NUFFNANG

Rabu, 19 April 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini

~ Assalammualaikum ~


Giveaway Dior Miniature Perfume Mini

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.





 Copy dan Klik banner utk penyertaan

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 1 Mei 2017.



Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:
5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict
Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.


Syarat2nya sila klik banner penyertaan di atas.

Resepi Congco Bar





~ Assalammualaikum ~

First time buat congco bar ini....
Senang je buat dia rupanya...
Hari tu buat kekurangan sikit chip coklatnya
klu byk lg sedap...
resepi nya kak nurul ambik di internet...
sapa punya resepi halalkan yea...


Bahan-bahan:

315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter - biarkan lembut dahulu pada suhu bilik
320 gm gula perang - saya pakai 200gm sahaja
4 biji telur Gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan chocolate chip 
1/2 cawan  kepingan badam untuk tabur diatas(kak nurul guna hirisan badam)


Cara2

Dalam mangkuk campurkan gula perang, garam bersama mentega dan kacau rata sehingga butter sebati menjadi paste. Kacau pakai senduk kayu sudah mencukupi dan tak perlu mixer.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata. Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chip coklat .

Tuangkan adunan kedalam acuan empat segi 10 inci yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas alas.

Ratakan permukan adunan dgn chip coklat dan hirisan  badam

Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 - 35  minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan dan kek bahagian dalam masak. Jangan terlebih bakar.


~ Slmt mencuba ~




Selasa, 11 April 2017

Resepi Cucur Lemantak


~ Assalammualaikum ~

Lama x menulis di sini...
Hari nie rajinkan diri sebab nak masukkan resepi nie 
Sebenarnya resepi nie makanan orang Sarawak,lemantak yang dihasilkan
dari batang rumbia atau sagu.
Kak nurul masukkan dlm blog ini utk refer sendiri nanti atau utk
adik2 esp.org Sarawak yg merantau,mana tau teringin nak mkn
cucur lemantak ini....kan!
semuanya dari pengalaman kak nurul sendiri,mula2 nak buat bendalah
ini cari jgk dlm google,tp x jumpa,cari fb pun xde....mungkin 
skrg  dah ade kot org yg upload dlm fb....mula2 kak nurul buat macam 
buat goreng pisang biasa tu letak air,ikan bilis blender dan goreng,jadi dan sedap
jgk rasanya.....tp tu bukan seperti cucur lemantak org Sarawak sana mkn...hehehe

Last2nya kak nurul mesejlah ngan adik ipar tanya camne nak buat,
owwhhh....rupanya camtu buatnya,patutlah cucur lemantak yg kak nurul
buat lain dr yg org lain buat....xleh nak bentukkan mcm donut tu...

Nie dia camne nak buat cara yg betul....
ok jom cube buat....
kak nurul pun lama x buat sbb xde tepung lemantak...klu hubby OS sana
mesti suruh dia beli....
Dulu tu ade satu makcik ni kat Melaka jual di pasar tani,skrg dah xde lg makcik
tu jual....dia beritahu dia dpt stok tu dr ank buah dia keje stewardess yg selalu terbang
ke Mukah atau Sibu......






Bahan2...
1. Lemantak
2.Ikan Bilis
3.Garam
4. Serbuk perasa
5. Cili boh(opptional)
6. Air (agak2 time menguli)

Cara2nya

1. Lemantak tersebut kenak ayak terlebih dahulu ,spt gambar di bwh.






Lemantak tgh diayak
2. Lemantak yang sudah diayak hendaklah disagai sekejap.

Lemantak yg dah siap diayak
3. Blender ikan bilis,nie kak nurul campur ngan udang kering sekali,sebab ada stok udang kering.


4. Selepas tu campurkan sekali ikan bilis yang telah di blend td dgn lemantak, cili boh dan air
boleh letak sekali garam dan serbuk perasa.






setelah diuli jd camni...

bentukkan cam donat

bolehlah digoreng....makan cicah dengan sos keropok lekor.
Pada tekak kak nurullah, rasanya pun dah mcm keropok lekor...








P/s:  Masa mengoreng hendaklah guna api yg kecik,sebab cucur lemantak nie pandai meletup tau...
bahaya.....kak nurul ade sekali dia meletop sampai jauh sekali dia terpelanting...nasib baik x kena minyaknya....so hati2 yea....sbb byk jgk dgr ada kes cucur nie meletup terkena orang....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...