NUFFNANG

Selasa, 30 April 2013

Jatuh motor lagi......


~ Assalamualaikum ~

Opis hari nie ada sunyi sikit sbb ramai yg cuti.Esokkan cuti hari buruh jadi
ramai yg dah ambik cuti isnin dan selasa dpt lima hari direct cuti campur ngan 
hari sabtu dan ahad lps. Kak Nurul hari nie kerja wlpn badan dan kaki nie
rasa  sakit.Begini citenya smlm dlm kul 9 lebih kak Nurul klr ambik si kakak
kelas tuisyen di Presint 9.Kak Nurul klr pki motor je,tu pun si Iyan nak ikut
juga dan hubby pujuk2 akhirnya dia x jadi ikut.Berhenti dr trafic light kat rumah tu
bila kak Nurul brake sikit je rasa mcm nak jatuh je,sempat dlm hati nie berkata  nasib 
baik x jatuh tadi klu x malu dgn ada sorang yg naik motor di seberang jln 
sana.Motor tu hubby  dah servis hari tu dan kak Nurul rasa memang x sedap
bawa motor tu sbb brakenya terlalu ketat..... Motor kak Nurul  yg  satu tu dan dah
hampir lima thn x cuci tu juga yg sedap kak Nurul bawa... Kenapa x cuci hampir
5 thn?Iyalah sejak pindah sini memang motor tu x pernah cuci.Motor tu
kak Nurul beli semasa belum kahwin lg hampir 15 thn dah usianya.

Sampai kat satu trafic light nie,lampu tgh hijau dan kak Nurul tgk ada satu keta hitam
tu dr arah jln sblh kiri terus membelok,tp kak Nurul tgk mcm keta tu jln lurus je
dan kak Nurul pun brake je tp sbb brake tu ketat xleh tekan mengejut dan kuat
jadi motor tu dah x balance,last2 kak Nurul jatuh di tgh2 trafic light,nasib baik
masa tu xde keta dan motor.Berapa minit baring tgh jln tu,xleh nak bangun sbb
dihembap motor dan kaki tersekat di celah brake dan handle kaki,ada
org dtg menolong.Rasanya byklah keta berhenti nak menolong dan melihat kak Nurul
 masa tu. Siap tanya ok ke x,luka ke,berdarah ke, dan mereka tlg tolak motor kak
Nurul ke tepi jln.Kak Nurul masa tu wlpn sakit ada rasa malu jugak dgn diorg
yg menolong tu.Siap ada sorang tu tanya helmet sapa plk satu tu(helmet tu dah
terpelanting jauh ke depan),helmet tu kak Nurul bawa sbb kan nak ambik
si kakak.  Nie adalah pengalaman kali kedua kak Nurul jatuh motor kat sini
dgn motor yg sama jugak.Kali pertama klu x silap thn 2011 masa tu minggu
cina nak raya, org ramai cuti sbb ambik berapa hari cuti dah dpt seminggu
direct cuti dan masa tu kitaorg cuti dibekukan.Kak Nurul jatuh betul2 dpn
simpang nak masuk parcel opis kak Nurul.Masa tu ada juga org yg sudi
membantu tlg angkat motor dan tanya ok ke x. Dah msk opis dan cal hubby
beritahu jatuh motor dan air mata xleh tahan2 jatuh berjurai jugak akhirnya
dan mlm tadi sampai rumah beritahu hubby tadi jatuh motor,hubby ckp 
kali nie x menangis plk.......(kali nie kak Nurul tahan betul2 air mata sbb x nak
tambahkan sakit hubby skrg nie yg tgh demam).Masa ambik si kakak kat tuisyen 
tu pun kak Nurul menahan sakit kaki nie,malas nak beritahu kakak yg
kak Nurul jatuh motor tadi dan blk rumah dgn bawa motor berhati2 serta slow 
stlh terbaring tgh jln.

Sampai rumah kak Nurul cuci kaki kejap dan sapu lutut dan kaki yg luka
tu,berdenyut2 rasanya bila terkena minyak gamat tu,memang sakit kejap
nak lipat kejap nak lunjurkan kaki mencari mana rasa selesa dan lastnya
tertido di ruang tamu semua kami anak beranak.

Pada yg tolong kak Nurul mlm tadi dan kak Nurul pun dah lupa muka2 diorg 
(maaf) terima kasih semuanya,sungguh prihatin rakyat Malaysia esp yg tinggal di Putrajaya.............




Sinilah kak Nurul jatuh........klu lalu jln nie mesti akan teringat.

Isnin, 29 April 2013

Comform denggilah plk...


