Assalamualaikum.......
Minggu nie mataku yg ketumbit dua minggu lepas dah besar balik.
Ingatkan minggu lepas dah hilang dan baik rupanya minggu nie
makin besar berbanding 2 minggu lepas.
Kenapa ya mata ketumbit........Mata ketumbit nie biasanya org kaitkan dgn "sekodeng"
Ya sekodeng ......dulu org tua2 kata klu mata tumbuh ketumbit nie kita ada sekodeng org
ya........betul ke? aku rasanya xde pun sekodeng org dan lg satu anak sedaraku yg baya
Izzyan tu pun aku tgk matanya pun ada ketumbit dulu dr aku sampai dari skrg x baik2 lg.
Takkan budak kecik camtu nak sekodeng sapa...(x tahulahkan!) Tapi baru aku ingat
sblm tu aku ada sekodeng Tom dan Kitty,tp tu bukan org..........
Lagi satu klu di tpt aku mata ketumbit nie dipanggil mata 'pitan' dan petua utk hilangkannya
kena pakai cincin benang pd jari yg mana satu aku pun x pasti,tp biasa aku pki kat jari manis
je dan warna benang pun x pasti mesti kaler apa(skrg nie aku pakai kaler hijau sbb tu je
benang yg senang aku ambik dr bekas jarum).
Ok kita google apa itu ketumbit?
Apakah ketumbit (chalazion)
Ianya sejenis pertumbuhan di kelopak mata atas atau bawah disebabkan olehKenapa sering mengalami ketumbit
penyumbatan kalenjar minyak.
Ini biasanya disebabkan oleh kekotoran di kelopak mata atau kelimumur di kelopak
mata.
Bagaimana keadaan ini dirawat
25% hilang dgn sendirinya kerana ketumbit berasal di bawah kulit,menggunakan ubat titis sahaja,kadang2 tidak merawat ketumbit sepenuhnya.
Cubalah ini
Ambil tuala yg telah direndam dlm air panas(jgnlah terlalu panas supaya x akan membakarkan kulit) dan letakkannya atas ketumbit itu.Urutkannya dgntekanan yg ringan supaya kalenjar boleh melepaskan minyak.Ini boleh dilakukan empat kali sehari.Jikalau ketumbit ini x hilang atau terjadi balik,dptkan rawatan drpd pakar mata.Pakar mata kadang2 perlu melakukan pembedahan kecil dan anda akan diberikan ubat antibiotik dan ubat yg lain.
*abaikan aku punya tgn yg kasar tu,maklumlah kita nie dr kecik2 dah tlg arwah
ibu kat sawah padi waktu dulu2.......
Lagi satu ketumbit nie mata kita rasa gatal2kan sentiasa je tgn nie nak garu tp
lepas garu tu pedihlah plk........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan