NUFFNANG

Rabu, 25 Mac 2015

Tuntut 'Free Postage' dari peniaga Online


~ Assalammualaikum ~

hahaha.......oppsss,x leh ketawakan org.......
nanti org ketawakan kita.......
Sebenarnya nie cerita org berniaga dan membeli online...
Brg yg dibeli secara online akn dpt melalui pos
atau COD.

Bacalah sreenshot nie.....
pasti kwn2 pun ketawa jgk......
Ingatkan kak nurul aje yg buta it nie,tp ada jgk yg diluar sana yea,
tp kita x tahulah adakah ini benar atau org2 buat utk buat lawak ajekan!

Tapi skrg nie berhati2 nak beli online,ada jgk yg mengambil kesempatan
utk menipu..........mereka yg menipu inilah yg akan merosakan dunia
perniagaan shopping online, disebbkan "nila setitik rosak susu sebelanga"

Kwn2 camne plk pengalaman shopping online nie,semua suksess ke?


11081505_10154033132534572_340057988244722051_n (1)

Sumber:Sini

Yuran Tuisyen dan GST



~ Assalammualaikum ~

Belum 1 April  lg kak nurul dah rasa bahang GST.
Sblm hujung bln kak nurul kena bayar yuran tuisyen anak utk
bulan seterusnya.Macam hujung bln nie kena byr yuran utk bln 4 punya.
Jadi bulan 4 kan start GST jadi nak tak nak kena juga byr GST utk
tuisyen anak2 nie.Seorang RM130 jadi klu dua kenalah byr GST
RM15.60......puhhh....)( besar jgk tu..... boleh buat duit mkn anak2 sklh
satu hari,klu beli nasi ayam 3 orglah...........hahaha....

Kak nurul pun x tahu nak buat persediaan GST nie,tgk kwn2
ramai yg dah buat persiapan dgn membeli brg2 sblm 1 april nie...........
Kak nurul xleh nak fikir beli apa dulu,tp lama2 nanti kena beli
jgk brg,cthnya kita dah beli sblm gst lagi....nanti2 pun kena beli lg
nie cthnya brg dapurlah......
kalau brg2 kekal lama x pe.......spt kwn kita tu beli moto,sbb takut naik
beli bila GST nanti.........

Nak x nak terimalah dgn redha GST nie.......




nie yuran tuisyen,klu x silap kat Miri kot berdasarkan no telefon tu.......


chop2 yg comel


~ Assalammualaikum ~

Alahai comelnya chop2 cikgu nie utk ditanda kat buku latihan murid2.
Tentu seronok murid2 bila tgk chop comel2 nie di buku latihan diorg.
Budak2 kan suka klu kartun2 nie....
Sekarang nie mcm2 ada dan sungguh kreatif....

1604451_10152937161239998_7964766694177654012_n (1)
Sumber:Sini

Khamis, 19 Mac 2015

Mas Kahwin kena GST?

~ Assalammualaikum ~

Dalam kesibukan kerajaan nak melaksanakan  GST di negara kita,tentu ada yg blm
kahwin tu,tertanya2 adakah mas kahwin dikenakan GST jugak..............
Berita gembira bg yg blm kahwin tu mas kahwin tidak dikenakan GST,
masih kekal mcm lama........
Oklah tu,lps nie yg  nak kahwin tu xdelah fikir sgt pasal GST tu.......





SHAH ALAM -  Lebih kurang dua minggu lagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini, cakap-cakap mengenainya menjadi bualan kerana ramai yang tidak pasti mengenai pelaksanaannya.

Ada yang kata menguntungkan dan ada yang kata sebaliknya.

Kegusaran itu menyebabkan ramai yang tidak ‘duduk diam’, tambah-tambah bila disentuh mengenai pelaksanaan GST dalam bab perkahwinan.

Bagi yang bujang sudah semestinya ‘mulai pening’ kepala kerana mula  fikirkan mengenai bajet perkahwinan selepas GST dilaksanakan.

