! My Lovely Family Blog !: Januari 2013



Jumaat, 25 Januari 2013

19
Komen

Redeem kod bar Drypers

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 25 Januari 2013@3:57 PTG | Filed under
~ Assalamualaikum ~




Salam jumaat semua buat kwn2.

Hari nie sempat isi borang penebusan mata Drypers.

Ada peluang tu jom kita sama2 redeem untuk dpt point
dan tukar dgn beberapa item yg dioffer.

Macam anak kak Nurul memang selesa pakai drypers jadi dia
punya barcode bars tu memang kak Nurul simpan dan ada 
peluang nak tebus camni masa tu digunakan.

Nak cari borang redeem tu buka je laman web drypers.
Selamat meredeem.........






Rabu, 23 Januari 2013

4
Komen

Salam Maulidur Rasul

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 23 Januari 2013@4:48 PTG | Filed under
~ Assalamualaikum ~


Esok kita umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul sempena memperingati hari
kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur alhamdulillah banyak 
acara2 agama seperti ceramah,forum perarakan dan lain2 diadakan. Semoga dgn ada semuanya
acara macam tu kita akan sentiasa memperingati ajaran Rasulullah dan perjuangannya.

Mesti ramaikan kwn2 yg ambik cuti pd hari jumaat tu nanti, Kak Nurul x ambik 
cuti pun sebab anak2 pun bersekolah jadi sayang cuti tu klu duduk rumah tanpa anak2. 
Selamat bercuti.






15
Komen

Follower ke 300

By Nazayiena Ayiena | @11:46 PG | Filed under
~ Assalamualaikum ~



Salam ceria buat kwn2 semua.

Buka blog hari nie, follower dah mencecah 300 org

Hehehe baru 300 je org lain dah ribu riban x kisahkan.....

Bukannya apa lain org lain caranya nak menghargai follower masing2kan.

Kak Nurul berterima kasihlah pada yg sudi follow blog wlpn pd kak Nurul blog
ini  xde apa2 yg istimewa dan  menariknya apatah lg unikkan. 

Kepada follower ke 300 dayah ismail pemilik blog Coretan Hati
sila pm kat fb kak Nurul atau email nama,alamat dan no.telefon di
n_nadhirah@hotmail.com.Adalah sikit cenderahati untuk anda. 






Selasa, 22 Januari 2013

17
Komen

Ke Kuantan

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 22 Januari 2013@11:12 PG | Filed under
~ Assalamualaikum ~


Baru skrg terhegeh2 nak update jalan2 Kuantan hujung bulan 12  hari tu.
Walaupun dah sebulan tp nak masuk blog juga,huhuhu.....
Pegi ptg 21 hb hari tu dan duduk 2 mlm kat Bukit Gambang Resort.
Sebenarnya hubby ada taklimat sambil tu opis dia arrange ada sukaneka
utk family dan mlmnya ada dinner.
Dapat 2 tiket free utk masuk Gambang Water Park,tp rasanya klu nak
masuk pun tghri ahad tu memang anak2 rasa x puas nak main kat situ
jadi kita dicide je kasi ngan member hubby.Bukannya x tahu klu anak2 masuk dlm
air sehari suntok pun boleh bertahan.Macamlah hari sabtu tu masuk kolam dr kul 10 pagi
dekat kul 3 baru diorg nie naik tu pun sbb dah lapar.Hari  sabtu tu juga mulanya
kak Nurul memang malas nak masuk kolam sama,tp bila dah jadi rescue pd Izzyan
jadi mandilah sekali dgn diorg.Tp xlah berendam sampai kul 3 tu.

Nasib baik kak Nurul memang sentiasa memerhatikan Izzyan jadi bila dia lemas tu
memang tiada seorang pun  berdekatan dgn dia  perasan yg Izzyan lemas.
Kak Nurul pun berlarilah sambil menjerit nama Izzyan,terlupa plk jerit "tolong2"
Kak Nurul spi dekat kolam kecik yg dlm tu campak handbag dan terjun.
Nasib baik dia x minum byk air kolam tu sbb mlmnya dia xde muntah atau
demam pun.(base on my experience waktu sklh rendah dulu bila dah lemas
 byk minum air masin memang mlm tu demam,sakit perut dan muntah2).
Geram jgk ngan guard kolam tu,nama je duduk kat kerusi sambil
mengawasi tp x perasan pun ada budak lemas.Dia lebih alert klu ada org duduk
bertenggek kat tepi kolam tu,tu rajin plk dia tiup whistle.Ok lupakan kisah Izzyan
lemas tu,sbgi pengajaran next time lebih berhati2.