~ Assalamualaikum ~

Seminggu lebih kak Nurul x update blog,lama jugakkan.......
Minggu lps bz sikit ditambah lg xleh nak bukak blog.
Ramai juga yg pagi nie problem xleh bukak blogkan! Kak Nurul
plk dah dr minggu lps memang xleh nak bukak dan hari minggu
memang langsung x cuba  nak bukak  kat  rumah.

Minggu lps si kakak dan hubby demam on-off2.Hari nie si kakak dah
blh pegi sklh cuma hubby je masih sambung mc 2 hari.
Hari rabu nak ambik darah lg dan hari nie pg tadi pegi klinik conform
denggi.Memang byk betulkan kes denggi di sini.
Kasihan ngan hubby,smlm nak blk sini pun kak Nurul tgk dia
pucat je muka dia.Minggu lps MIL x sihat dan pitam pg jumaat tu.
Bila blk kpg minggu lps MIL rehat dan tido je,mungkin kesan
ubat yg doktor kasi tu.Menurut ckp SIL,MIL salah mkn,
mkn daun pucuk ubi yg daunnya halus2 tu,dpt daun tu BIL bawa
blk dr Batu Pahat,nasib baik xde apa2,dan nak blk sini smlm
tgk MIL dah boleh bangun,syukur alhamdullah.

Berbalik pd kes hubby tadi, x tahulah nak ckp,blkg rumah skrg tgh 
naik projek rumah,memang berapa meter je dr rumah kitaorg.
Hubby kak Nurul plk xnak mkn ketam,ingatkan nak masak sup ketam.
Skrg nie dia byk minum 100 plus je(doktor syorkan) dan balik
kerja nanti nak masak air barlilah utk dia.
Semoga hubby kak Nurul cepat sembuh dan kwn2 sudi doakan juga ya. 

Jumaat, 19 April 2013

Anda Bertanya Ustaz Menjawab...



~ Assalamualaikum ~

Salam sejahtera buat semua di hari jumaat yang penuh keberkatan.Hari nie kak Nurul nak
share soal jwb agama sikit.Sumber dr Persatuan Islam di pejabat kak Nurul.


Soalan:

Saya pernah mendengar kuliah agama yang menyebut, sesiapa yang tidak menghidupkan suasana Al-Quran di rumahnya, maka rumahnya umpama kubur. Persoalan saya, benarkah dakwaan ini? Jika betul, apakah yang dimaksudkan dengan suasana Al-Quran? Dan bagaimana pula dengan keluarga saya yang mana saya, isteri dan anak-anak memang tidak pandai membaca Al-Quran? Adakah rumah kami menjadi kubur?

Jawapan

Benar, sabda Nabi S.A.W :
“Jangan jadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah” [H.R Muslim].

Maka jelas apa yang disarankan oleh Rasulullah ialah menghidupkan suasana Al-Quran di rumah dengan membacanya, mempelajari dan bertadarus beramai-ramai sesama anak dan isteri. Al-Quran juga mampu merawat hati anak-anak yang mungkin sedikit liar.

Maka dengan mewujudkan suasana Al-Quran seperti yang kita sebutkan tadi, ia menjadikan keluarga harmoni. Bagi yang tidak mampu membaca Al-Quran, maka dia wajib untuk belajar Al-Quran walaupun sudah berusia lanjut.

Ibu dan bapa harus menghantar anak-anak mereka ke kelas pengajian Al-Quran. Dalam masa yang sama, bagi mengelak rumah terus menjadi kubur kerana ahli keluarga belum ada yang boleh membaca Al-Quran, maka cukup dengan memainkan bacaan Al-Quran melalui mp3, cd player, iPhone dan sebagainya. Contohnya memainkan bacaan Al-Quran setiap 5 minit sebelum masuk waktu solat setiap hari.

Soalan

Kawan saya telah menghadiahkan senaskhah Al-Quran kepada majikannya yang berbangsa Cina dan beragama Buddha, apakah hukumnya?

Jawapan

Tidak menjadi masalah jika memberikan Al-Quran kepada orang bukan Islam dengan tujuan supaya dia dapat membacanya dan memahami teks Al-Quran dan mula mengkagumi kehebatan isi Al-Quran.

Maka lebih elok dan semestinya Al-Quran yang dihadiahkan itu merupakan Al-Quran terjemahan bahasa yang diketahui pembaca itu.

Namun jika orang bukan Islam yang kita kenali itu memang seorang yang menghina Al-Quran dan mungkin merosakkan Al-Quran jika kitab suci itu berada di tangannya, maka dia tidak boleh memberikan kepadanya.

Sumber dari Imam Muda 2 Ustaz Khairul Azhar Ghazali.


"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah"
(Hadis Riwayat Muslim)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...