NUFFNANG

Khamis, 19 Mac 2015

Mas Kahwin kena GST?

~ Assalammualaikum ~

Dalam kesibukan kerajaan nak melaksanakan  GST di negara kita,tentu ada yg blm
kahwin tu,tertanya2 adakah mas kahwin dikenakan GST jugak..............
Berita gembira bg yg blm kahwin tu mas kahwin tidak dikenakan GST,
masih kekal mcm lama........
Oklah tu,lps nie yg  nak kahwin tu xdelah fikir sgt pasal GST tu.......





SHAH ALAM -  Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang tidak pasti mengenai pelaksanaannya.

Ada yang kata menguntungkan dan ada yang kata sebaliknya.

Kegusaran itu menyebabkan ramai yang tidak ‘duduk diam’, tambah-tambah bila disentuh mengenai pelaksanaan GST dalam bab perkahwinan.

Bagi yang bujang sudah semestinya ‘mulai pening’ kepala kerana mula  fikirkan mengenai bajet perkahwinan selepas GST dilaksanakan.

Namun ada berita gembira buat  mereka yang hendak berkahwin selepas GST dilaksanakan ini kerana GST tidak dikenakan terhadap bayaran mas kahwin.

Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Agama  Islam Selangor, Nurhamizah Othman berkata, harga Mas Kahwin kekal sepertimana yang termaktub dalam Undang-undang keluarga Islam di bawah kuasa Sultan.

“Di Selangor kita sudah putuskan pada 12 Mei 2009, iaitu sebanyak RM300 kadar mas kahwin bagi anak dara dan janda tanpa had maksimun.

“Ia kekal, GST tidak dikenakan,” katanya. Katanya lagi, anak muda yang hendak berkahwin tidak perlu gusar mengenai perkara tersebut.

"Tiada kenaikan, ia kekal sepertimana yang termaktub," katanya. GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, 

sebanyak 160 buah negara telah melaksanakannya.


Sumber:Sinar Harian

8 ulasan:

Anum berkata...

pengsan

lelamaisara berkata...

CIAN LA HAI KALU KENA....

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Macam-macam cerita dengan GST ni kan.

Kasih Salina berkata...

mas kawin pun nk kena gst naya la..hihi..

OKje berkata...

Hihi....kalau kena GST pun mas kawen tak delah mahal mana, masih mampu lagi kot.Kalau Johor masih bawah Rm 30 henggit

Nour Leeman berkata...

Hot big issue gst skrg ni..hehe

wahida berkata...

gst oh gst...hadoiiii...

adianiez AIDA berkata...

gst oh gst...
lagi beberapa hari :) hu hu hu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...