NUFFNANG

Selasa, 3 Oktober 2017

Kulit karipap gebu

~ Assalammualaikum ~

Hari nie kak nurul nak share resepi kulit karipap,dah 2 kali cuba buat guna resepi
ini...senang dan sedap yg pentingnya
Kulitnya gebu je...

Bahan2
1kg  tepung gandum
1 cwn minyak masak
2 sudu besar marjerin
350 ml air
2 sudu air kapur

Cara2
Panaskan minyak masak dan marjerin,dah panas masukkan ke dlm tepung,kacau ngan sudu.masukkan air,ulikan,masukkan air kapur.Dah rata doh tersebut,perap masuk dlm plastik(supaya x msk angin) selama 4 jam,slps tu blhlah buat karipapnya...inti plk,terpulang pd masing2.
Slmt mencuba.



Sabtu, 30 September 2017

Kuih Kasturi @Rengas aka cucur kacang hijau


~ Assalammualaikum ~

kalau tempat kak nurul kuih nie kita org panggil kuih cucur kacang hijau,
kuih ini pun salah satu favorite akak....

kak nurul masak pakai bahan asas je...

sukatan pun main agak2 je

kacang hijau rendam dulu baru x lama bila nak masak dia nanti
biasanya kak nurul rendam pg dan ptgnya bolehlah masak

masak kacang hijau cam biasa,dah nak masak tu,masukkan gula pasir atau melaka,
masukkan kelapa parut dan tepung gandum,kacau....dah pekat tu tutup api

dah sejuk bolehlah dikepal2 bulat dan leperkan bolehlah masuk dlm tepung gandum yg dicampur
sedikit dgn tepung beras dan air,dan goreng...
dah siap.........
mudahkan!

slmt mencuba




Jumaat, 29 September 2017

Bingka Labu








~ Assalammualaikum ~

Hari nie nak share resepi bingka labu....
Sapa minat mkn bingka labu di sini, angkat tangan ^,,samalah kita....

Bingka Labu

Bahan2
1 biji labu-400 gm bila dah dikopek,rebus dan lenyek
240gm gula pasir
3 biji telur jika AA
1 cawan pekat santan
125gm marjerin,cairkan

Cara2

Blend labu,gula,telur, santan
masukkan dlm mangkuk dan masukkan tepung sikit
demi sikit,gaul sampai x bergetul,kacau dan masukkan
marjerin dan kacau lg...
bakar 40 minit,160-170 C...

Slmt mencuba







Tgh dlm oven 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...