NUFFNANG

Isnin, 6 Disember 2010

Salam Maal Hijrah....




Pagi nie msk opis .....syukur alhamdulillah..application free passageku
nak blk S'wak dah diluluskan.But now....akak kerani 2 plk cuti hari ni.....
klu blh aku nak uruskan tiket kplterbang 2 secepat mungkin sblm tarikh
yg diapply.....nak buat camne tunggu jelah hr rabu nanti....

Dah sthn dah aku tak blk kpg halamanku yg jauh nun sbrg lautan....
aku apply ni pun cube je klu ade rezeki blh pki utk thn dpn...
klu x burn ajelah tiket 2....

Tiket ni pun aku nak pki pg Kuching je.....jln2 sane cuti sklh bln
3 next year bawa family....InsyaAllah....aku x blk kpgku di daerah Sri Aman....
nanti raye baru planing nak blk sana....InsyaAllah.

Sempena esok Maal Hijrah aku ambik kesempatan nak ucapkan
selamat menyambut Maal Hijrah dan marilah kita sama2 baca doa nie yea:-





DOA AWAL TAHUN

Waktu membacanya :
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1
Muharram

Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :
"Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini
kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah
syaitan."

DOA :

Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah , Engkaulah yang kekal abadi untuk selama2nya.
Demi kelebihanmu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah ,
sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu
perlindungan daripada syaitan yang direjam,
dari sekalian kuncunya , tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang
sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W ,
serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam,..Amin...

DOA AKHIR TAHUN

Waktu membacanya :
Doa ini dibaca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk
Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :
"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam
pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga.
Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun."

DOA :

Segala puji hanya bagi Allah , tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah , sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan
laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahn itu.

Sesungguhnya pada hari ini aku bermohon keampunan dariMu ,
ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini
yang Engkau rdai dan aEngkau janjikan pahala makan aku memohonnya daripada Engkau.Ya Allah , Ya Karim , Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjugan kami Nabi Muhammad S.A.W
serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi Allah , Tuhan yang memelihara dan
mentadbir sekalian alam.....
Aminnn




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...