NUFFNANG

Isnin, 21 September 2015

Niat Puasa Sunat Hari Arafah



~ Assalammualaikum ~

Lamanya x mencoret di sini.....huhuhu....
Hari nie nak share dgn kwn2 niat puasa sunat hari Arafah yg x lama lagi iaitu hari rabu
yg akan dtg. nanti.

Puasa sunat pada hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di
Malaysia pada Rabu 23 September 2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436 Hijrah.

Banyak kelebihan berpuasa sunat pada hari tersebut.




Cara Niat Puasa Hari Arafah

Khamis, 16 April 2015

Kuih dangai/Berangin


~ Assalammualaikum ~

Dua minggu lps kak nurul berjaya buat kuih dangai atau kuih berangin kata org Sarawak.
 Sebenarnya kuih nie lah yg mudah buat. Sebab teringin dan dah rasa di anak tekak nie tu yg 
kak nurul buat jgk. Lama x makan kuih nie. Kak nurul bakar guna pemanggang ajaib tu,
masukkan dlm acuan tart telur dam msk dlm pemanggang ajaib....
senang je dan jaga je takut bwh dia hangus.... 


Resepinya
 Bahan2nya 2 cawan tepung pulut 
4 cawan kelapa parut/inti 
1/2 cawan gula pasir 

cara2 
Gaulkan tepung dan kelapa,kemudian masukkan gula pasir, Kak nurul x nak manis sgt,
sbb nanti nak bakar nak ltk gula di tghnya dan kemudian tabur balik tepung dan kelapa.
Masak dan kena jaga takut nanti hangus bawahnya.
Dah masak,boleh mkn.......





Tepung dan kelapa dah digaul,ltk gula pasir jgk.

Tada dah masak.......

Buah Pedada dan Serangan Buaya

~ Assalammualaikum ~

Semalam di negeri Sarawak dikejutkan dgn sang bedal telah menyambar mangsanya lagi.
Baru aje di Daerah Samarahan dah menangkap 2 ekor buaya,yg seekornya dipercayai telah
mencederakan seorang nelayan pd 26 Mac lepas,membawa kepada kematian kpd mangsa.
Boleh rujuk sini artikelnya

Bagi kes yg terbaru nie,mangsa dikatakan bersama dua rakannya pergi ke sungai tu utk
memetik buah pedada.Pokok pedada nie byk tumbuh di tepi2 sungai dan buahnya boleh
 dimakan dan rasanya masam2,sedap dibuat cicah sambal kicap atau belacan.
(terliur kak nurul masa nie)
Mangsa dikatakan berenang dan dua rakannya memanjat pokok tersebut,dan terkejut dgn
bila tiba2 mangsa meminta tolong,menurut kwn2nya mereka melihat sang bedal tu
melambung2 mangsa sebanyak 3 kali dalam sungai sblm hilang,dan 2 rakannya tu 
berlari meminta tolong org kampung dan melaporkan kpd polis.
Syukur alhamdulillah mayat telah dijumpai berdekatan situ jgk dan dlm
keadaan yg sempurna.

Inilah rupanya buah pedada yg diorang bertiga  petik tu di tepi sungai....
Jgn pelik dgn nama buah tu,memang dr kecik kak nurul tahu2 nama
buah nie macam nie. Dulu masa kecik2 di kampung sepupu kak nurul 
selalu mkn  dan petik buah nie,
buat jeruk pun sedap.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa tersebut. 


tengok pokok2 pedada tumbuh subur dan banyak di tepi2 sungai  


P/s:kredit gambar dr harian metro dan FB mbiak Sarawak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...