NUFFNANG

Jumaat, 27 Februari 2015

ubat expired


~ Assalammualaikum ~

Salam jumaat buat kwn2 semua...

Ada x kwn2 yg bersemangat membeli supplement tapi bila nak mengamalkannya
hanya hangat2 tahi ayam?!! hahahaha.....mungkin adakan..T__T.....

Samalah ngan kak nurul.........dgr org atau kwn ambik nie,nak ambik jgk....
mengikut........eheheh bukan mengikut tp nak mencuba!
Tapi sayangnya x konsisten,....huhuhu......
itu yg byk supplement expired  x hbs mkn.
Salah satunya vitamin B-complex nie....
dah satu lg kat rumah alfafa expired bln 2 nie.

Susahkan nak konsisten....

Tapi ada satu blog kak nurul baca supplement Shaklee nie yg dah expired
boleh lg dimkn,tp khasiatnya xlah sama spt blm expired.....



Jadi adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh? 

Jawapannya cukup mudah!
SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum dariapda penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akn kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?
Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebanrnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dr awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh. 

Sumber: SINI


Vitamin B-Complex x habis mkn.......terpaksa di letgo...
letgo kat opis,x berani letgo kat rumah,nanti hubby jumpa.....hahaha......

Expired thn yg lalu dah....

Khamis, 26 Februari 2015

Satus Non-Glitterati


~ Assalammualaikum ~

Hampir seminggu x bukak ac nuffnang,rupa2nya status kak nurul Non-Glitterati...
Bila jd Non-Glitterati pun kak nurul x tahu.
Jadi htrlah ticket ke nuffnang,tanya kenapa....

Pagi kak nurul htr tiket dan mlmnya baru diorg reply.
Nak tahu kenapa???
Bacalah sendiri jwpnnya,hehehe!!



Setahu kak nurul blog akak xdelah iklan pesaing nuffnang nie.....
dan apa yg kak nurul faham apa yg dijwbnya di atas ialah
blog kak nurul status aktif tp bila crawlers detect blog kak nurul nie ada
masa xde pengunjung.....jadi status aktif tu x relevan dan blog kak nurul
dianggap spam....itulah dpt status Non-Glitterati....
Tp hari nie dah blk ke status Glitterati.....
So pengajarannya kena update blog tu wlupun satu entri satu hari
dan aktifkan blk BW tu.....

*Nampak sgtkan entry2 yg sblm nie xde org cari dan baca.....sedeynya

Isnin, 23 Februari 2015

Proton ambil berat isu Exora terbakar


~ Assalammualaikum ~

Minggu lps kecoh kes kereta Exora yg terbakar di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT2),
menjadi viral di laman sosial dan dikatakan berpunca dari tangki minyak yg diisi penuh sgt
spi xde ruang dlm tangki minyak itu utk melepaskan udara............
Takut jgk bila baca,sbb selalu jgk kak nurul dan hubby isi minyak full tank.
Tapi  minggu lps pihak  Proton Holdings Bhd(Proton) jgk telah berkata akan menyiasat
secara terperinci puncanya,dan tunggulah kita apa sbb yg sebenarnya..........



KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari lepas.
   
"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.
   
"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.
   
Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.
   
Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia. - Bernama


Proton ambil berat isu Exora terbakar


Sumber:Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...