Assalamualaikum,
Hari nie dah puasa ke 6 kita umat Islam di M'sia nie.
Balik keje smlm sempatlah Kak Nurul masak sendiri menu
berbuka puasa,wlpn siap masak dan2 org dah azan.
Sempatlah masak mee hongkong dan goreng karipap instant.
Rasanya sedap lg masak sendiri,nie puji sendirilah dr beli di bazaar
ramadhan sbb sehari sblm tu beli nasi tamato,acarnya dah rasa nak basi dah.
Hari nie Kak Nurul nak kongsi ngan kwn2 inti pati atau pesanan dr
motivator terkenal dan selalu msk tv,Hj Hushim Hj Salleh semasa
ceramahnya 'Mencari Kebahagiaan Abadi'.(Bukan kak Nurul yg pegi
ceramah tu tp pegawai di opis kak Nurul,sbb pesanannya khas utk
ibu bapa jadi kak Nurul sharelah sini)
Antara perkara / pesanan yg disampaikan oleh Hj.Hushim:
- Anak zaman sekarang susah dimotivasi kerana berada dalam zon selesa
-fakta : siswi 70%, siswa 30%
- anak lelaki banyak bermasalah, sebab ibu bapa sibuk dan tiada parenting skill
- anak berubah tingkah laku semasa umur 12 ke 13 tahun
- banyak ibu bapa menangis bila anak masuk umur 13-17 tahun
- kebanyakan orang gagal membesarkan anak lelaki (dgn baik)
- ramai yg terlibat dgn dadah, belajar setakat form 3, form 4 mula libatkan diri dgn aktiviti tak berfaedah, & ponteng sekolah
-ibu bapa MESTI:,
- perhati perubahan tingkah laku anak
-,jangan ego, jangan biarkan, beri perhatian, berkomunikasi (jangan kerana letih tak mahu layan anak)
-ibu amalkan suap makan anak dgn tangan (walaupun dah dewasa) supaya ada ‘touching’
- jika tak mahu anak bermasalah selalu PELUK anak (walaupun anak dah remaja/dewasa), kerana PELUK ada kuasa ajaib & ada bisikan kalbu (ibu dan bapa dua2 mesti buat)
- jangan biarkan anak makin dewasa makin jauhkan diri
- kesilapan ibu bapa ialah; anak rasa tak mesra, rasa tiada kasih sayang
- jangan benarkan anak keluar malam
- jangan benarkan anak berkawan dgn org merokok, org dewasa & org yg tak bermotivasi
- fokus anak dgn matematik (anak ponteng sebab tak faham – hantar tuition- kalau boleh hantar tuition utk syllabus in-advance semasa cuti sekolah), mesti berkorban laburkan duit untuk masa depan anak
- jangan asingkan diri di dalam rumah dengan keluarga
- ayah mesti selalu spent masa beraktiviti dgn anak lelaki (spt main bola)
- ayah mesti selalu imamkan solat keluarga
-
anak lelaki idolanya ialah ayah, sifat ayah biasanya turun kepada anak lelaki (jika ayah sibuk dan tak care family, anak lelaki akan tiru kelak!)
- anak perempuan idolanya ialah ibu, sifat ibu biasanya turun kepada anak perempuan (anak perempuan tak susah jaga, biar rapat dengan ibu pasti dia ikut sifat ibu, anak lelaki yang susah jaga!, sebab banyak pengaruh luar)
- anak walaupun umur hanya 4 thn tapi akan memerhati apa yg ibu bapanya pakai, apa yg ibu bapanya cakap dan apa yg ibu bapanya buat dan dia akan tiru
- anak perempuan lemah, berasal dari 1 tulang rusuk, tak boleh dipukul
Sekian…
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa terbaik dan semoga anak2 kita nanti cemerlang dunia & akhirat insya Allah.
P/s:Nape le en. nuffnang iklannya perempuan seksi(cite di cinema akan dtg)
dlm blog kak Nurul nie. Dah le bulan puasa,nak delete cari kodnya x jumpa2 plk di edit html tu.