Lps check out tghri tu sblm blk Putrajaya kita jln2lah bandar Kuantan.
Sempat masuk Kuantan Prade. Ingatkan dlm tu Parkson ada rupanya The Store je.
Sblm balik tu singgah beli keropok lekor(lupa plk nama tempatnya)
Cari juga tempat mkn best kat Kuantan sambil roger Miza(dia org Kuantan tp kerja KL)
Dia suggestlah Ana ikan bakar petai kot,tp kita x jumpa plk dan rasanya mungkin
jauh kot dr Bandar Kuantan.Jadi kita mkn kat area2 bandar kuantan je sblm blk Kl.

Malam baru sampai Bukit Gambang Resort

view dr bilik kolam renang


Anak2 paling sukalah klu jumpa kolam


nampak x arrow tu,situlah Izzyan dr kolam sblh sini memanjat terus jatuh dan lemas.

x join pun sukaneka tu sbb anak2 klr dr kolam,dah mkn dan mandi semua terus pengsan.
Dah dtg Kuantan tu....rugi klu x bergambar di sini. 






dinner mlmnya

sinilah kita org beli dan mkn keropok lekor,lupa plk apa nama tpt nie,org Kuantan mesti tahukan.



P/s:susunan gambar dah lari,dah x boleh nak adjust,sekejap pergi kuantan,sekejap pegi dinner plk.huhuhu........









Isnin, 21 Januari 2013

13
Komen

Lecehnya klu blog kena block

By Nazayiena Ayiena | Isnin, 21 Januari 2013@5:30 PTG | Filed under

~ Assalamualaikum ~



Sejak  akhir2 nie kak Nurul rasa makin byk lg blog2 yg dah kena block kat opis nie.

Kak Nurul minta maaflah, ada dua blog ini dulu kak Nurul selalu jgk jenggah
tp kebelakangan ini dah kena block.

Kak Nurul segan jgklahkan sbb diorg nie selalu jgk dtg ke blog kak Nurul nie
dan meninggalkan komen.

Tapi sayangnya kak Nurul nak balas balik kunjungan tu x dpt.
klu nak tunggu blk rumah buka online memang lmbt sikitlah ceritanya
maklumlah  dah di rumah tu byk sgt halangannya nak online.
Minta maaflah ya Kak Rinna dan Mimie Najib.

9
Komen

Bantuan Persekolahan

By Nazayiena Ayiena | @3:55 PTG | Filed under
~ Assalamualaikum ~



Salam ceria buat kwn2 semua.

Hari nie kak Nurul kurang sihat sikit,rasa mcm nak demam dah.

Tapi digagahi juga pergi kerja dan hari nie jgk pegi sklh anak ambik
bantuan persekolahan yg dijanji oleh kerajaan tempohari.

Ada 3 org anak yg bersekolah jadi dptlah RM300.
Syukur terhadap rezeki itu boleh jgk  topup sikit beli buku2 hari tu.

Di samping ambik bantuan persekolahan itu kak Nurul pegi ambik
surat sokongan untuk Najmi,sepatutnya dia esok operation hidungnya
itu tp terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain sbb dia masih flu dan batuk2.
Cuti rehat yg kak Nurul apply sempena anak nak operation pun kak Nurul
dah batalkan sbb sayang cuti,ingat thn nie nak berjimat dgn cuti tahunan tu,
berbanding thn lps baki cuti kak Nurul memang zero habis,huhuhu.......

Oklah x nak membebel pjg,kwn2 yg ada anak dah bersekolah tu dah ambik ke
bantuan persekolahan?

  




Rabu, 16 Januari 2013

29
Komen

Wordless Wednesday

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 16 Januari 2013@9:55 PG | Filed under
~ Assalamualaikum ~


* Hampir setahun kak Nurul menunggu gridle nie(jahit sbb koyak)

* Bermacam2 alasan agen penjual tu bila ditanya bila nak dpt blk
(termasuk hilang entah di mana)

* Macam2 ragam......