Namun ada berita gembira buat  mereka yang hendak berkahwin selepas GST dilaksanakan ini kerana GST tidak dikenakan terhadap bayaran mas kahwin.

Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Agama  Islam Selangor, Nurhamizah Othman berkata, harga Mas Kahwin kekal sepertimana yang termaktub dalam Undang-undang keluarga Islam di bawah kuasa Sultan.

“Di Selangor kita sudah putuskan pada 12 Mei 2009, iaitu sebanyak RM300 kadar mas kahwin bagi anak dara dan janda tanpa had maksimun.

“Ia kekal, GST tidak dikenakan,” katanya. Katanya lagi, anak muda yang hendak berkahwin tidak perlu gusar mengenai perkara tersebut.

"Tiada kenaikan, ia kekal sepertimana yang termaktub," katanya. GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini, 

sebanyak 160 buah negara telah melaksanakannya.


Sumber:Sinar Harian

Rabu, 18 Mac 2015

sama2lah kita honggak


~ Assalammualaikum ~


Pagi td tgh kak nurul sibuk di dapur,si Izzyan sibuk jgk suruh
kak nurul cabut gigi depan dia sblh yg dah ronggak tu.......

Gigi dpn iyan ronggak sejak bulan lalu.....gigi dia dah goyang,tp
blm nampak lg klr gigi kekal kat situ.

Gigi bwh dia tu memang dah tercabut sbb dah ada gigi kekal klr.

Iyan suruh kak nurul cabut gigi  dia tu pg td sbb gigi yg sblh
dah ronggak tu dulu kak nurul jentik pakai jari....

sbb pg td kak nurul sibuk so kak nurul suruh dia hari nie goyangkan
gigi tu guna lidah dulu,nanti senang mama dia nak cabut.....

tapi yg sebenarnya pg td x sempat........huhuhu......

Diorg cuti sklh nie duduk rmh je,si najmi tiga hr nie ada kelas
tambahan di sklh.........

Bila gigi dah ronggak,sibuklah ckp ngan sepupu di kat Kajang tu.....
Tp sepupu yg Kajang tu pun sama,dah tanggal jgk gigi dpn
jadi,

Sama2lah kita Honggak.......hehehe....






sepupu iyan yg dah ronggak dulu..........

Mudahnya dgn Konstar Master Chopper


~ Assalammualaikum ~

Nampaknya hubby kak nurul skrg dah suka2 sgt rancangan Go Shop di astro....
Setakat nie dia dah beli Al-Quran digital tu dgn chopper di bwh.
Tiap tgk brg yg diorg promote tu,mesti tanya ngan kak nurul,nak beli x?
Klu kak nurul memang le nak beli semua tu....
Tapi fulus dia fulus kak nurul jgk....
Banyak lg brg lain yg lebih penting utk diutamakan!!

Hari tu dia beli Konstar Master Chopper Set,order 2 sekali sbb MIL
nak juga.....bolehlah mencepat utk kita memotong bawang dan sebagainya.

Dpt2,terus try buat nasi goreng udang kering,....

Smlm kak nurul buat sandwich......cptnya potong bwg dan cili,
klu x mesti dah meleleh air mata sambil potong bwg dan cili,
halusnya blm tentu lg....

So memudahkan kerja anda........

Kwn2  mesti jugak ada yg dah beli online di Go Shop ini.....
Sapa yg dah beli Steam Q Iron?
best, mudah dan cepat x bila guna?





potong bwg besar dan merah ngan cili utk buat inti sanwich

dah tu gaul ngan isi tuna dan mayonis,siap....tp gambar sanwich malas nak ambil

Isnin, 16 Mac 2015

Awas anda beli milo tiruan


~ Assalammualaikum ~

Nasib baik skrg nie kak nurul dah tukar milo kpd oligo....
Sejak nestle salah satu produk yg dikatakan menyumbang kpd negara
israel.....tu yg kak nurul tukar kpd jenama oligo.....
anak2 pun suka oligo nie....

