)

Mama:Menyapu tahi cicak,bukan main byk lg nie.....

Iyan :ooooo,nape tahi cicak nie byknya mama?
cicak sakit perut ke?

Mama:Iyolah..........(sambil menahan nak gelak)


P/s: xpe Iyan mama x marah iyan kencing tilam,boleh cuba lg belajar xyah pki pampers ok!

Selasa, 6 November 2012

Baru nak shaklee

~ Assalamualaikum ~

Minggu nie minggu terakhir anak2 sekolah.
Cuti sekolah nie planning nak khatankan si Najmi ngan si Izzat.
Hari tu dah byr deposit RM10 sorang kat klinik di kpg.
Macam mana agaknya nak jaga anak2 yg berkhatan nie ya.
My first experience nie,huhuhu......

Ok minggu nie jgk kak Nurul start mkn supplements shaklee.
Sbb member opis dia dealer jadi kak Nurul cuba juga.
Klu beli luar online tu memang rasa malas sikit,nie dah ada
dekat oklah tu.Kak Nurul ambik vitamin B Complex,C
dan alfafa.Alfafa diorg ckp sesuai utk kak Nurul nie yg 
selalu hidung tersumbat,ok kita cuba dulu.
Mkn shaklee nie nak kena minum byk air juga.Hari minggu
tu kak Nurul x byk minum air kena sembelit,huhuhu....
Semoga kesihatan lebih baik lps nie.



Tahu x ubat apa nie,si kakak tumpahkan ubat minda examo dlm keta,dia x beritahu
kak Nurul pun  2 hari lps tu baru kak Nurul perasaan kat bawah seat ada
sikit2 lps tu angkat kat bwh carpet lg ada byk, boleh mkn utk berapa minggu yg tertumpah tu,alahai kakak2....sayangnya 

Isnin, 5 November 2012

Terima kasih sajalah Puan Zannierah.....



~ Assalamualaikum ~

Selalu benar dpt email yg camni,macam2 nama digunakan.

Memang xde kerja lain,hanya menipu sahaja.

Klu benar2 nak menghulurkan sumbangan tu dermalah
 cara yg betul dan pada orang yang memerlukannya.













Assalammuailaikum, 


Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan Zannierah Binti Moksin from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata. 








Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £1,000.000.00 (satu Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana. 









Salam, 
Puan Zannierah Binti Moksin. 
Reply to: mrs.zannierah@hotmail.com

Sabtu, 3 November 2012

boring menunggu......

assalamualaikum:


selamat berhari minggu buat kwn2 semua
camne hari minggu nie, apa aktiviti?
kak nurul blk kpg lg

pagi nie temankan hubby pegi services keta kat proton
boring x tahu nak buat apa
jom kita tgk  video nie
ada juga ya org camni,dah langgar nak langgar lg
memanglah geram sb si mamat tu  nak seberang jln 
main redah je,....

Khamis, 1 November 2012

Tahniah pd yg menang....

 ~ Assalamualaikum ~

Klu dah tertulis bukan rezeki kita x payahlah
kita kecewa sgt,tp sebaliknya syukur alhamdulillah
apa yg dah ada skrg,di samping itu kita digalakkan
lg berusaha lebih dr itu.Apa yg kak Nurul tulis nie
sekadar peringatan buat kak Nurul sendiri je.

Hari tu ada join contest sunsweet
"The cool kids contest" yg syaratnya mesti 
bergambar dgn apa2 item sunsweet.
Hari nie keputusannya di FB sunsweet.
Tahniah buat pemenang semua.
Kak Nurul pun nak join sbb nak cari 
pengalaman dlm contest2 yg simple nie.





Kak Nurul htr gambar Izzyan sbg modelnya.



p/s:hari nie badan rasa lenguh2,kepala sakit,hidung dan mata berair tu tandanya nak demam,dah telan ubat kul 10 tadi tp still camtu juga.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...