Selasa, 15 Januari 2013

15
Komen

Terima kasih tolong saya

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 15 Januari 2013@11:09 PG | Filed under
~ Assalamualaikum ~



Pagi nie punch kad lambat 15 minit gara2 kunci keta kak Nurul jatuh dlm longkang yang bertutup.Nasib baik dlm longkang tu xde air cuma ada lumpur sikit2.Pagi nie lps hantar anak2 pegi sklh,kak Nurul lepaklah dulu dlm keta bersama Izzyan sambil  tunggu dia menyusu sebotol dulu,maklumlah masih awal lg.Bila masanya kak Nurul nak htr izzyan ke nurserynya  berulanglah blk drama x nak pegi sklh.Kali nie lg lebih hebat,klu sblmnya dia ckp je x nak tp nak lglah dia berjln sendiri ke nurserynya,tp kali nie langsung x nak klr dr keta.Sampai kak Nurul dukung dia dan bila dah dekat tangga di nurserynya dia meronta2 x nak msk,aduhhhh......dlm bersilat dgn dia yg nak merebahkan diri kat tanah atas longkang yg bertutup tu tiba2 kunci keta yg dlm tgn kak Nurul tu terjatuh dan termsk dlm longkang.Macam mana nie dahlah nak berkejarkan punch kad,cuba angkat penutup longkang tu berdua dgn akak pengasuh tu,ya Allah beratnya x bergerak pun penutup tu. Akak pengasuh tu panggillah  cleaner minta tlg, dekat stgh jam  jugalah baru berjaya klrkan kunci tu.Terima kasih pd akak dan adik cleaner tu,Insya Allah nanti belanja air kotak ngan roti ok.



Pagi nie juga dlm kul 9.30 berjlnnya sebutan kes di Pejabat Perdagangan dlm Negeri di MITC Melaka.Hubby kak Nurul je yg pegi bersama BIL mengenai tuntutan kes tembok pagar rumah kak Nurul yg x siap tu.ada kak Nurul cerita di sini.Harap kes ini dpt diselesaikan dgn cepat,sebab dah lama sgt kes nie dan kita pun byk sgt dah kasi peluang pd kontraktor tu tp diorg x gunakan peluang yg diberi sehingga hubby dan kak Nurul dah x sabar dan membuat tuntutan di Tribunal Pengguna.



Hari jumaat lps juga kerja2 memecah kaki lima(longkang) rumah kak Nurul pun dah mula start.Mengenai longkang nie nanti next entry kak Nurul cerita ya,sbb dah panjang rasanya entry nie,takut plk boring dan muntah hijau plk kwn2 yg sudi baca tu sbb asyik cerita pasal anak kak Nurul yg x nak pegi sklh...............


Ok bye2...

Jumaat, 11 Januari 2013

15
Komen

Pergi kerja tanpa handbag.....

By Nazayiena Ayiena | Jumaat, 11 Januari 2013@12:13 PTG | Filed under
~ Assalamualaikum ~


Salam hari jumaat semua buat kawan2.

Hari nie pegi kerja dengan sehelai sepinggang je.

Setiap pagi kelam kabut sampainya tertinggal plk handbag Kak Nurul.

Pagi nie bawa keta dgn xde lesen,IC dan sbginya.

Cermin mata pun dlm tu beg tu,nasib baik x rabun kuat sgt,masih
boleh menengok tp blurr le....

Hubby dah klr awal sikit sbb nak htr si kakak dulu,nak tunggu adik2nya
siap takut lambat plk dia ke sklh. sbb hari nie ada bacaan Yassin kat sekolahnya
untuk murid2 thn 6.

Biasanya kak Nurul panaskan keta dulu dan hantar beg sklh dan baju anak2  dulu.

Maklumlah keta park tepi jln,xnaklah nak tinggalkan handbag sekali dlm keta tu
Bila betul dah nak jln baru kak Nurul ambik handbag,disebabkan hari nie hubby dah
tinggalkan kuncinya di tombol pintu jadi kak Nurul menonong je klr kunci pintu pki kunci hubby
dan x teringat langsung kunci kak Nurul punya dlm handbag tu,jadi dah stgh perjlnn
baru terasa ada barang tertinggal,nak patah balik anak2 dah lewat nak gi sklh......
Jadilah PATI hari nie,hehehe......

