NUFFNANG

Jumaat, 7 November 2014

Putri Raysha Jemaima


~ Assalammualaikum ~

Tahniah buat pelakon Fasha Sandha selamat melahirkan bb girl pd pkl
9 pg tadi di sebuah perubatan swasta di ibu kota.

Berat bb ialah 2.8kg dan diberi nama Putri Raysha Jemaima.
Comel bb dia...

Tahniah sekali lg....



P/s:Kak nurul sebenarnya minat tengok lakonan Fasha....

Khamis, 6 November 2014

Ikan lumek kering


~Assalammualaikum ~


Nak minta jasa baik kwn2 esp.org Sabah...

Boleh tak tunjuk ajar mcmana nak masak ikan kering nie.

Sebenarnya ikan nie member hubby yg kerja di Sabah yg kasi.

 Klu kat tpt kak nurul ada jgk terdapat ikan nie,tp xdelah dikering camni ,sebaliknya disalai.

Nama ikan nie kat kpg kak nurul dipanggil ikan lumek.ikan lumek nie badannya yg lembik dan

badannya lutsinar,mungkin  sbb lembik tu namanya terus dinamakan lumek,.....

Kak nurul agak ajelah,huhuhu.........

Kalau ikan lumek yg salai tu,mkn camtu je kak nurul bolehlah masuk tekak,
sbb ada stgh org xleh mkn camtu je.

Selain tu kak nurul masak rebus asam camtu je pun sedap dan isinya jadi lembut.

Tapi x tahulah ikan kering nie,boleh lembut ke x klu masak, sbb kak nurul cuba gigit,
mak aiii keras dan liatnya.

Oklah,minta resepi yea........




ikan lumek salai.......imej google


ikan lumek fresh......imej google














Rabu, 5 November 2014

Chocolate Lasagna


~ Assalammualaikum ~ 

Hari nie kak nurul nak share buat chocolate lasagna,hari minggu lps kak nurul dah cuba buat tau....
Ingatkan  chocolate lasagna nie buat pki kulit lasagna tu,..tu yg kak nurul fikir bila dgr namanya lasagna
Tapi xde guna langsung pun klu buat chocolate lasagna nie.
Resepinya kak nurul ambik dr blog ana,...blog yg byk resepi tu....minta halalkan ya ana.





Ok,kita buat step by step yea!


Mula2 sediakan bahan2nya dulu.... Ada tiga step besar yg kena buat,sebab kan ada
3 jenis layer tu,layer pertama biskut oreo,layer kedua coconut chocolate dan ketiga cream cheese,
kwn2 nak buat berapa layer tu terpulang,tp nielah antara layer2nya.

Adunan 1 (sediakan basenya)(Step 1)

Bahan2
2 bungkus oreo ~ 28 keping oreo
5 sudu besar butter di cairkan


Biskut oreo dihancurkan bersama dgn krimnya,kemudian digaul bersama dgn butter yg
telah dicairkan.Masukkan dlm bekas,Biarkan dulu,slps tu kita masak adunan kedua,coconut chocolate.


Adunan 2 (step 2)

Bahan2 Chocolate Coconut Pudding :

1/4 cawan tepung jagung ( 50ml )
1/2 cawan gula kastor ( 80ml )
Secubit garam
1 1/2 cawan susu segar ( 300ml )
1 1/2 cawan santan kotak ( 300ml )
200 gram dark coklat
1 penutup penuh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko


Cara2nya
Kesemua bahan2 di atas masak kaedah double boil.
Masak sehingga pekat dan tidak berketul2
* klu tgk resepi yg lain diorang guna fresh milk,tp kak nurul derhaka sikit guna susu full cream
Dah masak tu sejukkan dulu.


Adunan 3 (step 3)

 Cream Cheese

Bahan2nya


250g cream cheese
2 sudu besar susu segar
100 gram gula aising
300ml non dairy whipping cream




Pukul cream cheese yg pd suhu bilik sehingga lembut,kemudian campurkan
2 sudu besar susu dan gula aising,putar sehingga sebati dan ketepikan.

Kemudian pukul putar non dairy whipping cream secara berasingan. kak nurul 
guna jenama Rich's sehingga bertanduk atau kental,x tumpah bila bekasnya diterbalikkan.
Slps tu barulah cream cheese tadi dicampur dgn  non dairy whipping cream,gaul
kedua2nya sehingga mesra.

Ok dah siap semua stepnya,barulah kita layer2kan chocolate lasagna kita nie.

Lapiskan cream cheese nie di base oreo tadi,kemudian lapiskan dgn coconut chocolate,
kemudian cream cheese lagi,dan atasnya bolehlah kita hias dgn apa2,cthnya coklat chip ke
atau buahan2,kak nurul gunakan coconut chocolate tadi yg ditinggalkan sedikit buat
hiasan,tp tgklah hiasannya jadi comot plk,huhuhu........
~selamat mencuba~


Abaikan hiasan atasnya itu.....layer coklatnya pun x berapa nampak........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...