NUFFNANG

Selasa, 22 Julai 2014

Biskut Jari Manis


~ Assalammualaikum ~

Apa khabar kwn2?hari nie dah ke 24 kita berpuasa,rasa sekejap je masa berlalu.
Raya pun dah dekat,kwn2 dah byk ke buat kuih raya?kak nurul hasrat di hati tu ada
nak buat kuih raya,tapi sampai skrg blm mula lagi,hehehe......dan jumaat nie kak nurul dah start cuti.

Sebenarnya kak nurul nak kongsi resepi biskut yg kak nurul rajin buat tiap2 thn.Resepi nie 
kak nurul dpt dr MIL..nak buatnya pun cepat......jom tgk resepinya.


Resepi Biskut jari manis

Bahan2
1. 1 buku buttercup(250gm)
2. 1 cawan gula halus
3. 1 cawan susu tepung kering
4. 5 cawan tepung gandum
5. buah-buahan campuran
6. hirisan badam(disangai dulu)
7. 1 sudu teh esen vanilla
8.  1 sudu teh baking powder

Cara2

Gula dan butter dipukul hingga kembang. Masukkan susu tepung,buahan campuran,esen vanilla
dan baking powder dan gaul.Masukkan tepung gandum.Uli sehingga semua sebati.
Bila dah sebati tu canailah doh tersebut di atas tray pembakar yg sebelum tu lengserkan dgn
mentega.Gunakan kayu pengiling agar semuanya rata.Bila dah rata tu bolehlah potong guna
pisau ikut mana besar biskut biasa(lihat gambar di bawah)







Doh yg kak nurul dah canaikan dgn kayu pengiling dan dipotong dgn pisau.

Permukaan atasnya kak nurul sapukan dgn kuning telur,bakar suhu 170
selama 25-30 minit(ikut kesesuaian oven masing2)

Biskut yg dah siap dimasak,dan bila dah masak bolehlah diangkat.

Inilah biskut tu bila dah diangkat.






5 ulasan:

hasliynda umairah beauty berkata...

mesti sedap nie

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Macam sedap sahaja. Nak cuba juga ikut resepi ini.

eMMe berkata...

Sis, simple je resepi dia... boleh buat ni.. hehehe.. tgk pun cam menarik2... gulp!!! sabo je la tgk kuih2 ni...

nurbijen berkata...

saya suka sgt resepi yg simple2 cenggini... thanks kak nurul...

Tanpa Nama berkata...

Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...