Satu lg awal2 pagi si Izzyan x nak gi sklh,baju uniform memang dah awal2 x nak pakai
siap ckp dgn mamanya jgn simpan dlm begnya baju tu.
Kak Nurul sorok2 masukkan dlm kocek begnya dan terus ltk beg tu dlm bonet,
tp macam tahu je dia,nak juga beg tu dia pegang dlm keta,nak xnak kak Nurul kasi
dia beg tu apa lg dlm tgh perjlnn tu mengamuklah dia kenapa bawa baju uniform tu.
Ok2 mamanya mengalah tinggalkan baju tu dlm keta,ingatkan nak sorok2 bagi pengasuh
kat nursery nanti boleh diorg tukarkan tp nampaknya x berjaya sbb dia melalak lg kuat.
Dah x boleh nak pujuk mcm semalam dah.......

Takpelah Izzyan hari nie xyah gi sklh,sesuaikanlah diri Iyan tu sikit demi sikit dgn alam
persekolahan nie.X boleh nak paksa2 sangat,takut nanti dia xnak langsung ke sklh.




Rabu, 9 Januari 2013

26
Komen

Wordless Wednesday

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 9 Januari 2013@11:19 PG | Filed under
~ Assalamualaikum ~



* Pagi nie x nak pegi sklh

* Nak duduk nursery lama dia je siap suruh mama tukar balik baju sklh

* Baru sebentar tadi cal dia punya pengasuh tanya

* Syukur alhamdulillah dia pegi sklh juga akhirnya.

* Anak2.....


Selasa, 8 Januari 2013

15
Komen

Bingka Cempedak

By Nazayiena Ayiena | Selasa, 8 Januari 2013@5:01 PTG | Filed under
~ Assalamualikum ~

Jom kita buat bingka cempedak.Bagi peminat cempedak tu boleh cuba selain daripada kita goreng je.First time mkn bingka cempedak,sedapnya......jadi nak buatlah sendiri sampai masa bertahun baru dpt buat sendiri dan makan.Entrynya mengenai bingka cempedak tu di sini.

Resepi Bingka Cempedak

Bahan2
1.  300 g isi cempedak
2.  650ml santan atau dr stgh biji kelapa
3.  2 biji telur
4.  240g tepung gandum
5.  150g gula pasir(boleh dikurangkan klu buah cempedak tu maniss)
6.  1/2 sudu kecil garam
7.  80g mentega cair
8.  1/2 sudu kecil pewarna oren atau kuning.

Cara2nya

1.  Tepung gandun,gula dan garam dimasukkan ke dlm sebuah mangkuk dan gaul rata.

2.  Kisar halus santan,cempedak dan telur dan tuangkan ke dlm mangkuk tepung tadi dan gaulkan sebati

3.  Tuangkan mentega cair & pewarna kemudian digaul lg sehingga sebati,tepung x bergentel

4.  Tuang adunan ke dlm loyang yg dah disapu mentega.Taburkan sedikit bijan utk lebih cantik kita punya    bingka

5.  Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 minit hingga 1 jam pd suhu 170C

7.  Sejukkan bingka dan boleh dipotong




Dah,slmt mencuba.......

Isnin, 7 Januari 2013

10
Komen

Izzat dan Iyan dah sekolah

By Nazayiena Ayiena | Isnin, 7 Januari 2013@4:34 PTG | Filed under
 ~ Assalamualaikum ~