Dlm sehari dua nie timbul issue ada milo tiruan di pasaran.....
kak nurul x tahu ada kesan kesihatan x klu kita minum milo tiruan tu....
Tapi kena hati2lah sbb kita yg membeli mengharapkan yg ori dan 
disahkan slmt utk di mkn.....

Utk melihat atau mengesan milo ori atau x tgk packagingnya....
 refer sini....

Hasil affiliate pertamaku


~ Assalammualaikum ~

Minggu lps kak nurul dpt email mengatakan komisen hasil drpd affiliate/iklan 
dah msk dlm akaun kak nurul. Syukur alhamdulillah wlpn x byk RM11.52 shj,
tapi ini hasil affiate kak nurul yg pertama slps ada blog ini.
Hasil dari nuffnang plk blm cukup lg nak draw.....
Kak nurul ltk affiliate Sweet Muslimah di blog hasil drpd perkongsian
Ujie di blog dia tempohari,terima kasih Ujie....

Yg bestnya Sweet Muslimah nie dia terus msk dlm akaun dgn syarat
bayaran minima RM10 setiap 7 hb.

Bagi kwn2 yg blm mencuba nasib affiliate Sweet Muslimah nie bolehlah
guna link ini.

Oh ya,terima kasih pd yg membeli melalui link kak nurul.





Khamis, 12 Mac 2015

Draw duit pun kena GST

~ Assalammualaikum ~

x lama lgi GST nak start.....fuhhh harga brg2 lagilah melambung naik,
rasanya sikit je klu ada yg turun....

Sejak GST nak start nie kak nurul prasan jgk bila draw duit di ATM CIMB,
slip transactionnya ada menyatakan pasal GST.
Tp kak nurul x baca pun....

Hari nie di paper,....betul ke setiap kali klr duit kena 6% caj??
klu camni habislah duit kita dlm tu kena utk byr caj aje.....

Sebenarnya pihak bank mengenakan 6% caj bila kita klrkan duit dr
mana2 ATM lain selain dr CIMB nie....
Sblm nie kan klu kita klr dr  ATM lain dikenakan RM1 jd slps
GST kena lg 0.6sen so....RM1.06 lah kita caj klu klr dr ATM lain....

Oleh itu fikir dulu klu nak klr duit dr ATM lain.....klu dah terdesak sgt
bolehlah klrkan dr ATM lain,tp kak nurul fikir skrg nie mesin ATM
ada di mana2.........









Sumber: Sini

Jumaat, 6 Mac 2015

resepi seri muka

~ Assalammualaikum ~

Jom merajinkan diri buat kuih seri muka.....
Kak nurul setakat nie dah 2 kali buat.
First buat mkn2 sendiri je dan second buat utk bawa sklh anak
ada pot luck.....
Resepi kak nurul ambik dr blog SINI
Tq pd tuan blog tersebut.

'SAYA BUDAK BARU BELAJAR' ya.....
Jadi memang x cantiklah hasilnya.





second kak nurul buat,ini yg kak nurul bawa sklh

buat sekali waktu buat utk bawa sklh,loyang nie kak nurul buat utk mkn2 kat rumah.

kak nurul pki pulut nie,beli kat pekan rabu nie,waktu ikut rombongan cik kiah


Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500 gm beras pulut
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dlm loyang yg beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan2kan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 gm tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
  2.  Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  3. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30 minit



ini first kak nurul buat....


lembik sikit atasnya,mungkin kak nurul blender....kali kedua buat kak nurul pukul guna whisk je....

dah masak tp lembik sikit

Selasa, 3 Mac 2015

Selamat Hari Lahir Kakak


~ Assalammualaikum ~


Hari ni 3 Mac hari lahir kakak yg ke 14 tahun.

Slmt hari lahir kakak!

Semoga panjang umur,murah rezeki dan kesihatan yg baik
berpanjangan,jadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat,Amin.



Hasil carian imej untuk imej selamat hari lahir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...