NUFFNANG

Khamis, 28 Jun 2012

Dugaan buat pagar rumah. . . . .

Assalamualaikum...........

Baru ada kesempatan nak update blog petang2 nie.
Camne nak mula cite yea,cuba kwn2 tgk pc pagar aku nie,
dah berapa lama terbengkalai x siap2 lagi.
Projek pagar rumahku nie mula jln. 2 minggu lepas
CNY bulan dua hari tu.Disebabkan salah memilih
kontraktor  inilah jadinya,sungguh menyakitkan hati.
Kontraktor nie org cha ya nun alif yg  memang x tahu 
makan duit haram ke halal semuanya nak disapu.
Sebab mulutnya manis yg bertan2 lori gula tu le aku
ngan hubby pilih syarikatnya.Agak2nya dia bisnes cara
nielah nak dptkan projek untung atas angin,klulah
betul macam nie alamat lingkuplah bisnes kau suatu
hari nanti,baru padan muka kau. Jahat x aku hehehe . . . . .
Sudah berapa lama aku ngan hubby bersabar beri
tempoh pd diorg nak sambung balik projek tu.
Sebenarnya aku ngan hubby deal dgn sorang nie,ingatkan
syarikatnya sendiri yg buat rupanya dia subkan lg
pd kwnnya,jadi dia nie ambik komisen dlm projek nie.
Itu aku ngan hubby x kisah,tp yg masalahnya si main kon.
nie dah dpt duit dia x nak byr plk pd sub.kon nie
mengikut berapa percent diorg dah persetujui
jadi sbb x dpt duit dr main kon nie sub kon xnak
sambung kerja yg dah stgh jln tu.Nasib baik
hubby blm byr habis lg pd diorg nie.

Kita plan nak buat tembok depan je dan keliling rumah
 tu hanya pki pagar dawai hijau.
Dahlah buat tembok tu rendah x ikut paras tanah
yg kita dah tambak tu,(sbb bincang ngan main kon
dan yg buat bukan pekerja dia dan apa yg kita
nak tu  x disampaikan pd pekerja yg buat tu,jadi
timbul lg satu isu nak kena ratakan blk tanah tu
ikut tembok yg dah dibuat).Ada juga hubby ckp
nak robohkan blk tembok tu,tp fikir2 mana nak
cari modal lain nak buat.
Blk minggu lepas hubby jumpa kwn dia polis
nak tanya boleh klu buat report menipu boleh
x selesaikan masalah nie,polis tu ckp polis xkan
buat siasatan sbb projek dah jln,cuma guna
report tu nak sue boleh.Hubby pegi juga
kat KPDN nak tanya cara2 klu betul diorg nie
xnak sambung projek pagar rumahku,
mohon gantirugi.

Syukur alhamdulillah lps jumpa kwn polis dia
tu dan hubby call dua2 kon nie ckp selesaikan
cepat projek tu klu x nak buat report polis
(nak kena ugut betul2 baru diorg nie
setuju sambung blk projek)tu pun cuma habiskan tembok
depan nie je dan keliling rumah tu carilah org lain buat.
Hubby beri tempoh sblm 10 hb julai nie mesti siap.
Kita tgklah nanti adakah diorg nie lg nak main2.
Macam2kan dugaan buat rumah niekan . . . . . 




Selasa, 26 Jun 2012

"SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ"

Jom join segmen:Bloglist Julai 2012 Nasz.
Tarikh tutup:27 Jun 2012
 "Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?".
Sebab suka baca entry2 yg mengupas
isu2 semasa selain suka baca entry kehidupan 
hari Nasz wlpn jarang tinggal komen.

‘Elak dedah maklumat, gambar di laman sosial’

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu mengelak mendedahkan maklumat peribadi, termasuk gambar anak mereka dalam laman sosial seperti Facebook dan Twitter kerana dikhuatiri digunakan penjenayah untuk menculik kanak-kanak terbabit. 

Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Komputer Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, berkata ramai penculik yang memiliki kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh mengeksploitasi maklumat itu untuk melakukan jenayah.
“Mungkin ibu bapa terbabit tidak sedar maklumat itu digunakan untuk melakukan kejahatan dan memerangkap ahli keluarga mereka,” katanya kepada Berita Harian selepas menyampaikan syarahan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.
Tengku Mohd berkata, bagi remaja pula ramai tidak sedar tindakan memasukkan pelbagai data termasuk masalah keluarga dalam laman sosial memudahkan kumpulan penjenayah mendampingi golongan itu untuk direkrut menjadi anggota kumpulan mereka. 

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu berhati-hati dan tidak mengambil mudah penyaluran maklumat termasuk gambar menggunakan teknologi canggih itu kerana ada data tidak sesuai didedahkan serta boleh mengundang padah. 

Beliau berkata, sebagai contoh ada kes pembunuhan berpunca daripada berang disindir dan dikutuk menggunakan Facebook dan suspek pembunuhan melakukannya kerana mahu membalas dendam. 

“Selain itu ada kes penipuan membabitkan perniagaan dan pelaburan dalam internet sehingga berlaku transaksi wang kerana rakan mangsa mempercayai kenalan yang baru dikenalinya di laman sosial,” katanya. 
Tengku Ahmad tidak menafikan ada kebaikan menggunakan ICT tetapi penggunanya hendaklah meneliti kesahihan maklumat berkenaan termasuk menemui pakar teknologi terbabit untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia benar atau sebaliknya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Madya Daruis Lidin, berkata perkembangan ICT memudahkan musuh memantau dan membuat risikan kekuatan pertahanan sebelum menyerang sesebuah negara. 

“Keadaan ini sudah berlaku di beberapa negara seperti Korea Utara apabila tenteranya dibekalkan dengan komputer riba untuk memudahkan mereka melakukan carian maklumat pertahanan musuh sebelum bertindak memusnahkan senjata berkenaan,” katanya.


Sumber:

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2012/06/26


P/s:  Macam mana pendapat kawan2?Aku pun byk juga masukkan gambar anak2 dan family dlm FB,
wlpn FB aku cuma boleh org yg aku add aje boleh tgk foto2 tsbt.Tapi camne plk dgn blog
 ya rasanya pun samakan,jadi sama2lah kita beringat2.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...