~ Assalammualaikum ~
Ha...) tuuu dia.........
Sapa x kenai?
mesti semua org kenai kan!
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Kali nie dia jadi penceramah jemputan di opis kak nurul
dgn tajuk ceramah di atas.
Memang seronok dengar ceramahnya,
kak nurul langsung x mengantuk wlpn mlm tu tido kul 2 pagi.
Memang khusyuklah dengar ceramahnya.
Dewan pun penuh sampai duduk kat luar lagi,
tue dia ramainya peminat Ustaz Don.
Kak Nurul kongsi sikit isi ceramahnya,itu pun apa yg kak nurul masih ingat .
Maklumlah dah berusia sikit nie cepatnya pelupa.........))
Tak kenal maka tak cinta nie ialah berkaitan dgn Al-Quran,bukannya
maksud orang tu x cinta orang tu klu x kenaii.
Di dalam Al-Quran klu dihayati dan dikaji terlalu byknya rahsia
yg menunjukkan kebenaran dan jawapan kpd semua segala aspek.
Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran.
Dalam Al-Quran terdapat pertanyaan dan di dalammnya juga ada jwpnnya.
Menurut Ustaz Don,emak dia htr dia sekolah tahfiz umur dah 18 tahun dan menghafal Al-Quran
umur 21 tahun ............fuuh...,terangnya hati dia....| dan slps tu sambung belajar di Mesir.
Antara isi ceramahnya yg kak Nurul ingat,Surah Al-Fatihah itu sendiri.
Dalam surah AL-Fatihah ada 7 huruf yg tidak ada dalam surah ini.
Ustaz Don sebut dua je hurufnya iaitu Jim dan Zho. Selebih hurufnya plk kena
cari sendiri,huhuhu...........Huruf tu tidak terdapat dlm surah Al-Fatihah kerana dikaitkan
dgn perkara yg x elok spt huruf Jim ----Jahanam dan Zho ------zholomat....zalim
Al-Fatihah juga tidak ada denggung bacaannya kerana ianya di baca dalam
sembahyang dan bukan semua org di dunia ini boleh baca denggung.
Kak Nurul dah google huruf selebihnya itu utk pengetahuan kak nurul sendiri jgk.
ﺙ ﺥ ﺫ ﺵ ﻑ
Semua huruf tu ada maknanya dan kenapa,cari dlm goole semuanya ada,
boleh cuba link nie,
Selain tu Ustaz Don jgk berceritha bilanya turun Al-Quran?)
Dalam Surah Al-Dukhan ayat 3&4 ada menyatakan Al-Quran diturunkan pd malam
yg berkat.Manakala dlm Surah Al Qadr ayat 1-5 ada menyatakan Al-Quran turun pd
mlm 'Lailatul Qadar'.;
Antara lain isi ceramah Ustaz Don ialah hal kebangkitan manusia semula selepas mati.
Wlpn dah berpuluh ribu thn di dlm alam barzakh dan dah hancur sepenuhnya
bila tiba masa dibangkitkan kita akan dibangkitkan sebagaimana sblm kita meninggal
dunia tu. Di dalam Al-Quran surah Al Kahfi ada menyebut kisah
kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian. Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Decius dari Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.Mereka bangun semula seolah2 baru tidur sehari atau stgh hari dgn tidak ada apa perubahan pd diri mereka. Betapa besarnya kuasaan Allah SWT.
Kisah manusia dimatikan dan dihidup semula pun ustaz Don ceritakan iaitu kisah Nabi Uzair AS
yg telah ditidurkan selama 100 tahun dan kisah ini ada disebut di dlm surah Al-Baqarah ayat 259.
Kisah Nabi Ibrahim dgn 4 burung juga Ustaz ceritakan juga,ada dalam Surah Al-Baqarah ayat 260.
Begitulah sedikit isi ceramah dari Ustaz Don yg kak Nurul hadiri,sebenarnya banyak lg isi2
yg lain dan kak Nurul faham tp x pandai nak menerang/tulis balik.......} hehehe.
sampi duduk kat luar,kak nurul dpt duduk dlm sebab dtg awai2 lg.Kedua2 pic nie kak nurul ambik dr fb kwn,halal ya! |
1 ulasan:
Perkongsian yang sangat menarik kak Nurul...
Untung dapat dengar ceramah ustaz Don :)
Catat Ulasan