Nampaknya ketinggalan sungguh kak Nurul nie. Kwn2 semua dah update anak2 mereka yg baru memulakan alam persekolahan,kak Nurul plk baru nak terkedek2,emak sapalah nie,hehehe......Ok thn nie Izzat anak kak Nurul yg no.3 tu dah sklh masuk thn satu sama ngan sklh abg dan kakaknya.Sblm nie dia bersekolah tadika kemas di kpg bersama neneknya.Bila Izzat dah ada sini bersama kak Nurul sefamily mcm dah lengkap satu family.Syukur alhamdulillah Izzat x kekok utk tinggal ngan kami wlpn dah empat thn dia duduk ngan neneknya. Mungkin sbb selalu blk kpg almost every week,jadi xdelah rasa jauhnya kasih sayang tu.Wlpn x tinggal ngan kami,jika ada sesuatu aktiviti contohnya nak gi mana2 mesti kami ambik dia kat Melaka dulu spt nak pergi utara mesti hubby ambik dia dulu baru kitaorg pergi,x kisahlah pun wlpn penat sbb nak memastikan dia ada bersama dan dia x rasa tersisih.Mula2 dulu waktu nenek dia jaga kak Nurul preg.izzyan,memang rindu2 sgt ngan dia yealah waktu tu dia baru dua thn. Bila kak Nurul rindukan dia,kak Nurul mesti ingatkan diri bahawa neneknya bela lebih baik dr kak Nurul. Barulah terubat rindu tu.Kawan2,siapa yg nak berpisah ngan anak2 kecuali dgn keadaan yg x mengizinkankan!!.


Ok cerita izzat pegi sklh,nie gambar dia pegi orentasi pd 29 Disember hari tu.Tgk dia ok je,adalah dua tiga org budak yg menangis,tgk tu ada wartawan interview kwn Izzat yg duduk dpn dia tu menangis......Hari orentasi nie diorg diajar oleh guru2 camne pergi kantin beli makanan........tu yg penting makan,di samping tu ditunjukkan semua mana kelas,dewan bilik guru dan tandas. Hari isnin sekolah sebenar si Izzat nie boleh salah masuk kelas dlm satu hari jugaklah,bila keesokkan harinya baru  cikgu kelasnya mencari suruh masuk kelas asal,hubby ingatkan dia dah pindah kelas.Izzat2.....Hari pertama juga dia beli makanan bayar RM1dan RM1 lg dia bayar sudu.......dia ingatkan sudu tu kena bayar.Nasib baik dah beli makanan dan air kak Nurul dah bekalkan.Duit saku dia kak Nurul beri RM2 je hari tu. Macam2.....Hari nie plk thgri Hubby cari dia sbb nak ajak mkn dan tukar baju kafa,tau tak jumpa dia kat mana,rupa2nya dia bermain bola kat dlm dewan tu sampai berpeluh2.Jadi pesanlah ngan dia tghri mesti terus tunggu mama dan ayah kat kantin jgn nak main2 lg,iyelah masa kita rehat bukannya pjg 1 jam je tu pun selalu jgk terlajak lbt masuk opis tghri.hehehe.....

Cerita Izzyan plk sudah bersekolah kat nurserynya yg lama,cuma kak Nurul pg htr dia kat nursery biasa nanti  cikgu bawa dia naik keta ke sklh tadikanya.Pelat masih pelat lg,tp ada perubahan sikit. Good luck pd semua anak2 mama.

Hari orentasi.....

wartawan dr ntv7 tgh interview budak yg baru lps menangis

Izzyan dgn uniform tadikanya Izzat dgn uniform sklhnya.

Sblm pegi sklh hari pertama 2013 kita ambik gambar dulu......



Rabu, 2 Januari 2013

19
Komen

Selamat Hari Lahir buat diriku.....

By Nazayiena Ayiena | Rabu, 2 Januari 2013@12:51 PTG | Filed under
~ Assalamualaikum~



Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi atas kurniaanNya kak Nurul
sempat lg menyambut ulangtahun kelahiran ke 37 hari nie.
Selamat hari jadi buat diriku sendiri.
Semakin bertambahnya umur ini maka semakin pendeklah usia kitakan.
Apa yang kak Nurul harap dgn bertambahnya usia ini


* Semoga panjang umur,murah rezeki dan Allah sentiasa merahmati diri ini

* Akan lebih menjadi matang sblm  ini

* Dapat menjalankan tanggungjwb sbgi isteri dan ibu lebih baik dr sblm ini

* Insya Allah nak mencapai azam yang thn lps x tercapai2 tu

* Semoga akan lebih dekat dgnNya.


Akhir sekali kak Nurul mengambil kesempatan nie nak mengucapkan
slmt thn baru buat kwn2 semua.Insya Allah lps nie ada 
kesempatan nak melawat rumah uols.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT 2013 ALL RIGHT RESERVED BY My Lovely Family Blog wink