NUFFNANG

Khamis, 28 November 2013

Ikan Jenahak masak masam manis.

~ Assalammualaikum ~

Petang nie kak Nurul nak share resepi Ikan jenahak masak masam manis.
Sebenarnya dah lama masak lauk nie,ptg nie baru nak tulis resepinya.
Resepinya simple je bagi kak Nurul x seperti resepi lain yg biasanya
org masak masam manis,kak Nurul guna bahan2 apa yg ada kat rumah 
je masa tu.





Bahan2
Ikan jenahak
Bawang putih,merah dan holland(Kisar)
Cili Kisar
Halia(dihiris halus2)
Sos cili
sos tamato
Tamota
Garam,gula
1 sudu tepung jagung

Cara2nya

Ikan dibersihkan,lumur dgn kunyit dan goreng separuh masak.
Untuk membuat kuahnya tumiskan dulu cili kisar sehingga garing.
Masukkan bawang yg dikisar,kemudian masukkan sos tomato dan cili
Kuah dah mendidih masukkan tomato,garam dan gula.
Kemudian masukkan ikan yg separuh masak tadi.
Tunggu sehingga ikan dah masak kemudian masukkan bawang besar
dan cili hidup yg dipotong dan tutup api.
Bancuhkan tepung jagung dan kacau msk dlm masakan tadi
untuk memekatkan kuahnya.
Dah siap....
jgn hairan nengok kak Nurul letak byk tomato kecik sbb masa
 baru lepas blk dr CH.huhuhu........

zoom sikit.....

Kenduri Auni


~ Assalammualaikum ~

Semalam kak Nurul x sempat nak buat entry sbb sepagi dah pergi hospital
lg bawa anak minum gula,ambik darah dan jumpa pakar pemakanan.
Ingatkan kita yg mengandung aje kena minum gula,rupanya org yg  obe.pun 
kena minum gula,keputusannya nanti bila jumpa doktor dalam masa 3 bulan 
akan datang.Maaflah kwn2 x sempat nak membalas jejak,Insya Allah ptg
ini jika ada kesempatan.

Hari sabtu lepas ada kenduri cukur jambul dan akikah anak buah di rumah MIL.
Hubby plk ada taklimat di Hotel Impress,Melaka,jadi dia ulang alik dr hotel
ke rumah,bila tghri rehat,sempatlah juga dia menjengguk ke rumah wlpn kenduri
dah start.

Baby yg cukur jambul nie namanya Auni(nama penuh lupalah plk) anak adik
Ipar yg dulu kerja di Kluang dan baru pindah bulan 5 hari tu ke Kajang.
Syukur alhamdulillah dah selamat buat kenduri Auni,semoga dia membesar
dgn sihat ya Auni.



Auni bersama  Ayah dan Ibunya.


Dah cukur jambul kena botakkan kepala dia....

Ni plk Dahiyya ngan ibu ngah dia...

Selasa, 26 November 2013

Appoitment rawatan kakak dan Najmi

~ Assalammualaikum ~

Semalam kak Nurul terpaksa EL sbb bawa si kakak dan Najmi ada
rawatan temujanji di hospital.Memula pagi tu hantar mesej ngan boss ckp
pg nak ambik time off mungkin tghri dah boleh naik opis.
Tunggu punya tunggu rupanya selesai dalam kul 4.30 ptg camtu,
camne nak ambik time off klu dah camtu.....Last2 terpaksalah ambik EL walaupun
cuti tahunan kak Nurul hanya tingga 5 hari je. Dah ambik smlm tinggalah
4 hari lg,boleh ke tak sampai hujung thn nie.....

Baru kali nie kak Nurul paling lama pegi hospital bawa anak2 rawatan,
biasanya xlah lama sgt camtu,nurse tu ckp biasalah hari isnin dan cuti sekolah,
dlm hati kak Nurul,dah tahu cuti sklh dan ramai org kenapalah letak appoitment
kak nurul hari nie,(sebenarnya tarikh appoitment nie dah 2 kali bertukar).

Sebenarnya rawatan kakak dan najmi nie sbb rawatan  obesiti.
Si Najmi start tonsil dan adenoidnya dulu dan dr situ refer plk ke obes.
Si kakak plk dpt surat dari sekolah,pihak hospital ada dtg sekolah dan
diorg klrkan surat suruh ibu bapa bawa anak ke hospital utk refer obes jgk.

Jadi dah alang2 bawa si Najmi bawalah kakak sekali juga.
Dah pergi sekali dah sblm nie jumpa doktor.Waktu first pertemuan ngan
doktor,doktor tanyalah macamane menjalani kehidupan harian,termasuk
makan apa,bila,berapa byk.Dari situ doktor tu akan nasihatkan apa yg x boleh
buat dan boleh buat,Mcm bersenam tu sbb ckp ngan doktor, xde masa nak
pegi jogging ptg2 jadi dia nasihatkan turun naik tangga dlm 20 kali sehari pun
dah mencukupi.Masalah si kakak dan Najmi xde pun buat exercise jadi 
bila jumpa doktor balik smlm bukannya nak turun sekilo ke spt target doktor
dulu(dlm bulan 7 appoitment dulu) tapi naik berkilo2 adalah.Si kakak beratnya 
90 kilo dan si Najmi 75 kg. Kali nie doktor target turun 3 kilo masing2 bila
 next appoitment bulan 3 thn dpn.

Esok plk pegi lg hospital nak kena minum gula dan lepas tu nak jumpa pakar
pemakanan plk.Sebab biasanya klu obes nie memang gula tinggi,takut plk
kena diabetis,sbb doktor tu ckp skrg nie budak2 umur 15 thn pun dah byk
yg mengidap kencing manis.Itu yg kena berjaga2 dari skrg,takut dlm masa 5 thn
nanti akan ada,mintalah dijauhi....

Pada 29.1.2014 nanti buat plk ultrasound HBS utk si Najmi,si kakak plk
blm tahu lg depend ngan keputusan gula esok. Ujian nie nak buat utk
mengetahui hati plk,adakah byk lemak,sihat dan sebagainya...itu doktor ckp.

Apa2 pun semoga iyanya berjln lancar,dan lepas nie Najmi dan kakak akan
mengikut diet yg betul dan selalu excersice klrkan peluh.
Untuk mamanya jgn masak byk sgt,masak cukup2 utk mkn aje,jgn lebih.......

Si najmi dah tido dan bangun berapa kali,x jgk giliran tiba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...