NUFFNANG

Rabu, 19 April 2017

Resepi Congco Bar





~ Assalammualaikum ~

First time buat congco bar ini....
Senang je buat dia rupanya...
Hari tu buat kekurangan sikit chip coklatnya
klu byk lg sedap...
resepi nya kak nurul ambik di internet...
sapa punya resepi halalkan yea...


Bahan-bahan:

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter - biarkan lembut dahulu pada suhu bilik
320 gm gula perang - saya pakai 200gm sahaja
4 biji telur Gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan chocolate chip 
1/2 cawan  kepingan badam untuk tabur diatas(kak nurul guna hirisan badam)


Cara2

Dalam mangkuk campurkan gula perang, garam bersama mentega dan kacau rata sehingga butter sebati menjadi paste. Kacau pakai senduk kayu sudah mencukupi dan tak perlu mixer.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata. Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chip coklat .

Tuangkan adunan kedalam acuan empat segi 10 inci yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas alas.

Ratakan permukan adunan dgn chip coklat dan hirisan  badam

Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 - 35  minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan dan kek bahagian dalam masak. Jangan terlebih bakar.


~ Slmt mencuba ~




1 ulasan:

Unknown berkata...

Nmpk sedap je huhu buat sy tetiba craving nak mkn dessert

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...