Assalamualaikum.....
Selamat menjalani ibadah puasa ya kwn2.Hari nie dah 20 hari kita berpuasa.
Sempena raya x lama lg tu mesti kebanyakkannya dah siap beli dan tempah
baju rayakan.Jom kita baca delima adik nie yg dah terbeli baju raya tanpa
pengetahuan ibu bapanya menggunakan duit simpanannya.Dulu waktu
kak Nurul umur camtu semuanya arwah emak yg buat baju raya paling
tidak dptlah sehelai setiap thn dan x lebih dr tu,xdenya nak milih memilih,
huhuhu........berbanding zaman skrg,x pyh pegi jauh2 anak sulung kak Nurul
tu memang dia x pki baju yg kak Nurul pilih,jadi bila shopping kak Nurul
kasi chance dia pilih sendiri dan ckpnya dgn budget2 berapa serta pilih baju yg
pengetahuan ibu bapanya menggunakan duit simpanannya.Dulu waktu
kak Nurul umur camtu semuanya arwah emak yg buat baju raya paling
tidak dptlah sehelai setiap thn dan x lebih dr tu,xdenya nak milih memilih,
huhuhu........berbanding zaman skrg,x pyh pegi jauh2 anak sulung kak Nurul
tu memang dia x pki baju yg kak Nurul pilih,jadi bila shopping kak Nurul
kasi chance dia pilih sendiri dan ckpnya dgn budget2 berapa serta pilih baju yg
sesuai utknya.
TIDAK SALAH BERBELANJA UNTUK BAJU RAYA
SOALAN:
Saya berusia 16 tahun dan mempunyai buku akaun simpanan bank. Sebelum ini saya mengeluarkan wang untuk membeli baju raya tanpa pengetahuan ibu bapa. Saya tahu, ibu bapa pasti tidak membenarkannya kerana bagi mereka wang itu adalah untuk masa depan saya. Saya mengeluarkannya kerana kasihankan ibu bapa yang terpaksa bertungkus lumus mencari wang. Apakah hukumnya saya mengeluarkan duit itu, adakah saya berdosa?
JAWAPAN:
Dalam ajaran Islam, mereka yang diberi kuasa memiliki harta termasuk wang ringgit dan bebas menbelanjakannya ialah mereka yang sudah akil baligh tetapi bagi yabg belum akil baligh adalah dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa mereka atau orang yang dikatakan walil amri untuk menjaganya. Merujuk kepada persoalan ditimbulkan, ia menunjukkan bahawa anda berumur 16 tahun dan sudah tentulah pada umur itu, anda sudah pun akil baligh dan berhak memiliki harta, wang ringgit dan juga membelanjakannya. Bagaimanapun, dalam soal memiliki harta dan membelanjakannya itu adalah satu soal yang sangat sensitif dalam Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak berganjak kaki anak Adam di akhirat nanti sehingga dia ditanya mengenai empat perkara. Antara empat perkara itu ialah mengenai hartanya, dari mana ia diperolehi dan kemana pula ia dibelanjakan”. Dalam hubungan ini, harta menjadi satu persoalan besar yang perlu diberikan perhatian sepanjang masa. Justeru, setiap umat Islam yang ingin memiliki harta dan membelanjakannya mestilah mendapatkan harta itu daripada sumber yang dihalalkan Allah dan membelanjakannya pula pada jalan yang diredhai Allah tanpa kedekut dan boros. Firman Allah bermaksud, “dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan haknya kepada orang miskin dan orang yang sedang dalam perjalanan dan janganlah kamu membazir. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya. (al-Israk: 26-27) Dalam surah al-Furqan ayat 67, Allah menyatakan di antara sifat hamba-Nya yang sangat dikasihinya ialah sifat orang yang apabila membelanjakan harta mereka, tidak berlebihan dan tidak pula kikir atau kedekut dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian itu.” Ini bererti, sifat yang terbaik dalam membelanjakan harta benda kita ialah sifat berjimat cermat, tidak boros dan tidak pula kedekut terutama dalam membelanjakannya di jalan Allah. Berasaskan faktor ini dan persoalan yang ditimbulkan itu, apa yang anda lakukan itu tidaklah menjadi satu kesalahan. Anda mengeluarkan wang yang diperuntukkan oleh ibu bapa dalam buku wang simpanan. Anda sudah pun berumur 16 tahun, sudah akil baligh. Tetapi disebabkan wang itu diberikan oleh bapa anda dan matlamatnya untuk simpanan masa depan anda maka sebelum anda mengeluarkan wang itu untuk sebarang kegunaan, sangatlah elok jika anda meminta keizinan mereka terlebih dahulu. Dalam konteks soalan dikemukakan ini, bagi saya tidaklah menjadi satu kesalahan kerana anda seorang yang sangat cermat dan wang yang anda keluarkan itupun digunakan semata-mata untuk membeli sehelai baju raya sahaja bukan untuk membazir atau bersuka ria tanpa sebarang faedah. Bagaimanapun seperti disebutkan awal tadi adalah elok sekiranya pada lain kali anda memberitahu, berbincang dan meminta keizinan ibu bapa anda terlebih dahulu mengenai hasrat anda hendak mengeluarkan wang tersebut. Dengan itu, ibu bapa anda akan merasa lebih senang dan gembira di atas sikap anda yang penuh bertanggungjawab terhadap kedua-dua mereka itu. Di samping itu, anda sendiri tidak akan berasa was-was terhadap langkah anda mengeluarkan wang berkenaan bagi kegunaan berfaedah untuk diri anda.
Sumber:http://www.muftiwp.gov.my
Sumber:http://www.muftiwp.gov.my
24 ulasan:
good sharing
kene bersederhana..
betul kata Mrs.Eady kenalah bersederhana.. ;)
kiranya blhlah brblnja bli baju rya..hehe,..berpada2 tak salah ;-)
berpada2 tak salah jangan melampaui batas
bagus..muda muda da considerate..
entry yg bagus kak...
jgn membazir... duna duit bila betul2 perlu..
bagusnya anak ni...moga diberkati :)
perkongsian yang bermanfaat besar :)
thanks dear :)
thanks 4 sharing..:)
perkongsian yg menarik...thnks..
bagus info ni..
terima kasih :-)
tq for sharing kak..apa y penting beseserhana..
saya tahun biaser² jer... anak dah besar ni banyak ikut citarasa dia jer..
nice sharing....:)
perkongsian yg baek. tq yer :)
duluuuu umur 20 tahun mak masih sediakan baju raya utk akak... hihihi
Tak salah membeli baju raya yg tak bestnya tu dia sorok-sorok membeli dari pengetahuan ibu-bapa walau motif tak mahu susahkan tapi sebaliknya dah buat ibu-bapa mungkin berkecil hati...
amboi comelnya belog ni
momoy tak cari lagi baju raya
pakai yang lepas2 kot
satu peringatan yang sangat bermakna dan bermanfaat. anak ini bagus karena dia masih mengekalkan semangat kasih sayang dan rasa hormat kepada kedua orang tuanya pada masa yang sama.
berbaju baru pada pagi raya adalah sunat...
rindunya nak menganyam ketupat .. lame tak buat .. dah lupe pun iyer.. sbb mak suke buat lontong daun pisang sekarang ...
nice info dan share..
@AnumKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
Catat Ulasan